Saturday 16 August 2014

Tenun Diraja Pahang Sungguh Menawan



Salam 1 Malaysia Buat Semua....................


Berpeluang untuk melawat ke Pusat Tenun Diraja Pahang dan melihat sendiri hasil pembuatannya benar-benar membuka mata 'Cik Segodeng' dan sekali gus menghargai hasil kerja tangan tinggalan tradisi turun temurun kita. Bukan mudah untuk mendapat sesuatu kesempurnaan dalam penhasilan tangan yang baik........... ia memerlukkan kepakaran, kesunguhan dan juga minat  yang mendalam.




Di Pusat Tenun Diraja Pahang ini menyimpan satu khazana turun temurun yang tak akan lapok dek zaman. Hasilnya begitu halus, unik dan amat seni sekali. Di sini juga terdapat Galeri Diraja yang mempamerkan koleksi peribadi Diraja Pahang, barang-barang penenunan cara tradisional, koleksi pakaian / kasut / beg / tudung / selendang  yang telah di beri nafas baru dalam penhasilannya. 




Melangkah masuk ke ruang lega Pusat Tenun Diraja Pahang ini sungguh memberi kepuasan kepada diri 'Cik Segodeng'.  Di setiap inchi / corok ruang mempamerkan berbagai hasil Tenun yang tidak pernah terfikir oleh 'Cik Segodeng'............ dengan serta-merta pandangan 'Cik Segodeng' menjadi gelap tak keharuan........ di dalam hati......... ingin ku meliki semuanya.............. tapi apa kannnnnn daya duit tak ada................. hahahahahahahahahaha...........




Tapi dalam setiap kemodenan Tenun yang menjadi gelombang peredaran masa kini  namun masih ramai  yang tetap memilih yang asli / original Pahang sebagai pilihan utama.  Tenun Pahang ini amat sesuai di pakai di setiap keramaian yang resmi dan tidak resmi. Kualitinya amat bermutu tinggi dan tidak panas langsung bila di pakai tau................ 




So................... setiap jenis hasil tenun dan dari mana ianya terhasil, mempunyai signature dan trade mark tersendiri dan bagi mengenali Tenunan yang datangnya dari Pahang, tak susah pun............... senang aje, ...............  terdapat dua garis lurus di penghujung setiap bidang kain dan garis lurus nie di kenali dan di gelar  'Si' 'Sepit Udang'. Contoh yang jelas telah 'Cik Segodeng' tunjukkan di atas.......... kalau nampak aje  itu lar tenunan Pahang yang betul dan asli....................




Ini adalah sebahagian dari bahan @ daun yang di gunakan sebagai perwarna untuk memwarnai benang tenun. Tak sangkakan......... banyak sungguh bahan asli yang menjadi sumber dan bahan dalam pembikinan tenun ini. Kagum sungguh 'Cik Segodeng' kerana negara kita nie di limpahi dengan perlbagai sumber asli yang sangat berguna dan boleh di guna-pakai.




Ini pulak antara koleksi jarum dan mesin untuk memproses benang & kain Tenun secara mannual. Perasaan tak????? semua peralatannya tenun ini di perbuat daripada kayu. Sememangnya orang di zaman dahulu sangat bijak dalam menghasilkan sesuatu peralatan kaannnnnnnnnn................. malah iainya sangat kuat dan tahan lama.......... kalau tak caya cuba tengok 'Cik Segodeng' siap mengkuda atas mesin Tenun nie.............. teruja tak terkata........... siap dalam hati...*** Nie kalau dapat buat yang betul tentu BEST kaaannnnnnnnn *** hehehehehehehehehehe...... berangan jap..........




Sebelum proses menenun bermula, terlebih dahulu kena lar menyiapkan benang berbagai warna mengikut corak yang bakal di tenun nanti. Pada zaman dahulu mengulung benang tenun nie di buat secara mannual dengan mengunakan tangan tapi di zaman moden ini dan atas permintaan pelanggan, "Winding' @ mengulung benang telah di buat secara auto (Mengunakan Mesin).  Dalam dok mengulung, kejadian putus benang di tengah jalan sering belaku............ so apa yang di lakukan .......... hujung benang yang terputus akan di sambung dan di simpul sehalus yang boleh......... itu aje.......... so kalau ada nampak @ rasa kain tenun tu macam bonjol sikit........ itu lar bahagian benang yang di sambung............




Lepas siap benang tenun yang di gulung dalam individual relung ia akan di bawa ke sebuah mesin gelung benang yang sangat besar. untuk di gelung mengikut warna dan corak yang bakal di tenun nanti. Rumit kaaaannnnn process tenun nie............ tapi hasilnya nanti memang tiada tandingnya..............




Nie dia cara kain di tenun........ rasanya ramai pasti tahu dan pernah melihatnya kaaaaaannnnnnn. Kalau di lihat secara dekat pasti ramai akan rasa terpegun dengan kepantasan dan kecekapan seorang 'Penenun' sungguh mengagumkan........... mau idak , kaki & tangan di gunakan secara serentak di dalam process menenun nie............. fuuuhhhhhhhh.... mencabar sungguh........




Lagi ler terpegun......... hasil tenun nie bukan hanya boleh di buat baju tapi telah di olah kepada belbagai barangan seperti kasut, beg, selendang dan macam-macam lagi, malah hasilnya telah di beri sentuhan moden dan terkini bagi memenuhi permintaan masa kini.




Pilihan di Pusat Tenun Diraja Pahang memang terbaek sekali tetapi jika budget tak berapa mengizinkan @ tak berapa mencukupi ................ boleh ler berkunjung ke 'Pusat Tenun Pulau Keladi'........... di sana kita boleh berunding harga dan ada potongan harga berikan tau....... malah terdapat banyak pilihan lagi........ maklum lar IBU pusat tenun lar katakan...........


So akhir kata dari 'Cik Segodeng sentiasa lar menghargai hasil seni turun-temurun dan jangan biar ia di telan zaman............. tak gitu?????????





Segodeng 












Monday 11 August 2014

Perkampungan Budaya Pekan, Pahang



Salam 1 Malaysia Buat Semua...............

Alhamdullilah............ bertemu lagi kita yerrrrr....................... kali ini 'Cik Segodeng' nak story-story pasal 'Perkampung Budaya' kat Pulau Keladi di Pekan, Pahang. Tempat ini 'Cik Segodeng' lawati semasa pergi ke Pekan bersama dengan Sahabat Media' baru-naru nie............... Apa yang menarik kat sini????????? Banyak benda menarik tau......... Jom ikuti 'Cik Segodeng' dalam pengembaraan di 'Perkampungan Budaya' nie...................




Di 'Perkampungan Budaya Pulau Keladi nie menyimpan seribu satu khazana peninggalan sejarah negara kita sendiri tau.......... tak lar sampai seribu tapi........... satu sejarah yang bisa membuat kita serba-sedikit merasa bangga terhadap pergorbanan yang telah dicurah untuk kemerdekaan negara kita iaitu 'MALAYSIA"............ Di dalam kawasan 'Perkampungan Budaya' nie 'Cik Segodeng' sempat melawat :-

1) Bentuk Rumah Asli Negeri Pahang
2) Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak
3) Rumah Toh Puan Pahang
4) Rumah Galeri Tun Abdul Razak




Nie dia bentuk 'Rumah Pahang' yang asli bak kata orang original punyeeerrrr............  cantikan........ tapi yang paling menarik pasal rumah kat kawasan Pekan nie............... semua rumah berwarna-warni......... tak caya???? nanti kalau ke sana cuba perhatikan betul-betul. APA!!!!!......... nape rumah di warna dengan berbagai warna??????......... mengikut sumber yang tak boleh di percayai, bila rumah yang di warna dengan berbagai warna mudah untuk di cari......... seperti "Yang mana  satu umah Pak Leman???? so orang akan jawab, hujung simpang.......... rumah yang ada warna biru kat tingkap............. BETUL TAK???????? renung-renungkan lar.......... hehehehehehehehehehehe.................




Ini plak rumah kelahiran Tun Abdul Razak, Bapak kemerdekaan kita.  Akhirnya dapat juga 'Cik Segodeng' jejak kaki ke rumah kelahiran 'Bapak Kemerdekaan' kita.  Tak banyak yang dapat 'Cik Seodeng' nak cita pasal umah nie sebab sama aje dengan rumah-rumah yang lain di zaman doulu-doulu kala. Lagi pun pada masa yang sama, rumah 'Tun Abdul Razak' nie sedang di baik pulih, so bila masuk ke dalam rumah ini kami semua di nasihatkan supaya berhati-hati. 




Apa pun ada juga artifek-artifek yang menarik perhatian 'Cik Segodeng' seperti : -

1) Tempang Menyimpan Pakaian 
2) Kukur Kelapa & Batu Giling
3) Lampu Pelita & Seterika Arang
4) Setboard Make-up
5) Penapis Air

maklum lar dah lama tak tengok benda-benda macam nie............ tapi yang paling menarik perhatian 'Cik Segodeng' ialah 'Alat Penapis Air', siapa sangka bab menapis air nie dah di buat oleh orang doulu-doulu kala tau........ sooooooo.......... jangan ingat yang dok tapis air nie perkara baru okey............ 




Selepas itu 'Cik Segodeng' ke 'Galeri Tun Abdul Razak' plak........ di sini di kenakan bayaran RM1.00 aje............. murah tau........... wow kat sini terdapat banyak sungguh sejarah tentang susur galor perihal Bapak Kemerdekaan yang tak mungkin kita akan dapat lihat, baca @ jumpa mana-mana sekali pun. Dah tu ada juga artifek-artifek sejarah yang bisa membuat kita akan terpukau dengan pemerintahan, keberanian dan kecekalan zaman dahulu sebelum merdeka....................




So kawan-kawan semua, kalau ke Pekan, Pahang.......... jangan lupa untuk singgah di 'Perkampungan Budaya Pulau Keladi'. Bukan hanya satu tempat pelancongan tapi satu tempat yang akan mengingatkan kita tentang kepayahan para perjuang dahulu yang berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan tanahair. 





Segodeng










Kelab Golf Diraja Pekanan



Salam 1 Malaysia Buat Semua..............


Sebut pasal GOLF dan POLO.............. tentu semua orang akan kata nie game orang-orang elit dan beruang aje kaaannnnnnn........... tak juga............. orang-orang biasa pun boleh menceburi permainan ini.... janji ada kemahuan dan keinginan. Ibaratan perpatah berkata -  'Nak seribu Daya, Kalau tak nak seribu Dalih'.......... tak gitu???????????




So baru-baru semasa mengikuti kembara 'Cuti-Cuti 1 Malaysia' Sahabar Media bersama Santai Travel ke Pekan, Pahang, kami semua telah singgah di Kelab Golf Diraja Pekan untuk melihat dengan lebih dekat lagi seluruh kawasan kelab itu. Tak lar seluruh padang golf tu 'Cik Segodeng' lawati tapi kawasan-kawasan utama dan kemudahan yang di sediakan oleh 'Kelab Golf Diraja Pekan' buat semua pengunjung dan penguna kelab itu.............  




Laluan @ kawasan pertama yang kami singgah adalah ruang lega dewan yang amat luas di mana di ruangan ini banyak di adakan acara penyampaian hadiah, taklimat, ceramah dan sebagainya. Ruangan ini juga boleh di sewa kepada yang berminat untuk mengadakan sebarang acara yang bersesuaian. 




Setelah itu kami di bawa ke ruang @ kamar Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah.rehat Tuanku akan menggunakan bilik rehat ini setiap kali Tuanku datang berkunjung untuk bermain pemainan kegemaran Tuanku iaitu Golf & Polo. 




In plak bilik rehat untuk menteri-menteri dan VVIP............ selesa kaaaannnnnnnn tapi apa yang 'Cik Segodeng' paling suka dengan Kelab Golf Diraja Pekan nie....... jeng.......jeng.......jeng..... jeng...... KAWASAN NYE........ sungguh tenang, damai dan di sulami dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa..... walau panas tapi sejuknya rasa sampai ke tulang......... hehehehehehehehe......




Terdapat juga kemudahan yang lain seperti : -

1) Ruang Makan
2) Bilik-Bilik Mesyuarat
3) Pengangkutan Buggy
4) Golf Shop
5) Bilik Solat & Tandas

 Maaf ya, tak ada gambar langsung untuk ruangan yang 'Cik Segodeng' sebut di atas .......... sebab dok kalut. leka dan excited sebab dapat tengok dan berehat sekejap di bilik rehat Tuanku. .................... So sebelum berangkat untuk melencong ke tempat lain plak, jom buat perkara HARUS dulu....... Group Photo dan posing-posing kat padang golf dulu..................... ada gaya golfer tak?????....... hehehehehehehehehhe 


Okey lar itu aje cerita yang di bawakan khas untuk Kelab Golf Pekan, Pahang....... so nanti kan cerita yang lain plak yer........ 





Segodeng 











Sepetang Bersama Tengku Puan Pahang


Salam 1 Malaysia Buat Semua...............


Sepetang bersama dengan KDYTM Tengku Puan Pahang adalah satu pengalaman yang sungguh bermakna dan tak mungkin ada mana-mana insan yang bisa menolak pengalaman ini. Bila mendapat peluang macam nie 'Cik Segodeng' rasa diri ini sungguh bertuah sekali ala-ala macam Intan terpilih lar plak..... hahahahahaha




Acara bersama dengan Tengku Puan Pahang di mulai dengan bersantap bersama-sama di Restoran Saffron, AnCasa Royale. 'Cik Segodeng' benar-benar 'R.E.S.P.E.C.T' kat Tengku Puan Pahang nie........ mau tak kekawan semua.......... Tengku Puan Pahang memilih dan mengambil sendiri makanan tengah ari pada ari itu.  Setelah selasai makan-makan, kami semua di beri peluang untuk beramah-mersa dengan Tengku Puan Pahang di dalam satu sidang media khas buat kami 'Sahabat Media'




Sidang media ini memberi peluang kepada kami untuk mengenaili Tengku Puan Pahang dengan lebih dekat lagi........... Personally....... 'Cik Segodeng' suka sangat tengok gaya dan cara Tengku Puan Pahang menerangkan tentang keindahan dan keunikan Pahang....... kalau sesiapa yang mendengarnya pasti akan jatuh cinta dengan Pahang tau.............




Tak ketinggalan juga dalam sidang media ini, kami di beri penerangan yang lebih terperinci tentang 'Tenun Pahang' dan buku resepi 'Air Tangan Tengku Puan Pahang' oleh Tengku Puan Pahang sendiri. Unik sungguh Tenun Pahang nie tau....... naik terpegun 'Cik Segodeng' mendengarnya.




Banyak sungguh perkara menarik , susur galor tradisi Pahang dan kegemaran Tengku Puan Pahang yang di kongsi bersama kami. Tidak hairan lar, Tengku Puan Pahang nie sememangnya pandai dan mahir memasak sehingga terlahirnya buku resepi 'Air Tangan' Tengku Puan Pahang. Dalam buku resepi ini terhimpun semua masakan tradisi negeri Pahang dan resepi kegemaran Tengku Puan Pahang sendiri. 'Cik Segodeng' teringin sangat nak memiliki buku resepi ini tapi malangnya ianya dah 'Sold Out' dan dalam process printing........... kalau ada tentu-tentu 'Cik Segodeng' dah minta Tengku Puan Pahang autograf buku resepi tuuuu...... tak apa lar dah tak ada rezeki kaaaannnnn..............




Bukan setakat mahir dalam masakan, Tengku Puan Pahang juga sangat mahir dalam pembuatan Tenun Pahang nie........ selain itu Pusat penganjian Tenun Pahang juga telah di tubuhkan oleh Tengku Puan Pahang sendiri bagi memastikan hasil seni turun terumun tak di luput dek zaman. So bagi yang ingin mempelahari dan mengikuti krusus Tenun ini boleh ler memohon. Yang bestnya bagi sesiapa yang mengikuti krusus Tenun ini akan di bayar juga............... BEST KAAANNNNNNNN.....................




Masa memang mencemburi kami.............. rasa tidak puas lagi waktu bersama dengan Tengku Puan Pahang tapi kami semua terpaksa akur. So di akhir pertemuan, Tengku Puan Pahang amat berbesar hati untuk berselfie dan bergambar bersama kami semua .............. memang sporting abis Tengku Puan Pahang nie tau .............. Terbaek ...............





Segodeng 










Kembara Sahabat Media Ke Pekan, Pahang - Day 3



Salam 1 Malaysia Buat Semua................

Hari ketiga adalah hari terakhir 'Cik Segodeng' berada di Pekan, Pahang tapi hari ini akan lebih istimewa kerana kami semua akan berpeluang besantap, bejumpa dan beramah mesra dengan Tengku Puan Pahang. So seperti biasa sebelum kami memulakan aktiviti yang terancang..........yok kita sarapan dulu.



Sarapan kami di tempat yang sama, iaitu Restoran Saffton di AnCasa Royale. Sedapnya pasti akan 'Cik Segodeng' ingat selamanya. Selepas siap bersarapan, kami semua berkumpul di lobby hotel untuk menuju ke destinasi pertama kami iaitu 'Kelab Goft Diraja Pekan. 




Perjalanan kami tidak mengambil masa yang lama kerana 'Kelab Golf Diraja Pekan' ini amat juga berdekatan dengan AnCasa Royale. Sesampai aje di sana 'Cik Segodeng' mengambil peluang untuk bergambar di sekitar kawasan kelab golf nie. Pemandangan disini sungguh menengankan jiwa dan minda. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa begitu nyaman sekali. Di sini juga ada 'Kelab Polo Diraja Pahang', sukan yang menjadi kesukaan Baginda.




Bukan setakat bergambar di sekitar kawasan kelab ini, tengok tu 'Cik Segodeng' siap berposing kat atas padang golf dengan gaya-gaya golfer pro gitu............. hehehehehehehehe...... bak kata orang gaya mau lebih............ tak gitu kaaaannnnnnnnn..................




Selesai berposing, kami semua di bawa melawat ke dalam ruang dewan / lega di mana selalunya menjadi ruang untuk upacara resmi / tak resmi, penyampaian hadiah dan sebagainya. Tempat  istirehat / ruang rehat Baginda, Menteri dan VVIP yang lain juga menjadi lokasi lawatan kami. Menarik sungguh ruang isti-rehat nie, penuh dengan pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang di sediakan........... kalau di lihat memang cukup selesa yang amat penuh exclusive............. Setelah puas........ apa tungu lagi.... jom gerak ke tempat lain plak...... JOOOOOMMMMMM............




Tanpa berlengah lagi , destanasi yang seterusnya ialah 'Perkampungan Budaya' di Pulau Keladi, Pekan. Di sini terdapat pelbagai peninggalan sejarah yang sangat bernilai sekalii. Di 'Perkampung Budaya' ini terdapat :-

1) Sebuah Bentuk Rumah 'Asli' Pahang
2) Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak (Bapak Kemerdekaan)
3) Rumah Toh Puan Pahang
4) Galeri Tun Abdul Razak




Berpeluang untuk menjejak kaki ke rumah kelahiran 'Bapak Kemerdekaan' dan menyusuli sejarah kemerdekaan di 'Perkampungan Budaya' memberi seribu makna buat 'Cik Segodeng'. Di situ terdapat banyak benda yang 'Cik Segodeng' timba dan pelajari. Setelah selesai menyusuri sejarah kemerdekaan dan kegemilangan Tun Abdul Razak, kami pun bergegas untuk pulang ke AnCasa Royale untuk mengikut acara yang amat di ananti-nantikan............ iaitu bersantap bersama KDYTM Tengku Puan Pahang.




Waktu yang di nanti telah pun tiba, kami (Sahabat Media) dan pihak hotel AnCasa Royale menyambut ketibaan KDYTM Tengku Puan Pahang dengan penuh adat tersendiri. Bagi 'Cik Segodeng', Tengku Puan Pahang ini seorang yang amat lembut, peramah, baik hati, tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan sangat berjiwa rakyat. 




Walau pun masa bersama Tengku Puan Pahang sangat terhad tapi waktu itu begitu bermakna dan bernilai  sekali buat 'Cik Segodeng'. Detik itu akan menjadi satu kenangan yang manis dan bersejarah buat 'Cik Segodeng' untuk selama=lamanya. Apa pun, jutaan terima kasih yang tak terhingga buat : - 

1) Santai Travel 
2) Tourism Malaysia 
3)M-Mode
4)AnCasa Royale

kerana memberi pengalaman yang tiada tolok bandingnya.  Harapan dapat lagi menyertai penerokaan 'Cuti-Cuti Malaysia' bersama. So kawan-kawan, kalau ke Pahang, jangan lupa untuk singgah di Pekan (Bandar Automotive) dan menginap di AnCasa Royale serta menerokai kemeriahan di sana tau.  Okey lar....... setakat itu aje yang dapat 'Cik Segodeng' berkongsi untuk kali ini dan moga kita bertemu lagi ya. Akhir kata "JOM CUTI-CUTI MALAYSIA'


\

Segodeng 








Kembara Sahabat Media Ke Pekan, Pahang - Day 2



Salam 1 Malaysia Buat Semua...................

Bertemu lagi kita untuk siri jelajah pada hari kedua 'Cik Segodeng' di Pekan, Pahang. Teruja rasa di hati dan tak sabar nak ikuti program hari ini.............. Hari kedua 'Cik Segodeng' bermula seawal 8.30 pagi di Restoran Saffron, sarapan yang berkhasiat dan eskulsif menanti untuk di jamah.  




Memang terbaek sarapan yang telah di sediakan untuk kami. Terdiri dari menu barat dan timur.  Naik rambang mata bila memilih. Selepas selesai bersarapan, kami semua berkumpul di lobby untuk menaiki "Bas Chennai Express' ke destinasi pelancongan pertama kami di Pekan. 




'Muzium Sultan Abu Bakar' menjadi tempat yang di tuju kerana menyimpan pelbagai sejarah yang menarik dan berguna. 'Cik Segodeng' memang sangat suka ke muzium tau kerana banyak benda yang boleh 'Cik Segodeng' pelajari malah banyak ilmu yang boleh di timba di sana.......... tak gitu???????? Di Muzium Sultan Abu Bakar nie, pelawat tidak di benarkan memakai kasut bila melawat kawasan muzium........... jangan bimbang kasut tak akan hilang kerana pihak muzium akan membekal beg plastik untuk menyimpan kasut dan di bawa sekali...................




Bagi yang meminati sejarah kesultanan melayu, tamadun islamic dan budaya masyarakat kita........ sudah tentu akan tertarik hati bila menyusuri perjalanan sejarah dan tamadun kita sendiri. di Muzium Sultan Abu Bakar terdapat 6 galeri yang terdiri dari Galeri Biografi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang sempena 40 tahun pemerintah DYM Sultan Pahang, Galeri Tun Razak, Galeri Kebudayaan & Kesenian Pantai Timur, Galeri Islamic, Geleri Arkeologi & Masyarakat Orang Asli dan Galeri Sejarah & Kesultan Melayu. Selesai lawatan walau pun rasa tidak puas rancangan seterusnya perlu di teruskan.............. tak apa nanti 'Cik Segodeng' akan datang lagi............. hehehehehehehehehehehe.......... Bergegas kami semua pulang ke AnCasa Royale unuk PC (Press Conference).




Sebelum PC (Press Conference), jom lunch dulu. Macam biasa makan tengah hari di Restoran Saffron AnCasa Royale......... sedap.......sedap........sedap......sedap......... Alhamdullilah, kenyang.




PC (Press Conference) bersama dengan En Mohammad Nasir Abdullah (General Manager AnCasa Royale), Dato' Hj Mohd Zubair (Director Kraftangan Malaysia), En Mohd Faharuddin Hatmin (Pengarah Tourism Pahang) dan Hj Idros (Tourism Pahang) bagi memberi pengetuhaan dan maklumat dalam hala tuju mempromosi Pekan, Pahang dan menjawab setiap persoalan yang di ajukan oleh kami semua termasuk pihak media.




Setelah selesai, cenderahati di beri sebagai tanda penghargaan dan ingatan oleh Sahabat Media sebagai tanda ucapan Terima Kasih yang tiada terhingganya. Tanpa membuang masa kami telah di bawa melawat secara exclsive sekitar AnCasa Royale.




Tempat yang menarik kami lawati berupa kemudahan yang di sediakan oleh Pihak Pengurusan AnCasa Royole seperti Gymnasium, SPA, Sport Lounge dan bilik-bilik exclusive di AnCasa Royole. 'Cik Segodeng'  puas hati dengan bilik penginapan di AnCasa Royale kerana ianya sangat luas berbanding hotel-hotel yang pernah 'Cik Segodeng' pergi dan menginap. Setelah selesai kami pun bergerak menaiki 'Chennai Express' ke 'Pusat Tenun Diraja'. 




Tempat yang memang 'Cik Segodeng' nanti-nantikan, 'Galeri Tenun Diraja Pahang'. Hasil seni tangan yang menjadi kebanggaan rakyat Pahang khususnya sejak turun termurun. Bila 'Cik Segodeng' berada di ruang lega 'Galeri Tenun Diraja' ini terasa sungguh bangga sekali dengan setiap hasil tenunan. Ramai yang mengatakan harga sehelian kain tenun agak mahal sedikit tapi kalau di lihat cara membuatnya pasti setiap orang akan mengatakan............ memang sangat patut di jual dengan harga tu kerana di buat dengan cara yang amat teliti sekali.



Tapi kalau ingin membeli dengan lebih nilian dan banyak pilihan yang lebih berpatutan, kawan-kawan boleh leh ke 'Pusat Tenun' di Pulau Keladi di Pekan, Pahang. Sememangnya kawasan nie penuh dengan hasil tenunan yang asli dari buatan tangan........... Di kawasan ini kita boleh mendapat harga potongan dan jika kita sangat bijak dan petah berkata-kata boleh lar mencuba skill tawar-menawar ..................  Ikut hati 'Cik Segodeng' nak juga angkut selai dua tapi ................ budget tak mengizinkannnnnnnnn.......... huhuhuhuhuhuhuhuhu. Sedat tak sedar masa lawatan pun dah abis so masa untuk pulang ke hotel untuk berehat dan makan malam. 




Di sebelah malam plak selepas dinner, semua di hiburkan oleh kakitangan AnCasa Royole dengan pelbagai activiti yang menarik dan menghiburkan.




Antara aktiviti yang di anjurkan seperti live karaoke, ala-ala teka lirik, beberapa kuiz soalan mengenai Ancasa Royale & Pekan dan juga beberapa game yang bergitu menarik dan menghiburkan. Peserta yang turut serta dan berjaya dalam pertandingan plak akan di beri hadiah oleh Pihak AnCasa Royale.......... BEST GILER..................




Di akhir acara, kami semua beramai-ramai  menari tarian POCO-POCO........... walau pun 'Cik Segodeng' tak pandai langsung nak menari tarian ini tapi turut menari ikut rentak tapi cara tersendiri........... hehehehehehe...... apa-apa pun kami semua gembira dan terhibur sekali.............  So tamat sudah hari kedua 'Cik Segodeng' di Pekan, Pahang. Sampai jumpa lagi di hari 3 @ hari terakhir di Pekan.




Segodeng 












Kembara Sahabat Media Ke Pekan Pahang - Day 1


Salam 1 Malaysia Buat Semua.................

Berpeluang sekali lagi bersama 'Sahabat Media', Tourism Malaysia, M-Mode & Santai Travel  mempromosi 'Cuti-Cuti Malaysia' amat 'Cik Segodeng hargai sesangat........ Kali ini pengembaran kami ke 'Pekan, Pahang' pulak............. Apa ya....... ada di Pekan????? 'Cik Segodeng' belum pun samapai tapi kepala dah berligat memikir apa yang menarik di pekan dan terasa di hati ini tidak sabar nak terokai 'Pekan'............




Seawal  jam 8.30 pagi, kami semua berjumpa dan berkumpul di 'Matic' (Malaysian Tourism Center). Sementara menanti 'Sahabat Media' yang lain tiba...........jom perkena nasi lemak + sambal sotong dulu.......ppppeeeehhhhh.......... terangkat...............   Sarapan pagi kami yang telah di sediakan oleh pihak penganjur. 


'

Sebahagian dari 'Sahabat Media' yang turut serta ke 'Pekan Pahang'............. mereka semua datang dari pelbagai agensi 'Media Sosial' dan mempunyai pengalaman yang tiada tolok bandingnya malah mereka semua ini amat berfikiran terbuka, tidak lokek pengalaman dan sangat murah dengan senyuman.




Tepat jam 9.30 pagi, bas yang membawa rakan 'Sahabat Media' pun memulakan perjalanan. Perjalanan kami telah di ascot oleh 'Polis Peronda' sehingga ke toll Gombak. menghala ke 'Genting Highland'....... terbaek.............. 'Cik Segodeng'; rasa macam VVIP lar plak masa tuuuuuuu............heheheheheheheh




Belum pun separuh perjalanan, bas yang kami naiki mengalami kerosakkan......... nasib baik tidak berlaku sebarang kecelakan yang lebih teruk............... so kami semua amat bersyukur dan redha dengan segala ketentuan dari NYA. Memang ini pengalaman yang tidak boleh di beli di mana-mana pun.......... berkampung, berselfie dan bergambar beramai-ramai di tepi highway........... kelas tak???????? Dek kerana bimbangkan keselamatan dan keselesaan kami semua, pihak penganjur (m-mode) telah berusaha mendapatkan pertolongan dari bas-bas express yang melalui jalan itu agar membawa kami semua ke kawasan R&R (Rawat & Rehat) yang terdekat..................




Selepas sejam menunggu, 'Abang Chennai Express' datang menyelamat 'Cik Segodeng' dan rakan-rakan media yang lain di kawasan R&R (Rehat & Rawat)............. lega rasanya............  Bila naik aje atas bas, suasana menjadi senyap dan sunyi............. apa lagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............. hehehehehehehe




Alhamdullilah................... akhirnya kami semua selamat sampai ke tempat tajaan penginapan kami, AnCasa Royale Pekan, Pahang.  Kami tiba di sana sekitar jam 4.30 petang. Bila tengok aje Hotel AnCasa Royale, sudah pasti Pekan bukan lar sebuah kawasan @ daerah terpencil............... Pasti terdapat tarikan yang teristimewa yang membuat Hotel AnCasa Royale boleh berdiri megah di sana.  Tak gitu!!!!!!!! 




Kedatangan kami di sambut mersa oleh kakitangan AnCasa Royale dengan penuh adat ketimuran. Tuala panas / sejuk sebagai penyegar badan dan minuman sejuk (LemonGrass), penghilang dahaga buat kami semua. Irama gamilan turut mengalu-galu kedatangan kami. 




Irama lembut gamelan ............... penuh dengan seninya yang tersendiri. Alunan muziknya sungguh menteteramkan jiwa dan minda, terasa tenang seketika. Ini lar budaya yang tak akan lapok dek zaman malah 'Cik Segodeng' amat terpegun dan berbangga kerana muzik gamelan ini di mainkan oleh budak-budak sekolah. Harap ia akan kekal selama-lamanya............... 




Tanpa menlengahkan masa, acara menjelajah dan mempromosi 'Pekan' pun bermula............. tapi sebelum itu Jom kita makan dulu bagi mengisi perut yang sememangnya dah berkeroncong kencang........... hahahahahahahahahaha................ 




Setelah selesai makan petang, kami pun bergegas ke bilik masing-masing untuk berehat seketika, menyegarkan diri dan solat sebelum acara 'Team Building' bermula. Cuba tengok bilik yang 'Cik Segodeng' dapat......... sangat luas dan selesa boleh main kejar-kejar atau acilot-chak tau........




Acara 'Team Building' ini telah di kemudikan oleh kakitangan AnCasa Royale Pekan. Pelbagai acara menarik yang telah di sediakan khas untuk kami semua, seperti senaman ringan (stretch-up), tarian zomba, senam robik, beberapa sukaneka yang sangat menarik serta activiti di kolam mandi juga ada............ memang seronok tak terkata................  




Setelah selesai acara 'Team Building' kami semua telah di jamu dengan 'Minum Senja'............ kalau ikut terma, ianya di panggil minum petang tapi dek kerana abis acara dah waktu senja so minum petang dah jadi minum senja daaaa..............  'Minum Senja' sungguh nyaman bila makan kat tepi kolam sambil bergurau-senda dengan yang lain............... selesai sudah activiti petang.



Untuk malam pertama, semua activiti telah di batalkan di atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. So selepas malam malam, acara free and easy...... yabedabedu........... so nanti kan story 'Cik Segodeng' untuk hari kedua di pekan tau........



Segodeng