Tuesday 10 December 2013

Epson Intelligent Imaging Launch


'EPSON' satu nama di mana sesiapa pun kenal kan........satu syarikat gergasi yang menerajui dalam pengeluaran produk seperti 'Inkjet Printers/Printing Systems, 3LCD Projector dan Industrial Robot'. 'Epson' sentiasa kehadapan dalam memberi dan memenuhi kehendak pelanggan. 


'Epson' telah beroperasi di Malaysia sejak dari tahun 1991 dan pada masa itu di kenali sebagai 'Epson Trading (M) Sdn Bhd. 'Epson Malaysia' juga memegang hak 'exclusive' pengedaran produk dan khidmat pelangan ke seluruh Malaysia dan Brunei. Mempunyai 54 cawagan di seluruh negeri  bagi memasarkan rangkaian produck 'Epson'. Untuk maklumat lanjut boleh lar layari http://www.epson.com.my pasti semua jawapan ada di sana.........


Baru-baru ini 'Cik Segodeng' ke 'Showcase Epson "Intelligent Imaging"' bagi memperkenalkan rangkaian terkini produk 'printer & projector' yang begitu unik rekaannya. Rangkaian unik ini di cipta bagi memenuhi dan memberi kemudahan serta keperluan kepada pelbagai Industri. Rangkaian ini juga membawa pandangan yang lebih jauh ke hadapan bagi membentuk satu alaf baru kepada 'printing & projection'. 


Sambutan mersa di berikan dan kedatangan 'Cik Segodeng' sungguh di alu-alu kan.......... sebelum majlis bermula, kita sarapan dulu.........yum....yum...yum....yum....


'Showcase' bermula dengan kata-kata aluan dari pengacara pada hari itu dan sebelum majlis bermula kami telah di hidangkan dengan 'Creative Projection In Public Spaces', satu pertunjukkan projection yang begitu unik sekali.........di mana patung & dinding yang kosong telah di suluh (project) dengan pelbagai jenis 'material'....sungguh menakjubkan dan terpukau sejenak kami di buatnya.......


'Mr Yasuhiro Kasai (Country Manager, Epson Malaysia Sdn Bhd)' telah memberi sepatah-dua kata ucapan pembuka 'showcase Epson' pada hari itu. Dalam kata-kata beliau dengan penlancaran produk ini telah memberi kelebihan 'Epson' dalam menerajui permintaan pasaran dan menaikan saham dalam industries 'pencetakaan & projektor'. Pelbagai 'Businesses' boleh mendapat banyak mafaat/hasil dari produk ini. 


'Showcase' di teruskan dengan ucapan dari 'Mr Danny Lee' (General Manager, Sales & Marketing) menerangkan lebih lanjut tentang perjalanan dan pengcapaian 'Epson' di Malaysia. Beliau amat berbangga kerana 'Epson Malaysia' telah menjadi pilihan No.1 di Malaysia pada tahun 2012 bagi pemasaran produk 'Printer & Projector".  'Epson' juga sentiasa berkerja keras dalam memastikan kehendak pelanggan di penuhi dan juga mencipta teknologi baru dalam pengeluar 'printer & projector' yang lebih Ideal serta heavy duty. Beliau juga percaya dengan zaman pesat membangun, sudah tiba masanya kita memberi laluan kepada teknologi 'projection' untuk menerokai bidang perniagaan kita dan memberi pengalaman dan pengambaran 'magical'..............Dengan itu beliau telah melancar dan memperkenal produk unik & terkini dari .Epson' :-
  • 'Epson's High Brightness Installation-Base Projectors (Model EB-G6000 (Six Series))
  • 3D Full HD Home Entertainment Projectors (Model EH-TW5200 & EH-TW8200)
  • Epson Colour Labelling Solutions (Model TM-C3510, GP-C830 & GP-M830)


Penerangan terperinci mengenai produk 'Epson High Brightness Projector & Home Entertainment' telah di bentangkan oleh 'Ms Jennifer Low (Product Manager, Epson Malaysia)' 

(1) 'Epson's High Brightness Installation-Base Projectors (Model EB-G6000 (Six Series))
Rangkaian ini merangkumi 6 model yang di lengkapi dengan ciri-ciri campuran berbeza kepada tahap, 'Brightness, Resolution & Feature' bagi memenuhi permintaan serta kehendak pelangan. Projector pertama yang mempunyai ciri-ciri HDBaseT interface. Di cipta untuk pengunaan di ruang yang luas dan terang. Mempunyai tahap kecerahan yang amat tinggi (2500-7000 lumens). Pemancarannya amat terang dan berkualiti tinggi.

 Ciri-Ciri Utama :-
  1. HDBaseT Connectivity
  2. Faroudja DCDi Cinema Chip
  3. High Contrast With Auto Iris And CFine
  4. Frame Interpolation
  5. DICOM Mode For Clear Medical Images
  6. Edge Blending
  7. Curved & Corner Wall Projection

(2) 3D Full HD Home Entertainment Projectors (Model EH-TW5200 & EH-TW8200)
'Model EH-TW2500' yang mampu milik, hasilnya sama juga seperti rangkaian Epson Home Theather yang lain. Di lengkapi dengan ciri-ciri:-
  1. Superior Image Reproduction With 3LCD Technology
  2. 480 Hertz 3D Drive
  3. Horizontal Keystone Adjuster
  4. MHL (Mobile High Definition Link) Support
  5. Optional Wi-Fi Connectivity
  6. Space Saving Footprint
Manakala model Epson EH-T8200 plak di lengkapi dengan ciri-ciri :-
  1. Frame Interpolation in 2D & 3D
  2. Super Resolution in 2D & 3D
  3. Cinema Fliter
  4. 480Hz Panel Drive Technology
  5. Industry Standard Active 3D Glasses



Tengok aje hasilnya, memang hebat tak payah lagi nak pakai wall paper, atau gadget yang lain untuk mencantikan wall kita kan.......ianya lebih mudah dan kita boleh aje tukar bila-bila masa kita suka.......


Selepas itu 'Ms Pearly Lee (Product Manager, Epson Malaysia)' telah membuat product presentation untuk 'Colour Labelling Solutions' di mana 'printing' akan lebih berkesan, berkualiti tinggi dan menjimatkan. Merangkumi pelbagai model mengikut kehendak pasaran. Malah hasilnya kalis air..........so tak akan mudah rosak dan tahan lama


Rangkaian ini telah pun berada di pasaran. cepat-cepat dapatkan satu..............


Setelah selesai, kami semua di beri peluang untuk bersoal-jawab bersama 'Mr Yasuhiro Kasai & Mr Danny Lee' bagi mendapat jawapan dan merungkaikan persoalan yang bermain di minda...... banyak juga soalan yang telah di ajukan dan rata-rata berpuas hati dengan jawapan yang di berikan.......


Syabas & tahniah, 'Cik Segodeng' ucapkan kepada 'Epson Malaysia' di atas pelancaran produk tersebut. 'Cik Segodeng' memang kagum sesangat dengan projector mereka..............boleh buat mini pawagam kat rumah 'Cik Sogodeng'.........kalau mampu dah lama 'Cik Segodeng' beli tau......... .......tapi apa pun satu hari nanti 'Cik Segodeng' akan memilikinya..........


Sebelum pulang, 'Epson Malaysia' juga ada menyediakan makan tengah hari buat kami semua.......nak tau makanan ari tu memang best dan sedap tak terkata........apa lagi jom kita makan dulu.........di sini juaga 'Cik Segodeng' nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat terutama sekali kepada 'Blogger.Com'...... (rezeki di kongsi bersama)....... so akhir kata dari 'Cik Segodeng', maju lar diri ke arah teknologi yang lebih berinnovatif dan jangan lupa untuk layari laman sesawang Epson Malaysia http://www.epson.com.my  utunk maklumat terperinci okey....??????


Segodeng



No comments:

Post a Comment