Wednesday, 4 December 2013

Jom Makan Kat Maliqa.......


Mari ramai-ramai kita tukar selera ke 'Maliqa' yang terletak di 'Plaza Damansara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur'. Berkonsep masakan 'Mediterranean' yang cukup untuk membuka selera. Dalam masakan 'medierranean' ini banyak mengunakkan 'Safron' (sejenis herba) sebagai rencah utama.........'Safron' ini juga di percayai mengandung banyak khasiat dan sangat baik untuk kesihatan. Kalau tak percaya kena lar pergi sana dan cuba....try....test & rasa sendiri.......tentu ia tidak akan mengecewakan..........


Kedatangan kami di sambut dengan mersa oleh 'Cik Nadia' dan juga dengan 'staff-staff Maliqa' yang lain.......


Melewati ruang dalamannya yang cukup mendamaikan hati..............tenang seketika bila mata memandang keadaan sekelliling.............sangat selesa untuk beristi-rehat sambil menjamu selera............... kalau-kalau ada yang ingin buat 'Private Funtion' pun boleh kerana 'Maliqa' juga mempunyai ruang yang boleh memuatkan seramai '50 orang'.  Apa lagi plan-plan lar buat parti @ sebarang 'event corporate' di sana............ Untuk tempahan boleh lar layari laman sesawang mereka kat 'www.maliqa.my' @ di talian '03-2095 0002' dan sebarang pertanyaan boleh lar email kepada 'inquiry@maliqa.my '.........ooooppppssss......jangan lupa ya jemput saya nanti......... Selain itu 'Maliqa' juga turut menyediakan perkhidmatan catering ke rumah @ di luar ...........


Sambil menunggu hidangan yang akan di hidangkan......... kita minum dulu......'Apple juice', penghilang dahaga yang memberi  rasa masam-masam manis......tak gitu.....tapi yang tak berapa gemar minuman nie boleh lar memesan minuman lain........ tak ada hal punyer, 'small the matter'......boleh 'order' minuman yang lain kan.....


Hidangan pembuka selera saya.... ...'Hawaiian Pizza', nampak macam sama aje dengan 'Pizza-pizza' yang lain kan...... tapi 'Pizza' nie sangat berbeza sekali......nak tahu apa ka perbezaannya?????? 'Doh' asas untuk 'pizza' nie sangat lembut seperti ramuan yang berada di atasnya.....tidak lar terlalu nipis sampai terlerai bila masuk kedalam mulut dan tidak terlalu tebal  @ keras bila di kunyah......keseimbangan nie membuat saya berkata........ini lar....'Pizza' yang sebenarnya...........cukup sempurana sekali.......... 


Tak kala kenikmatan 'Pizza' belum lagi hilang, kami di hidangkan pulak dengan 'Sup Princli Yoghurt & Carbasi'..........bila tengok aje macam sup-sup yang biasa kita makan kan........tapi bila rasa aje.......mak aik.....sedap tak terkata.......sehingga tertanya-tanya apa ka ramuan yang ada dalam sup ini......untuk pengetuahan semua, ramuan asas dalam sup ini, 'yoghurt/ayam/keju & beras'. Bebezakan??????? Bagi saya rasanya sungguh berbeza sekali dari yang penah saya rasai........Rasanya sungguh unik yang tak dapat nak di ungkapkan dengan kata-kata........so kena lar cuba sendiri okey......


Belum pun sempat mengabiskan hidangan sebelumnya, kami di hidangkan plak dengan 'Paella Mista', hidangan nie ala-ala nasi goreng 'seafood' tapi berlainan sedikit dari rasa dan bentuk testurnya......ianya agak lembab tidak kering seperti nasi goreng yang biasa kita makan...........kerana ianya di goreng dengan mengunakkan 'tomato paste & cream' .......yang pasti........... ianya cukup menyelerakan........yum...yum...yum...yum...


Akhir sekali..... ini lar dia 'Signature Dish' dari 'Maliqa', 'MOUSSAKA'....... hidangan ini tersenarai dalam kategori pembuka selera.....(appetizer).......... tengok aje....... selera dah pun buka kannnnn.......kalau rasa..... dah tentu meletop........rupa aje macam 'Lasagna' tapi rasa tidak......ramuan utama masakan ini .....'terung/keju & daging'........lain tak dari 'Lasagna'?????? Bagi yang tak suka daging boleh menukarnya kepada isi yang lain seperti, 'ayam, udang, sotong @ daging-daging' yang lain........ 'Maliqa' sedia memberi yang terbaik untuk semua pelanggan ......


Sambil menjamu selera, kami juga telah di beri penerangan terperinci mengenai masakan yang telah di hidangkan buat kami tadi......'Chef Azzarin', banyak membantu menguraikan persoalan yang bermain di minda serta dengan senang hati menjawab semua soalan dari kami semua.  


Percaya  @ tidak, Restoran Maliqa ini juga menjadi pilihan 'TV3'...... 'Jalan-Jalan Cari Makan'......  so jangan tak cuba......mesti cuba pergi sana dan rasai sendiri keenakkan, kesedapan dan kelainan masakan di 'Maliqa' okey........


Di 'Maliqa' juga ada menyediakan pelbagai set makan tengah-hari yang boleh di pilih. Harga yang di tawarkan untuk set tengah hari ini amat berpatutan sekali (Dari RM 12.90 - RM 38.90) ianya merangkumi, 'minuman/makanan utama dan 'soup of the day''...... berbaloi sesangat tau........ 'so' semua yang berdekatan dengan 'Bukit Damansara'....... jangan lupa singgah di sana ya......


Akhir sekali, terima kasih buat semua, terutama sekali pada 'Restoran Maliqa' ............ kenyang gila pada hari itu........... dah lar kenyang, seronok plak tu........... so apa lagi kunjungi lar 'Restoran Maliqa', nanti ya......... waktu operasi mereka :- Isnin-Ahad 10.30am - 3.00pm & 6.00pm - 10.30pm dan pada hari Jumaat - 4.00pm - 10.30pm. Selamat menjamu selera........


Segodeng




No comments:

Post a Comment