Lokasi ini kat 'Damai'.........boleh cari dalam 'google map'........ nie kawasan rumah member saya......... satu hari tu, dia jemput saya datang rumah untuk makan dan lepak-lepak...... maklum lar kawan saya nie dah berkhawin so nak jumpa kat luar tu agak susah skit lar....... 'House Wife' sepenuh masa lar katakan..... Kawasan ini okey tapi bila tiba waktu malam agak sesak skit....penuh kenderaan kiri dan kanan....maklum lar kawasan 'parking' kereta kat sini limited sesangat.
Dalam dok 'relex-relex' tu ....... tiba-tiba saya dan kawan terbau macam ada benda terbakar.....'panik' jap...mula lar gi ke dapur ...ke bilik...tengok kot.....kot... ada api yang belum tutup......risau juga kan....maklum lar kita nie manusia, pelupa tu penyakit semula jadi bagi setiap orang..........kerana tidak berpuas hati nak juga cari punca bau terbakar tu kami pun keluar dari rumah......rupa-rupanya rumah jiran kawan saya yang terbakar.......apa lagi tanpa kami semua pun gegas keluar dari bangunan tuuuuuu......
Ini dia gambar yang paling dekat boleh saya amik.....tengok aje api tu bisa menyairkan cermin dengan sekejap aje.....kemaraan api tu tak dapat di kawal langsung.......dah tu rumah nie di tingkat agak atas juga......... pada ketika itu dalam hati saya cuma bimbang dan terdetik....harap-harap tak ada orang dalam rumah tu dan berharap pihak bomba akan datang dengan secepat mungkin...........
Dalam keadaan cemas, riuh........ saya sibuk bertanya orang sekeliling......dah telefon bomba ka....saya rasa banyak kali gak saya tanya.....rata-rata semua kata 'YA' .....dah call dah......hanya tunggu dia orang datang aje ..... lepas tu saya tanya lagi ....ada orang tak dalam rumah tuuuuu......'Syukur Alhamdullilah......tak ada orang'......lega hati bila dapat jawapan yang macam tu......... tapi yang bagus nya....jiran-jiran sekeliling cuba juga untuk memadam kebakaran dan menyelamatkan keadaan tetapi gagal.........di sebabkan asap yang tebal dan gagal memecah kunci rumah......... apa-apa saya tetap bangga pada yang cuba membantu ............
Lebih kurang dalam 10 minit........ 'Hero Malaysia' pun sampai..........untuk menyelamatkan keaadaan serta harta benda.....
'Jentera bomba' nie sangat canggih sekali kan.............tengok tu pasang host pun kat jentera.........mungkin keadaan kebakaran tu xpayah pakai air kat pili bomba kot............apa-apa pun mereka lebih arif dan itu lar tugas mereka...........
Dalam kurang dari 10 minit kebakaran pun dapat di kawal sepenuhnya............ cepat sungguh abang-abang bomba nie pun buat keje........
Macam tengok siaran langsung.........para wartawan dari kawasan lain pun pulang ke pejabat untuk membuat laporan sepenuhnya....... acah aje........ Bila di tanya, penyebab kebakaran adalah berpunya dari 'vacum pembersih rumah' yang telah meletup.........tak pasti macam mana vacum tu boleh meletup. Kesian sungguh kat pemilik rumah itu, dia serta keluarga tinggal sehelai sepinggang.........Berkat semangat kejiranan, mereka semua telah membuat kutipan derma kilat/ehsan untuk mangsa kejadian.....walau tak seberapa tapi dapat lar meringgankan sedikit kesempita mereka. Kepada kawan-kawan semua, beringat lar selalu.........dan sentiasa pastikan rumah kita di dalam keadaan yang selamat sebelum melangkah keluar.........
Segodeng
No comments:
Post a Comment