Wednesday 25 December 2013

Sandiwara Cinta Repvblik


Salam 1 Malaysia & Bertemu Lagi............

Tak lama dulu 'Cik Segodeng' telah di undang ke sidang media bersama sebuah kumpulan dari Indonesia, Repvblik. Kumpulan ini terdiri dari 5 orang anak muda yang berasal dari Bogor, Indonesia. Sejujurnya, 'Cik Segodeng' memang tak berapa tahu @ kenal dengan kumpulan Repvblik ini..........maklum lar terlalu banyak kumpulan dari seberang yang telah mencipta nama dan bertapak di hati peminat di Malaysia. Lagi pun 'Cik Segodeng' rasa bukan senang nak jadi terkenal di negara orang lain kan......... 


Walau bagaimana pun pihak 'MVM Production' telah mengambil inisiatif dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mempromosikan kumpulan 'Repvblik' ini di Malaysia. Banyak kerjasama di berikan dari pihak media terutama sekali stesen radio yang selalu memutar kan lagu single mereka yang berjudul 'Sandiwara Cinta'. Ternyata sekali, lagu ini boleh di terima ramai dan telah menduduki carta teratas di kebanyakan stesen radio yang lain.............wah hebat kan lagu ini...........



Mau tak hebat.........4 juta down load untuk lagu ini aje (Sandiwara Cinta).........banyak kan............ Kumpulan tak kenal tapi lagu ini 'Cik Segodeng' memang pandai nyanyi..............dek kerana selalu dengar kat radio kot.............. apa-apa pun lagu nie memang best..............melodinya agak syahdu gitu-gitu...........


Haniff (DJ) juga turut hadir di sana sebagi MC bagi memeriahkan lagi sidang media pada petang itu........banyak informasi berkenaan kumpulan Repvblik yang di ceritakan oleh Haniff kepada kami semua........tak ketinggal Repvblik juga pernah menjadi tetamu di radio era bersama Haniff & Ray (DJ).............


Sekadar info aje untuk semua okey, Kumpulan ini secara resmi telah di tubuhkan pada tahun 2004. Di barisi oleh, Ruri (Vokal), Hexa (Rhytham Gitar), Lafi (Bass), Tya (Keybord & Back Drum), dan Ei (Lead Gitar). Banyak rintangan dan dugaan di hadapi oleh mereka sebelum menjadi terkenal. Nasib mereka berubah setelah di lamar oleh syarikat rakaman EMI Indonesia pada tahun 2007 dan sejak itu Repvblik terus berkembang dan menjadi popular di Indonesia sehingga kini...............


Sesi soal-jawab bersama rakan media........menarik....banyak benda yang 'Cik Segodeng' tak tahu pasal mereka, telah pun terurai dan terjawab.......tak sangka kumpulan ini dah berapa kali buat persembahan di Malaysia. Antaranya, pernah membuat persembahan Charity di UiTM bagi mengutip derma untuk membantu pelajar yang kurang mampu. Angan-angan dan impian mereka ingin sekali berduet besama artis Malaysia seperti Dato Siti, Sheila Majid dan Kumpulan Slam............moga impian mereka tercapai.......


Sebelum sidang media berakhir, Repvblik telah membuat persembah Akustik bagi menghiburkan kami semua...............okey lar persembahan mereka.........not bad.............'Cik Segodeng' rasa terhibur dan yang paling penting 'Cik Segodeng' dah tahu siapa penyanyi lagu 'Sandiwara Cinta' ini........... dan lagu ini di nukil sendiri oleh vokalis kumpulan Repvblik berdasarkan pengalaman sendiri setelah di permainkan dalam percintaan.......kesiannya dan terharu juga bila dapat tahu.......... 


Sebelum pulang 'Cik Segodeng' sempat juga bergambar bersama mereka untuk di buat kenang-kenangan. Semasa sisi ambil gambar nie, berbagai gelagat lucu dan gurau senda dari mereka semua. Sangat peramah, mungkin sebab orang media kot........kena lah membodek skit........baru lar dapat review yang baik kan..........mereka juga tak henti-henti mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang dan menyokong mereka.......... Akhir kata Cik Segodeng ucapkan tahniah dan Good Luck buat kumpan Repvblik.....

Segodeng



No comments:

Post a Comment