Wednesday 28 May 2014

Ephyra Treasure Hunt....ROCK!!!


Salam 1 Malaysia Buat Semua............

Pada minggu lalu, 24/05/2014, 'Cik Segodeng' telah turut serta dalam satu cabaran 'Ephyra, Mencari Harta Karun'. Acara itu telah di bawakan khas oleh 'Ephyra' dengan kerjasama 'Denaihati Network'.  Perasaan teruja, bimbang dan macam-macam rasa terus menerpa diri 'Cik Segodeng' sehingga semalaman tak lelap mata di buatnya.



Cabaran ini telah menghimpunkan 27 blogger yang hebat, ternama dan berpengalaman (tolak Cik Segodeng). Puspanita, Persint 10 Putrajaya telah menjadi 'Meet point' dan berkumpul bagi semua pencari harta karun pada hari itu. Bila sampai saja di sana bertambah lagi debaran di hati sebab ini lar kali pertama 'Cik Segodeng' turut serta mencari harta karun menggunakan kenderaan....... selalunya cari harta setempat aje (dalam satu kawasan yang luas)............ 




Tanpa melengahkan masa, 'Team Denaihati' telah menagih sarapan pagi buat kami semua. Riang tak terkata sebab masing-masing belum sempat bersarapan pagi. Selain sarapan, T'shirt serta borang pendaftaran juga di edarkan kepada kami semua. Selepas pendaftaran, kami telah di pecahkan kepada 7 kumpulan. Pemilihan kumpulan telah di buat dan di tetapkan oleh pihak pengurusan 'Denaihati'. 'Cik Segodeng' memang suka sangat dengan cara pemilihan kumpulan di buat... tau tak kenapa????  Banyak sebabnya........

(1) Ia menjadi detik permulaan perkenalan bagi yang tak berapa kenal antara satu sama lain
(2) Rentak permainan akan menjadi lebih mencabar kerana masing-masing tidak tahu kekuatan yang ada
(3) Peluang untuk menang akan lebih terbuka kepada semua kumpulan yang bertanding 
(4) Mengeratkan lagi tali silaturahim 




Penerangan, taklimat dan ucapan alu-aluan telah di berikan oleh 'Denaihati Network' & Pn Amiza dari 'Ephyra'. Setiap kumpulan telah di beri nama ramuan utama dalam produk 'Ephyra' oleh Pn Amiza. Dalam apa cabaran langkah keselamat perlu di ingat selalu...... itu lar kata-kata peringatan yang kerap di laungkan kepada kami semua sebelum memulakan 'Pencarian Harta Karun'



Nah.... nie dia team 'Cik Sgodeng' yang terdiri dari : -

(1) Cik Segodeng - (http://www.segodeng.blogspot.com)
(2) Ainaa - (http://www.ladyainaa.com)
(3) Daud, Team Leader - (http://cheramiche.blogspot.com
(4) Annuar - (http://penaberkala.blogspot.com)

Team kita orang di beri nama 'Acai Berry'...... so dengan kata semangat 'Acai Berry Hebat' kami ingin 'MENANG' .......... hahahahahahahahahahahaha




Now, let's the game begin...........Cabaran pertama yang kami perlu buat ialah upload load insta video mengenai minuman khiasat 'Ephyra' secara se-creative dan harus di kongsi bersama di laman sosial....... 'O.M.G'....... malunya rasa...... tak pernah-pernah buat benda macam tu...... selalunya cuma bergambar aje....... tapi demi misi pasukan 'Cik Segodeng' teruskan jua. Selepas itu. "Pit Stop' pertama kami di 'Taman Botani Putrajaya. Di sana kami perlu mencari no siri, nama saintifik dan nama tempatan tumbuhan yang berada di dalam taman itu dan kami juga perlu menjawap beberapa soalan yang telah di berikan. Sambil-sambil mencari jawapan kami juga telah di arahkan untuk mengambil gambar di instagram sepanjang 'Ephyra Treasure Hunt' bagi mendapat markah lebih.


Credit Photo : Team Mate

Setelah selesai, perjalanan kami seterusnya ialah ke KLIA2 tapi sebelum sampai kami perlu menyempurnakan satu task di mana kami perlu berselfie di depan 'Bilboard Ephyra' yang berada tepi jalan sebelum exit ke bangi. Memang kerja gila berselfie di tepi highway nie......... tak pernah di buat orang...... itu lar uniknya 'Ephyra Treasure Hunt', lain dari yang lain. Terbaek...........


Credit Photo : Team Mate

Sampai aje di KLIA2, rasa diri nie dah macam monyet......... terkinja-kinja...... mau tak, ini lar kali pertama 'Cik Segodeng' jejak kaki kat KLIA2.......... rasa bangga dengan kemajuan negara sendiri. Ikut hati nak ukur seluruh KLIA2 tapi naiwatu kena tolak tepi dulu sebab ada misi yang perlu di selesaikan.........So kat sini 'misi' yang di berikan sungguh mencabar diri untuk menjadi lebih terbuka dan berani. 


Credit Photo : Team Mate

Antara cabaran-cabaran yang perlu kami selesaikan, seperti berselfie di depan signboard KLIA2, berselfie dengan pelancong asing, memberi peneranggan dan membuat insta video tentang produk 'Ephyra' kepada pengunjung di KLIA2 dan membuat insta video 'Team Cheer' bersama pengunjung. Dalam menyelesai kan semua tugas yang itu, kami juga perlu menjawab beberapa soalan puzzle, teka-teki dan soalan yang menguji minda.  Lagi banyak task yang dapat di selesaikan, peluang untuk menang pasti ada........ hehehehehehehehehehe.......... 


 
Credit Photo : Denaihati 

Di KLIA2, masa cabaran tamat pada pukul 2.30pm. Sebelum kami terjah ke booth 'Ephyra' di 'JOM HEBOH' di Putrajaya untuk cabaran terakhir, jom ramai-ramai berselfie dulu untuk kenang-kenangan.  


Credit Photo : Team Mate

Pejalanan menuju ke destenasi terakhir kami, benar-benar meletihkan.......... sakit, krem kaki di buatnya...... mau tak, jalan dah jem, banyak jalan di tutup kerana memberi laluan kepada event-event yang berlangsung di kawasan berdekatan dan sewaktu dengan 'JOM HEBOH'. aaaahhhhhh..... aaarrrrrggggg......... berhenti jap tarik nafas dan apa lagi........... berposing dulu..... yuk kita.............



Akhirnya, sampai juga di 'check Point' terakhir iaitu booth 'Ephyra'. Yabedabedu.........rasa macam nak buang kasut dan golek-golek tapi misi belum lagi selesai!!!!!! Sementara menunggu team lain tiba jom kita lepak santai untuk hilangkan penat dan dahaga........




Task terakhir kami adalah bermain blind score dan membuat 'Team Cheer' di hadapan duta 'Ephyra' iaitu Norman Hakim & Memey Suhaiza..........syukur alhamdullilah.... team 'Cik Segodeng' berjaya dalam perlawanan blind score.......... ...




Setelah pengiraan di buat...........  Team 'Cik Segodeng', Acai Berry telah mendapat tempat kedua . Rasa penat dan sakit kaki terus hilang sekelip nata. Credit kemenangan ini, hasil usaha kerjasama antara ahli pasukan tapi apa pun Cik Segodeng tabik spring kat team mate Acai Berry, dia orang memang sangat-sangat awesome




Apa-apa pun bagi 'Cik Segodeng' semua adalah pemenang yang sebenar. Kerana mereka berani menyahut cabaran yang telah di berikan . CONGRATS to all yang turut serta dalam acara 'Ephyra Treasure Hunt'





Tak lupa jutaan teima kasih buat Team Denaihati & Ephyra kerana berjaya menganjurkan acara ini dan membuat ianya lain dari yang lain. Superb................... 



Dari mula hingga akhir, bekali-kali Cik Segodeng sebut 'Ephyra tentu  ramai yang tertanya-tanya apa ke benda Ephyra nie. So meh 'Cik Segodeng' intro skit ya!!!! Ephyra adalah produk kecantikan dan penjagaan kesihatan yang di edarkan oleh 'Ocean Life Marketing Sdn Bhd'. Produk ini sangat berkhasiat sekali dalam memberi tenaga dan merawat segala masalah kulit. Produk  Ephyra ini amat terjamin kebersihannya dan telah mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Untuk para muslimin dan muslimat, anda tidak perlu bimbang.... produk ini di jamin 'HALAL'. So kalau nak CANTIK * SIHAT * BERTENAGA jangan lupa untuk mencuba 'Ephyra tau.

Ini antara faedah & kelehihan 'Ephyra

Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
Mengurangkan kadar kolesterol
Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
Melegakan kesakitan sendi dan arthritis

Untuk maklumat terperinci & lanjut, boleh lar terjah :-

Website:
http://www.oceanlife2u.com

Fanpage:
https://www.facebook.com/oceanlife2u

Address:
Ocean Marketing Sdn Bhd,
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur

Contact Number:
1) 03 41417889
2) 019 3999238

Email:
oceanlife2u@gmail.com




Segodeng 




























Tuesday 20 May 2014

Ulang Tahun Media Hiburan Bersama Pembaca, Celebriti & Pizza Hut


Salam 1 Malaysia Buat Semua..............

Ini cerita Semalam..............'Media Hiburan', majalah yang top, sensasi dan panazz di pasaran telah menjemput pembaca setia yang bertuah untuk bersama menyambut ulang tahun ke 29 majalah itu. Seronok tak terkata kerana 'Cik Segodeng' antara yang bertuah tau................. 'Pizza Hut' Kota Damansara telah menjadi lokasi dan tuan rumah bagi sambutan ulang tahun "Majalah Media Hiburan'.




Bagi menyemarakkan lagi majlis pada hari itu, semua hadiri di kenakan tema pakaian warna merah, hijau dan putih sempena pelancaran 'Taste Of Italy', rangkaian pizza yang terbaru dari 'Pizza Hut'. Rangkaian menu 'Taste Of Italy' terdiri dari Tuscan Beef Pizza, Pesto Chicken Spaghetti, Italiano Bruschetta, Garlic Cream Fettuccine dan Mama Mia Meatballs Romano Chicken Pizza, Clementine Chicken Pizza............. Super Yummmy................




Ini dia rupa menu terbaru dari 'Pizza Hut'......... menarikkan............ 'Tuscan Beef Pizza' yang paling 'Cik Segodeng' suka. Rasanya sedap, lain dari yang lain.................. berbeza dari pizza-pizza yang biasa 'Cik Segodeng' rasa........... so jangan lupa untuk mencubanya sendiri tau............. 


 

 Tak sangka ramai juga celebriti tanahair yang datang meluangkan masa bersama kami pada petang itu. Walau pun sibuk dengan projek masing-masing, mereka memberi commitment yang 101% kepada pihak media dan peminat setia untuk turut serta dalam sambutan ulang tahun 'Media Hiburan'



Tanpa melengahkan masa acara di mulai dengan nyanyian lagu 'Selamat Hari Jadi' dari celebriti & pembaca setia buat 'Majalah Media Hiburan'. Pejam.....celik....pejam..... celik...... tak sangka ya dah 29 tahun 'Majalah Media Hiburan' bertapak di hati pembaca malah 'Media Hiburan juga telah mempunyai peminat sebanyak 187K di laman sosial Facebook....... banyaknya.......... 'Cik Segodeng' doakan 'Majalah Media Hiburan' akan terus berkembang dan tak jemu-jemu memberi yang terpanazzzz di pasaran.........




Suasana menjadi lebih gamat dengan telatah dari Abang Roslan Shah yang mengacara majlis pada petang itu.........  memang terbaek.......... ketawa tanpa henti sampai perut pun rasa nak teburai dek kepetahan beliau mengemudi majlis pada petang itu........... 



 Dalam apa majlis pun, kalau tak ada game..... memang tak sah kannnnnn.......... so game pertama yang sangat best bagi 'Cik Segodeng' game ini benar-benar menguji kepintaran dan kerjasama satu pasukan.

Ayat di beri - 'PISANG'.... so dengan nada nyanyian ........ lalalalalalalalalalalalalalala

Team A
'Pisang Goreng, Pisang Goreng, Pisang Goreng Sekarang'
'Goreng Apa?, Goreng Apa?, Goreng Apa Sekarang?'
(Soal : Goreng)

Kumpulan satu lagi akan menyahut dan menjawab nyanyian soalan yang telah di berikan......

Team B
‘Goreng Sayur, Goreng Sayur, Goreng Sayur Sekarang.
  Sayur Apa?, Sayur Apa?, Sayur Apa Sekarang?
(Jawapan : Sayur)

soal jawab dengan nyanyian akan berterusan sehingga tidak dapat lagi menjawab balasan tuuuu.......Game ini memang dah lama 'Cik Segodeng' tak tengok @ dengar....... seronok tengok gelagat semua yang menyertai game nie.................




Game kedua, lagi lar gamat....... main-main suap ais-cream dengan mata peserta di tutup.............. memang meriah dan lawak giler........ mahu tak....... salah suap, masuk ke lubang hidung @ terkena bahagian lain ........ comot muka nyah................



Abis main game, sure lar mesti dapat hadiah kan............. kalah @ menang, semua yang main game dapat hadiah dari pihak 'Media Hiburan & Pizza Hut'....... huntong sesangat dan tak rugi pun.......... 

Apa pun hadiah yang paling bermakna dan best sekali adalah kenangan yang telah di lakarkan pada hari itu....... iainya akan kekal dalam ingatan. So terima kasih banyak-banyak buat 'Media Hiburan' kerana memberi peluang untuk turut sama dalam sambutan ulang tahun ini dan terima kasih buat 'Pizza Hut' yang menyediakan makan petang dan melayan kami semua dengan layanan yang sungguh istimewa sekali. 

Akhir kata, All the Best buat 'Media Hiburan' dan jangan jemu jemput 'Cik Segodeng' lagi ya untuk acara yang lain plak.......... hehehehehehehehehehe



Segodeng 








Friday 9 May 2014

Showcase - Fatin Shidqia Lubis


Salam 1 Malaysia Buat Semua..........

Fatin Shidqia Lubis atau lebih mersa dengan panggilan Fatin, bintang kelahiran Jakarta, Indonesia mula menempa nama dalam bidang nyanyian setelah memenangi X-Factor Indonesia musim pertama pada Mei 2013. Bukan sahaja mempunyai bakat nyanyian malah turut menonjol dalam bidang lakonan juga. 


Popularitinya berkembang bagai cendawan yang tumbuh segar. 'Aku Memilih Setia' dan 'Dia,Dia,Dia' single pertama dari album 'For You' mendapat sambutan yang sungguh luarbiasa sejurus di lancarkan. Lagu ini sering di mainkan di stesen radio dan TV di Indonesia, malah bejaya menduduki tempat pertama di carta iTunes Indonesia.


Lagu 'Aku Memilih Setia' benar-benar telah menjulang namanya. Macam mana dengan suaranya???? ramai yang mengatakan suara 'Fatin' nie iras-iras 'Shila Hamzah'!!! Apa pendapat anda semua???? Walau bagaimana pun, bagi 'Cik Segodeng' setiap bintang punyai sinarannya yang tersendiri kannnnnn.........


Bagi memperkenal dan mempromosi 'Fatin Shidqia', pihak 'Sony Music Entertainment Malayia' telah mengadakan Showcase & Sidang Media di 'alof, Kuala Lumpur' buat semua rakan media dan perminat setia 'Fatin'.


Seperti sambutan yang luarbiasa terhadap album 'Fatin' begitu juga dengan Showcase pada hari itu............ kami semua si suruh lepak santai aje sambil menunggu persembahannya nanti........... masa lepak santai tuuu cuma satu aje yang kurang........... 'BANTAL BESAR'............ kalau ada, sudah tentu semua yang hadir akan rasa lebih selesa. 


"Abang Bob' telah mengacara majlis pada hari itu dengan jayanya...............


'Sezairi Sezali' membuat persembahan bagi membuka 'Showcase Fatin Shidqia' pada hari itu.  Sedap sungguh suara anak kelahiran 'Kota Singa' nie............. alunan muziknya sungguh puitis dan menikam kalbu.  eeemmmmmmmmm...........


Yang di nanti-nanti telah pun tiba!!!! Persembahan yang mantap dan bertenaga dari 'Fatin' benar-benar menghiburkan peminatnya di Malaysia. Fatin menyampaikan beberapa buah lagu yang telah menaikan namanya dan sebuah lagu yang di popularkan oleh 'Shila Hamzah', 'Patah Seribu'...... bunyi suara macam sama......... tapi tak sama.........


Sejujurnya 'Cik Segodeng' rasa amat terkilan di hari 'Showcase Fatin'............ 'Cik Segodeng' tidak di benarkan untuk bergambar berdua bersamanya............... hanya boleh bergambar ramai-ramai dengan semua 'Fan Fatin (FATINISTIC)' dan ianya harus d lakukan dengan pantas dan segera. Rasanya ini lar kali pertama showcase yang melarang untuk bergambar bersama dengan penghibur yang tengah hangat tanpa ada alasan yang kukuh..........kecewa.....kecewa....kecewa dengan 'PA' yang menguruskan 'Fatin Shidqia' pada hari itu. Terasa kesian juga kat 'Fan Fatin (FATINISTIC)' yang mengharap sangat. Jelas sungguh kekecewa yang terpancar di muka mereka semua. 


Tapi nasib baik 'aloft, Kuala Lumpur dapat merawat sedikit luka di hati 'Cik Segodeng'.............. hidangan ringgan yang di sediakan oleh 'aloft' sangat membuka mata dan selera......... Alhamdullilah........ 

Pengalaman ini akan sentiasa segar dalam ingatan 'Cik Srgodeng' buat selama-lamanya.  



Segodeng








Thursday 8 May 2014

My Makeover


Salam 1 Malaysia Buat Semua.................

Hari ini 'Cik Segodeng' nak tulis cita yang dah basi agaknya...........mau tak basi, benda nie dah dekat sebulan berlalu. Bukan malas tapi sebenarnya gambar nie semua ada dalam memory card yang lain. Bila dok clear dan transfer semua gambar, baru 'Cik Segodeng' perasaan........ itu lar al-kisahnya.........


Pada setiap tahun, Guardian Makeover sentiasa menarik pengunjung untuk mencantikkan diri. Di Samping itu terdapat tawaran yang sangat hebat untuk barangan penjagaan kecantikan & kosmetik. Acara ini berlangsung selama 2 hari di pusat membeli-belah One Utama. Pelbagai acara, tawaran hebat, game dan bermacam lagi di telah di sediakan buat semua yang datang. 


Banyak sungguh booth-booth yang menjual produk kecantikkan............... sampai gelap mata nak memilih..............tapi tujuan utama 'Cik Segodeng' gi sana adalah nak sangat buat makeover........... maklum lar, kurang cantik........ so nak cantikkan lagi dan mungkin dapat pelajari teknik yang baru dari make-up professional


Nie dia, MC hammer pada hari itu.................. kehadira dan telatah mereka benar-benar memeriah dan mengamatkan suasana.


Dek kerana nak sangat buat makeover, terpaksa lar beratur panjang dan lama. Harga untuk buat makeover nie cuma RM 10.00 termasuk 'Goodie Bag'. So dengan harga macam tu, dah tentu ramainya tergoda dan tak lepaskan peluang. Mau atau tidak kena tunggu dan sabar........... sambil tunggu apa kata kita main 'Candy Crush' dulu.


Makeover hari itu merangkumi, dandanan rambut dan make-up. Juru dandan & solek pada hari itu sememangnya handal tahap gaban. Kerja mereka perlu pantas, tangkas dan sempurna. Paling yang mengembirakan mereka, apabila setiap pelanggan berpuas hati dengan hasil yang telah di lakukan oleh mereka. 


Nie dia hasilnya untuk 'Cik Segodeng'......... ada perubahan tak?????? 'Cik Segodeng' nampak sama aje....... perbezaan hanya pada gambar aje......... satu gelap dan satu lagi cerah.......... hehehehehehehehe. Ala, nak komen lebih-lebih pun.... bukannya bayar mahal pun...... sepuluh hinggit aje kan...... so xkisah sangat lar....... janji 'Cik Segodeng' enjoy sangat pada hari itu. 

Kalau nak cantik, kita hendak lar menjaga dari dalam dulu..... tak guna kalau hanya cantik di luar aje kaaaannnnnnnnnn..............nie statement untuk diri sendiri.... supaya selalu beringat.



Segodeng 












Celebrating Women Art - 2014



Salam 1 Malaysia Buat Semua...............

Baru--baru ini 'Cik Segodeng' berkunjung ke pameran ' Women In Art 2014'. yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu-kota. Semua lukisan telah di hasil oleh 'Wanita' yang amat berjiwa seni. Lukisan mereka benar-benar mengungkapkan seribu makna. Dek kerana terlalu terpegun dan kagum dengan hasilnya......... membuat 'Cik Segodeng' ingin sangat berkongsi dengan semua.................  









Cantik Tak??????........... kalau tak cantik, mesti mata you all ada problem........ kena gi check tu sebelum parah............ jangan marah ya......... gurau aje!!!. Maaf lar kali ini tak dapat nak terang in detail kisah di sebalik setiap lukisan......... lagi pun 'Cik Segodeng' bukan 'SIFU' art tau......... hanya nak berkongsi dengan semua yang minat pada hasil lukisan..................

Alamak............. dah tahu nak cakap apa lagi.......... sebelum 'Cik Segodeng' merapu-rapa dan ntah apa-apa yang langsung tak leh nak faham nanti, baik 'Cik Segodeng ngundur diri dulu ya.......... Jumpa lagi........



Segodeng 





Review Filem The Amazing Spider-Man-2


Salam 1 Malaysia Buat Semua ...................

Apa khabar semua???????......... 'Cik Segodeng' harap semua berada di dalam keadaan yang sangat sangat sihat............Insyalllah............ Untuk kali nie, 'Cik Segodeng' nak buat review pasal filem 'The Amazing Spider-Man 2' yang sedang hangat di tayangkan di seluruh pawagam di Malaysia dan luar negara..........


Berpeluang untuk menonton percuma dah tu tengok yang special preview plak ............. sememangnya di nanti-nanti kan oleh 'Cik Segodeng'. yahoooooooo........ bestnya dapat menonton percuma lagi.......... Terima kasih buat teman-teman yang sentiasa ingat dan tak jemu-jemu mengoffer........... Alhamdullilah.......


Sebelum cerita lebih lanjut dan bagi komen............. apa kata kita tengok jap triller dari filem ini.......... Tengok aje triller, rasa dah tak sabar nak tonton  filem ini kaaaaaannnnnn............ Sememangnya perbikinan filem ini mengunakan teknologi yang amat canggih sekali dah tu grafiknya sangat menarik........... sampai terpegun 'Cik Segodeng' bila menonton........... hehehehehehehe................ 


Filem ini di baris oleh pelakon-pelakon yang sangat hebat............. Kali ini jalan ceritanya amat berbeda sekali dari siri yang sebelumnya. Seperti yang sedia maklum, 'Spider-Man' selalu bertarung dalam dirinya sendiri antara menjadi Peter Paker seorang manusia biasa dan kelebihan luar biasa sebagai Spider-Man. Bagi Peter Paker, menjadi Spider-Man dan berhayun di semua bangunan pencakar langit membuat dia rasa sungguh tenang dan istimewa.

Ada harga perlu di bayar bila menjadi Spider-Man dan hanya dia aje yang bisa menyelamatkan penduduk New York dari ancaman keganasan penjahat yang mengerunkan sedang hangat mengancam bandar New York. Dalam pada itu Spider-Man harus menghadapi ancaman yang lebih teruk lagi dari sahabatnya sendiri dan apabila di fikir-fikir, semua musuhnya ada kaitan dengan OsCorp

Kali ini pertarungan Spider-Man memang hebat, 'Cik Segodeng' tak nafi kan................... memang BEST...... PUAS HATI dan TAK RUGI tengok.................


'Cik Segodeng' memang berpuasan hati dengan filem ini.............. 4 bintang 'Cik Segodeng' bagi........ terbaek........ abis aje menonton sesi bergambar pun bermula....... bukan dengan Peter Paker atau pun Spider-Man tapi dengan poster 'Spider-Man'......... jadi lar dari tak ada langsungkan........

Lastly 'Cik Segodeng' nak ucapkan terima kasih buat 3 orang rakan 'Cik Segodeng' yang lagak macam Spider-Man tuuuuu kerana sudi ajak menonton filem ini................... itu aje untuk kali ini, nanti kalau ada berita yang lain akan 'Cik Segodeng' kabarkan pada semua tau........ okey, BYE dulu..........



Segodeng