Thursday 19 June 2014

Takhta Raja Teh Tarik 2014 Telah Di Miliki



Salam 1 Malaysia Buat Semua..............

Alhamdullilah........... bertemu lagi kita ya!!!!!!!Kali nie, 'Cik Segodeng' nak story pasal Cabaran akhir Teh Tarik yang telah berlangsung di e@curve baru baru nie. Cabaran ini telah di bawakan khas oleh F&N Dairies Malaysia Sdn Bhd, susu pilihan No.1 di Malaysia tau........... Sedar tak sedar, ini adalah tahun yang ke 9 pertandingan ini di adakan malah setiap tahun sambutan semakin meningkat dan bertambah.......... mau idak ........ hadiahnya amat lumayan sekali....... RM10,000 untuk JUARA...........



Pencarian Raja Teh Tarik telah di adakan di seluruh Malaysia dan 9 peserta yang mewakili 6 kawasan telah berjaya mara ke peringkat akhir. Peserta yang terpilih telah di adili berdasarkan pada persembahan dan skill menarik teh............. wei........ kalau silap tarik sure sure bukan nama teh tarik kaaannnnnnn.


Farah Fauzana dan Fizo Omar telah mengacara majlis pada petang dan mereka juga telah telibat dalam pencarian Raja Teh Tarik di seluruh Malaysia. Program Cabaran Raja Teh Tarik 2014 ini juga telah siarkan di TV3 & TV9 yang mempamerkan keseronokan dan aksi-aksi menarik teh dari semua peserta. Dalam rancangan ini juga ada di selitkan beberapa sajian tempatan yang di beri nafas baru oleh susu F&N bagi mendapat rasa yang lebih sedap.............. So apa tunggu lagi, let the show begin..............




Cuba lar tengok aksi-aksi para peseta akhir cabaran nie.......... memang memukau mata dan bukan mudah untuk untuk lakukan aksi sambil menarik teh................Pesembahan yang di pamerkan oleh mereka memang membuat semua penonton temasuk 'Cik Segodeng' tak berkelip-kelip mata.............jap jap... wow.....jap jap wow.....wow  dan woo lagi........fuuuuuhhhhhh.... terrornye.............dan macam macam lagi ler sorakan yang di berikan............



Cabaran pada hari itu telah di adili oleh 3 juri professional yang terdiri dari Dato' Dr Fazley, Cik Mazuin Zin dan Ms Ellen Chan.



Selepas tamat aje persembah dari semua finali............. tiba lar giliran bekas Raja Teh Tarik Malaysia dan Raja Teh Tarik Thailand membuat persembahan....... memang terbaek............. yang dari Thailand siap dengan aksi tarik API oooooooooo........ tepegun 'Cik Segodeng'. 



Sementara menanti keputusan, Fizo Omar telah menyediakan Teh Tarik Kawin buat Farah Fauzana yang masih single mingle .......... hehehehehehehe.......... nak buat Teh Tarik Kawin nie amat mudah sekali....... apa!!!!!! nak tau resepi nya........... nie dia 'Cik Segodeng' tunjukkan........ 


Resepi Teh Tarik Kawin
(1) 2 Sudu Susu Krimer Manis
(2) 2 Sudu Krimer Sejat
(3) Air Teh
(4) Tarik sepanjang-panjang yang boleh

Rasanya, boleh aje tukar jenis airnya mengikut selera masing-masing tapi untuk mendapat kesedapan dan kenikmatan rasa, mesti lar menggunakan susu F&N tau............



Jeng.....jeng.....jeng......masa yang di nanti telah tiba................ Raja Teh Tarik 2014 jatuh kepada Syed Khaidir mana kala tempat kedua jatuh kepada kumpulan 'X Power' (RM5000) dan tempat 3 di sandang oleh kumpulan 'The Kungfu Rebels' (RM3000). Pada 6 finali yang lain juga tidak pulang dengan tangan kosong, masing-masing menerima RM1000......... tahniah buat semua...............




Semua pemenang peserta akhir telah merakam gambar bersama Mr Tan Hock Beng (Managing Director of F&N Dairies Malaysia), Mr Khun Somsak Chayapong  (CEO of F&N Holdings Bhd), Farah Fauzana dan Fizo Omar sebagai kenang-kenangan.......... 


Cabaran Raja Teh Tarik 2014 telah pun berakhir, so pada yang ada bakat untuk menarik teh....... apa kata tahun depan masuk dan cuba untuk merampas takhta RAJA TEH TARIK untuk tahun 2015. Sapa tahu, mungkin anda RAJA nyeeeeee.............



Segodeng 











Saturday 14 June 2014

Gala Fiesta & Tayangan Perdana 'Satu Malam Kubur Berasap 2'



Salam 1 Malaysia Buat Semua ...........

Baru baru ini 'Cik Segodeng' telah ke Gala Fiesta & Tayangan Pedana 'Satu Malam Kubur Berasap 2' di 'Berjaya Times Square', Kuala Lumpur. Pelbagai acara menarik yang di tawarkan buat semua pengunjung ketika itu. Ada rumah hantu bergerak....... 'Cik Segodeng' tak musuk pun sebab line panjang sangat. Kereta kuning tu plak adalah hadiah untuk pemenang peraduan yang telah berlangsung sebelum nie.  


Kemeraihan sambut petang itu telah di turuskan pulak di ruang lega GSC MAXX yang terletak di tingkat 10. Di sana pulak acara 'Red Carpet' ala-ala hollywood gitu........hehehehehe.......menyambut semua yang para tetamu dan artis yang terlibat dalam filem ini..........meriah sokmo................ 


'Satu malam Kubur Berasap 2' telah mula di tayangkan di pawagam bermula 12/6/2014. Filem ini adalah bukan sambungan dari filem 'Satu Malam Kubur Berasap' yang di lakonkan oleh 'Angah Raja Lawak & Along Cham'. Jalan cerita dalam filem ini berlain sekali, hanya tajuk yang sama di gunakkan kerana membawah tuah dan hasil kutipan yang tinggi semasa tayangan terdahulu. Filem adalah terbitan 'Outloud Studia Sdn Bhd' dan di bawah arahan Mr Ernie Chen


'Satu Malam Kubur Berasap 2' membawa kisah kepada 2 orang sahabat, Amir (Shahrol Shiro) & Nayan (Ajak Shiro) yang amat berkebolehan berlakon dalam cerita komedi tapi menemui kegagalan apabila berlakom dalam cerita seram. Dari pengalaman itu mereka berdua menolak untuk berlakon dalam sebarang filem yang ada unsur seram. 

Setelah mendapat tawaran dari pengarah & penerbit terkenal En Kong Keng Huat untuk berlakon dalam filem seram dan atas nasihat pengurus mereka 'Chot'(Ezad Jazmin), mereka bersetuju dengan tawaran itu. Bagi menabah pengalaman, mereka pulang ke kampung untuk menimba ilmu dengan Tok Mat (Rahim Sepahtu) seorang bomoh kampung.



Sepanjang perjalanan pulang ke kampung pelbagai kejadian aneh, mistik dan seram telah menimpa mereka. Akibat dari pengalaman itu, serba sedikit telah membuat mereka sedar akan kewujudan hantu dan kejadian mistik. Setiba mereka di rumah Tok Mat, keadaan menjadi lagi haru-biru dan penuh dengan misteri. Persoalannya, apa yang berlaku yang berlaku di sana??????, siapa sebenarnya yang menganggu mereka???????? dan berbaloi kah pengalaman yang di lalui mereka?????????.

So untuk mendapat dan merasai sendiri kehebatan filem ini, jangan lupa untuk terjah pawagam yang berdekatan tau.......... tak rugi......... memang BEST................


Ini dia penulis skrip 'Satu Malam Kubur Berasap 2' Mr Loh Chung Tat. Beratus skrip telah di hasilkan oleh beliau tapi tidak penah sekali pun membuat skrip untuk drama @ filem cina......... bila di tanya kenapa, dia hanya tersenyum................... dan berkata 'Lebih suka dan berminat dengan drama / filem melayu'. 


Ini pulak, penulis lagu/lirik kepada 'Satu Malam Kubur Berasap 2', Mr Alan Thoo. Kalau di dengar lagu nie, not bad, boleh tahan juga sedapnya....................


Antara pelakon-pelakon yang hadir untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi sambutan gala petang itu............ Sporting abis mereka semua ini kat sana..............


Saat yang di nanti telah tiba......... untuk masuk ke hall GSC MAXX.......... teruja tak terkata!!!!!!! kerana ini adalah kali pertama 'Cik Segodeng' akan memasuki & menonton dalam GSC MAXX nie.................. ooooooo bestnya...............


Bila masuk aje, terpegunnya rasa......... mak datok, besar giler hall nie............ 'Cik Segodeng' di fahamkan yang hall nie boleh menampung sehingga 500 penonton............. rasanya hall nie hanya di gunakan untuk acara yang besar dan untuk preview filem sahaja kot............. tapi sememang sangat berpuas hati........ bila ruang yang luas bunyi bising memang tak dengar lansung..........keselesaan menonton memang dapat 'Cik Segodeng' rasakan........... terbaek.........


Okey lar ...... itu aje untuk hari ini, so nak wrap up dulu sebab perut dah minta makanan....... Jumpa lagi yer.............



Segodeng










Friday 13 June 2014

Jom Berkongsi Kasih Sayang Bersama Julie's, Brown & Cony



Salam 1 Malaysia Buat Semua........

Berapa ramai yang suka makan cookies????????.  Rasanya 'Cik Segodeng' tahu jawapannya,........ mesti ramai kannnnnnn yang suka. Tahu tak, ada cookies yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, membentuk bandan yang cantik, sihat dan boleh di jadi makanan diet harian.


Tentu ramai yang tertanya-tanya dan tidak percaya sama sekali dengan fakta tadi kannnn.........tapi hakikatnya cookies sebegitu memang ada dan ianya datang dari rangkaian biskut 'Julie's' (Perfect Food Manufacturing) tau............ hebat tak???????? So baru-baru ini 'Julie's dengan kerjasama 'LINE' sebuah komunikasi sosial terkemuka, sekali lagi melancarkan koleksi edisi terhad biskut OAT 25.


Selepas kejayaan dan sambutan hangat pada "Biskut Kotak Hadiah Brown', koleksi terhad krismas yang lalu, pihak Julie's telah membuat keputusan untuk melancarkan satu lagi koleksi edisi terhad bersama LINE. Kali ini Cony, salah satu watak terkenal dalam aplikasi LINE akan menyertai Brown berkongsi kasih sayang mereka di Malaysia.


Koleksi terhad Julie's OAT 25 ini sangat berkhiasat dan amat kaya dengan protein. Koleksi ini juga tidak mempunyai bahan pengawet atau perwarna tiruan malah mengunakkan oat yang di import dari Australia. Kualiti dan kebersihan terhadap biskut OAT 25 ini amat terjamin kerana dipantau setiap masa dan di buat dengan penuh kasih sayang.


Mr Benny Chia, Pengurus Pemasaran Perfect Food Manufacturing (Julie's) menyatakan pemilihan Oat 25 Chocolate & Oat 25 Strawberry untuk edisi terhad ini kerana ianya amat sesuai sekali dengan perwatakan Brown & Cony. Atas peminta luar negara, koleksi Terhad ini juga akan di lancarkan di Singapura pada hujung bulan ini.


Bagi pihak LINE pulak, merasa amat berbesar hati untuk berkerjasama dengan Julie's sekali lagi pada pelancaran kedua Julie's LINE OAT edisi terhad. Yang paling istimewa, kotak hadiah Julie's LINE OAT 25 edisi terhad telah di rekakan khas oleh pereka professional LINE. Selain itu di dalam setiap kotak edisi terhad ini mengandungi risalah peraduan Snap-Tag & Win yang akan berlangsung selama 3 bulan bermula June dan berakhir pada bulan Ogos ini. Di samping itu juga akan ada aktiviti-aktiviti menarik di pameran bergerak (Roadshow) di lokasi yang terpilih, kata Ms Patricia Yeoh, Pengurus Perhubungan Awam LINE Malaysia.


Untuk peraduan -Snap-Tag & Win, mudah aje caranya tau. Cuma ambil gambar kedua-dua Julie's LINE OAT 25 cookies Edisi Terhad secara paling kreatif, menarik dan cantik, kemudian muat naik ke laman sosial Facebook @ Instagram dengan #JuliesLINEcookies........ senang kaaaannnnnn.......... Setiap bulan, 20 pemenang hadiah utama dan 25 hadiah saguhati akan di pilih. Semua nama pemanang akan di umumkan di laman sosial Facebook Julie's (facebook.com/juliesbiscuits) / Instagram (@Julieslinescookies) dan akuan resmi LINE Event (ID LINE:@lineeventmy).  Cepat tau turut serta, tengok 'Cik Segodeng' dah pun hantar gambar ke peraduan 'Julie's' nie.


Tengok tu........ bertapa gembiranya Julie's menyambut Brown & Cony, sebelum bertemu mereka sering berhubung dan berkomunikasi di LINE. Sambil bergembira dan berkongsi kasih sayang, mereka menjamu selera dengan hidangan OAT 25 yang berzat dan lazat.............. super yummmy!!!!!!



Julie's akan mengadakan pameran bergerak (roadshow) di pusat membeli belah utama, universiti, kolej dan stesen LRT yang terpilih. Jom ramai-ramai turut serta kerana terdapat pelbagai aktiviti dan hadiah yang menarik dari LINE di sediakan buat semua pengunjung. Bagi mendapat maklumat lanjut & jadual lokasi, boleh di dapati laman sosial Facebook Julie's (facebook.com/juliesbiscuits) @ akuan resmi LINE Event (ID LINE:@lineeventmy). 

So jangan lupa untuk dapatkan Julie's LINE OAT 25 cookies Edisi Terhad ini ya dan kita jumpa di Julie's Roadshow nanti tau..............Jumpa Lagi......... Bye dulu ............



Segodeng 









Tuesday 10 June 2014

Mari Kitar Semula


Salam 1 Malaysia Buat Semua...............


Baru-baru nie, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) telah menyambut ulangtahun yang ke-6. 'Cik Segodeng' tak sure berapa ramai yang tahu pasal jabatan nie?????? Mula-mula memang 'Cik Segodeng pun tak berapa tahu juga tapi bila dah melawat semua booth disana dan di terangkan secara terperinci tentangnya......... baru lar kini 'Cik Segodeng' faham serba sedikit......... nak kata semua tu...... nampak sangat menipu kannnnnnnnnn............. hehehehehehehehehe..........



Kalau di ringkaskan, lebih kurang macam nie, mereka ini lar yang bertanggungjawab menjaga kebersihan, memberi kesedaran pada semua pengguna dan juga mengitar semula barang yang boleh di kitarkan ler.......... bunyi macam tak ringkas pun.............. Agak susah juga tugas mereka ini kannnnnn........... mahu tak, menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama juga tapi masih ada lagi yang belum-belum sedar...........




Kat sana banyak sungguh booth -booth yang menyalurkan maklumat yang amat menarik sekali tentang barang-barang yang di kitar semula dari sisa buangan......... ada di antara boleh di jadikan batu dan bermacam lagi............emmmmmmmmmm...........




Nah nie dia  diantara barang yang boleh di kitar semula........................ tengok tu seluar jin yang boleh di jadikan beg............. seluar Setan belum ada lagi!!!!  Majalah serta surat kharbar boleh di jadikan beg, pasu, bakul, key-chain,  penanda buku dan lain-lain lagi. Tak sangkakan creative sungguh lar otak orang yang create barang ini dengan menggunakkan barang terbuang............ genius.......... 




Sebelum penat berpusing-pusing kesemua booth apa kat kita main game dulu.............. not bad....... kalau menang main game kat sini boleh dapat Bear Besar tau ................. tapi jangan kata nak dapat Bear Besar........ bola getah pun susah dapat........ macam mana tuuuuu..... 'Cik Segodeng' nie memang tak pandai pun main dart...........hehehehehehehehehehehehe......




Sambil dok berjalan-jalan mencuci mata dan minda terjumpa pulak dengan menatang nie sedang berkeliaran.................. Ini lar Moskot PPSPPA (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam) Sepasang...... jantan dan betina............. entah lar 'Cik Segodeng' pun tak sure jenis apa kah menatang nie.................hehehehehehehehehe..........


 


Hanya ada 3 syarikat yang di pertanggungjawabkan oleh kerajaan Malaysia untuk menjaga kebersihan di semenanjung............. tapi kalau tengok kat KL nie aje bermacam-macam jenis lori yang berkeliaran sana-sini ........ mungkin sub-con kot............eeemmmmm apa pun yang penting tugas di jalankan dengan sempurana kalau tak kita boleh buat pengaduan di talian 1800 - 88 - 7472 dengan segera.........



Pada yang suka membelah-belah dan makan-makan, ada juga di sediakan booth barang terpakai dan makan yang baru di masak buat semua pengunjung (untuk di beli, bukan percuma tau ).......... memang berbaloi membeli & makan disana........ sangat murah yang amat.......... penjimatan terjamin...........



Mana-mana perbadanan pun mesti ada club bola sepak sendiri termaksu lar PPSPPA ....................go...go....go....go...go PSPFC..................




Booth 3R for Life (Reuse,Reduce,Recycle) nie pulak memberi cooking demonstration menggunakan left over food yang di conduct oleh Chef terkemuka di Malaysia iaitu Chef Nik Michael Imran. Demo yang di berikan amat bermafaat sekali kerana kita dapat mengunnakan 'left Over Food' dengan cara yang berlainan sekali gus cara ini boleh mengelakkan belakunya pembaziran............




Tapi dalam banyak-banyak booth Cik Segodeng lawati......... booth nie yang menjadi kunjungan ramai........ Booth Street & Still Photo Contest, kat booth nie memberi maklumat bagaimana kita boleh memenangi hadiah berupa wang tunai.......$$$$$$$$$$........Cara untuk turut serta sangat lar mudah........ cuma perlu menangkap gambar mengikut tema yang di berikan. Setiap orang hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja................... kalau banyak sure ler peluang menang tu cerahkan..............




Punyer lar nak menang........ nie lar antara-antara aksi yang sempat di rakam oleh 'Cik Segodeng'.......... Walau pun 'Cik Segodeng' bukan salah seorang pemenang photo contest tu, pengalaman dan ilmu yang di timba pada hari itu sungguh bermakna dan ianya amat berguna di masa hadapan............... tak rugi pun........ 

Akhir kata, jaga lar alam sekitar dan beringat sebelum nak membuat....... kadang-kala benda yang nak di buang tuuu boleh mendatangkan $$$$$$$$$$$$$.......... renung-renungkan lar  sekian............



Segodeng












Kempen Seceria Air Tangan Ibu


Salam 1 Malaysia Buat Semua ...............

Bila tiba musim perayaan, pelbagai persiapan perlu di buat agar suasana sambutan lebih meriah........ tak gitu!!!!!!. So selalunya yang paling sibuk di waktu genting ini ialah ibu kita sendiri kaaannnnnnn........ dan waktu-wahtu nie lar juga kita akan mengimdam pelbagai jenis kuih-muih yang pelik-pelik............ betul tak?????  

Dengan keinginan itu hanya boleh di laksanakan oleh ibu kita sendiri kan?????? Bak kata perpatah, 'Air Tangan Ibu' Ini lebih sedap kerana ia di sediakan dengan penuh kasih dan sayang. Macam mana???? setuju tak?????????


Sempena bulan Ramadhan & Hari Raya yang akan menjelang tak lama lagi, tercetus inpirasi Planta dengan melancarkan kempen 'Seceria Air Tangan Ibu'. Planta juga mengajak para ibu untuk berkongsi 'Air Tangan' mereka dalam menghasilkan kuih-muih, biskut dan kek yang enak serta berwarna-warni bagi memberi suasana yang lebih meriah buat seisi keluarga tercinta. 




Mr Rakesh Mohan (Pengerusi Unilever Malaysia & Singapore) telah memberi sepatah dua kata mengalu-alukan para hadirin semua. Beliau juga berharap kempen ini dapat memberi inspiran kepada kaum ibu masa kini untuk meneruskan tradisi dan berkongsi air tangan mereka melalui pembuatan biskut yang ceria dan berwarna-warni........... kerana tiada apa yang dapat menandingi kualiti air tangan ibu yang sentiasa di buat dengan penuh kasih sayang. 

 Melalui 'Kempen Seceria Air Tangan Ibu' Planta juga menyasar dan berhasrat untuk meraih 50,000 biskut di bulan Ramadhan mulai 16 Jun sehingga 20 Julai 2014 melalu kempen 'Beramal Bersama Planta'....... Jom kawan-kawan mari turut serta..............



Untuk Kali ini, Planta tampil dengan resepi biskut & Kek yang lebih ceria dan berwarna-warni. Semua resepi ini di ilhamkan daripada warna-warna pelangi yang indah dan di samping itu juga Planta turut memperkenalkan resepi baru mengikut trend terkini iaitu Biskut Red Velvet, Biskut Buah Hati dan Biskut Roda Warna........... Semua resepi biskut ini boleh di dapati di saluran YouTube Planta www.youtube.com/resepiplanta 


From Left, Serina, Sheila Rusly, Sharifah Shahirah, Izana & Iza (Owner BakedKL)

Resepi Planta ini juga akan diperkenal dan di kongsi melalui kempen 'Seceria Air Tangan Ibu' yang akan disiarkan secara langsung menerusi segmen Wanita Hari Ini di TV3 (WHI). Segmen ini akan berlangsung selama 7 minggu bermula dari 11 Jun ini.. Selebriti, Sharipah Shahirah akan menghoskan segmen itu dan aka mengetengahkan resepi biskut moden yang di cipta khas oleh Planta. Sepanjang segmen ini Sharifah Shahirah akan berkongsi kegembiraan bersama keluarganya dalam menyiapkan resepi biskut Planta yang sangat ceria serta berwarna-warni. 


Sharifah Shahirah juga sempat berkongsi keterujaannya untuk menjadi hos segemen ini malah dari segmen ini  juga membolehkan beliau mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga dan anak-anak. Sharifah Shahirah juga berharap ia akan menjadi sumber inspirasi kepada semua ibi-ibu di luar sana untuk mencetus keajaiban di dapur bersama keluarga. 


Pelancaran kempen 'Seceria Air Tangan Ibu' teleh diresmikan oleh Ms Tanya Teng (Brand Manager Of Food Retail & Beverages), Mr Rakesh (Pengerusi Unilever Malaysia & Singapore) dan Sharifah Syahirah (Selebriti) 


Di hari Pelancaran kempen 'Seceria Air Tangan Ibu', 'Cik Segodeng' serta para hadirin yang lain telah di jemput untuk membuat biskut Red Velvet bersama-sama. Kami semua telah di tunjuk ajar oleh 'Chef ' terkemuka iaitu Chef Rose Weiss. Baking Time.......... hehehehehehehehe........


Seronok tak terkata........ tengok lar gelagat kami semua............ seceria biskut yang kami sediakan........... Sejujurnya, Resepi Biskut dari Planta ini amat mudah, senang dan cepat untuk disediakan........... yang paling menarik sekali........... iainya sangat sedap dan berwarna-warni. 


'Cik Segodeng'  merasa cukup gembira kerana telah turut serta dalam kempen 'Beramal Besama Planta'.  Semua biskut yang kami buat tadi akan di sedekah kan kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih seluruh Malaysia


Melalui kempen 'Beramal Bersama Planta', Ibu-ibu & Bapa-bapa boleh lar menghasilkan biskut dengan Planta dari buatan air tangan sendiri dan menghantar biskut tersebut ke pasar raya Mydin & Giant yang terpilih mulai 16 Jun sehingga 20 Julai 2014. Bagi merasai keseronokan beramal bersama, anda semua boleh turut serta di lokasi Mydin & Giant yang terpilih dengan hanya membeli planta dan menghasilkan biskut di pameran begerak Planta

Untuk maklumat lanjut, sila lar layari saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta



Segodeng