Wednesday 25 December 2013

Paku...Paku.....Paku....



Salam 1 Malaysia Buat Semua...........

Kawan-kawan, jom tengok wayang........Baru-baru nie 'Cik Segodeng' bersama rakan-rakan yang lain telah pergi menonton bersama Filem 'Paku' di TGV KLCC. Kita orang semua menang tiket dari www.tupai.com.my tau........... 'Thank You' Tupai kerana memilih 'Cik Segodeng' dan rakan-rakan sebagai pemenang...........dapat lar tengok wayang free.........Perasaan takut tak semena-mena datang sebab nak tonton filem seram nie......tapi dek kerana ada gang kat sebelah.........rasa takut tu hilang lar skit.........


.Filem 'Paku' ini adalah arahan P.Ramesh dan pelakon utamanya, Aishah Ilias, Johan Asari, Diana Johor, Zaidi Omar, Wan Hanafi Su dan Kamal Adli. Filem ini bergenre Seram, ia mengisah tentang kasih seorang lelaki yang bergelar suami tidak sanggup berpisah dengan isteri tercinta yang telah meninggal dunia akibat satu trajedi......maka Si suami sanggup melakukan apa saja bagi mendapatkan kembali Isteri yang tercinta. Dengan mengguna khidmat bomoh, roh Si Isteri telah di seru dan mayatnya di paku agar menjadi manusia kembali. Bila Si Isteri menjadi manusia kembali.......hidup Si Suami kembali bahagia dan beruhah serta merta. Walau bagaimana pun, Si Isteri tidak boleh hidup selamanya sebagai manusia kerana akan tiba masanya ia akan berubah menjadi Pontianak dan dahagakan Darah.......dan dari situ lar bermula segala kesulitan antara realiti & mimpi..................


Bagi 'Cik Segodeng' filem 'Paku' nie okey lar.......nod bad..........tapi ada lagi ke lelaki macam tu kat alam maya nie????? Kalau ada tentu bahagia bagi yang memilikinya...........mungkin cinta sejati kot..........yang selalu 'Cik Segodeng' dengar, tak sampai berapa bulan bini meninggal si suami dah start edar kad jemputan kawen....hehehehehehehehehehehe......itu mitos zaman sekarang...........Gurau aje okey..........jangan marah ya kaum lelaki............


'Aishah Ilias', pelakon utama filem ini juga turut hadir meluangkan masa menonton bersama kami.............. terima kasih kepada Fan Club Aishah kerana sudi menjemput Aishah Ilias. 


'Cik Segodeng' dah pun tengok filem 'Paku' ...........kawan-kawan bila lagi????? Jangan lupa ya gi terjah pawagam dan support filem tempatan kita okey............Mari lar kita sama menyokong filem tempatan......kalau bukan kita siapa lagi kannnnnn......

Segodeng


No comments:

Post a Comment