Thursday 26 December 2013

Eksplorasi Anjung Seri Bersama Courts


Salam 1 Malaysia Buat Semua.........

Di awal bulan December, 'Cik Segodeng' telah menyertai satu event anjuran Majalah Anjung.  'Eksplorasi Anjung Seri Bersama Courts'......itu lar nama eventnya........Acara ini telah berlangsung di Courts Megastore, Sri Damansara. Kalau dengar bunyi macam menarik kan......tapi sememangnya satu event yang sangat seronok di hunjung minggu...................


Walau pun Courts ini tak lar juah sangat dari rumah 'Cik Segodeng' tapi tak pernah pun singgah........hanya lalu saja........bukan apa, tiada apa yang nak di beli pun buat masa  nie........kalau hanya sekadar jalan-jalan kat sana pun 'Cik Segodeng' rasa tak kuasa nak buat............Tapi sebagai maklumat semua, Courts Megastore ini adalah yang paling terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.........mempunayai 900 tempat letak kereta dan menyediakan pelbagai kelengkapan seisi rumah yang boleh kita cari di sana. Bukan kelengkapan rumah aje yang boleh kita dapat di sana, malah sekarang ini Courts telah menambah satu lagi rangkaian produk mereka iaitu motosikal.......kalau sesiapa yang berminat boleh lar ke sana nanti ya......


Seperti biasa sebelum acara bermula, kami telah di beri kata-kata aluan dan selamat datang ke acara Eksplorasi Angjung Seri Bersama Courts oleh Pengerusi Majlis, En Hasrul. Dalam ucapan beliau dia berharap kami semua akan terhibur, bergembira dan mencuba sedaya upaya untuk merebut hadiah yang telah di janjikan..........


Majlis telah menjemput Boss Besar Courts Megastore untuk memberi sepatah dua kata bagi meresmikan majlis pada petang itu.......


Sebelum Eksplorasi bermula kami telah di bahagikan kepada 3 kumpulan yang besar mengikut warna label yang telah di berikan terlebih dahulu semasa pendaftaran..........Setiap kumpulan di berikan seorang pegawai dari Courts Megastore untuk di bawa melawat dan memberi penerangan mengenai Courts Megastore.


Tengok lar gaya semua peserta ketika membuat lawatan, betul-betul menumpukan perhatian .....mahu tak hadiah yang di tawarkan sangat lumayan sekali. So kena lar bersungguh-sungguh untuk menang.........  


Setelah tamat lawatan, kami di beri taklimat terakhir oleh kakitangan Anjung Seri sebelum memulakan Eksplorasi......... Kami semua di berikan satu sampul surat yang mengandungi pembayang lokasi yang perlu di kenal pasti dan menuju ke lokasi itu bagi mencari kad yang mempunyai soalan. Kami semua di beri tempoh selama 1 jam untuk menyempurnakan Eksplorasi ini.


Eksplorasi pun bermula...........kita kembali sebentar lagi.........Meh 'Cik Segodeng' Promo Skit dulu ya.......antara lokasi yang ada di Courts Megastore................harga yang di tawarkan kat sini cukup menarik..........boleh tahan juga.......kalau kawan-kawan ada kelapangan boleh lar singgah ya......kerana Courts juga ada menyediakan pelbagai service yang lain juga seperti memilih sendiri fabrik untuk di buat lapik cushion dan tilam yang sesuai untuk setiap individual..........


Duta Courts Megastore, Maya Karin juga turut hadir bagi memeriahkan dan menyerikan acara  Eksplorasi Anjung Seri nie.........berseri-seri- kami rasakan.......


Acara di teruskan dengan cabutan bertuah...............hadiah cabutan bertuah berupa barangan elektrik...........bestnya.............tapi 'Cik Segodeng' tak bertuah pun............apa-apa semua peserta tidak pulang dengan tangan kosong..............semuanya dapat beg cenderahati dan voucher courts bernilai RM 100.00.........boleh lar shopping nanti kat Courts........


Masa yang di tunggu-tunggu telah pun tiba......nie dia pemenang hadiah utama Eksplorasi Anjung Seri Bersama Courts..........'Cik Shirin'..........beliau menerima hadiah berupa sbuah sofa bernilai RM6999.00. Bila di umumkan yang beliau sebagai pemenang, tergamam sebentar dan tidak percaya yang beliau telah menang.......ketar seluruh badan ketika menerima hadiah pada ketika itu........... apa pun, tahniah 'Cik Segodeng' ucapankan buat rakan 'Cik Segodeng' ini........... dia berhak menang setelah sekian lama menyertai pelbagai event.........


Kami semua tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan bersama-sama............... ini adalah satu pengalaman yang manis dan lain dari yang lain 'Cik Segodeng' rasakan.......... harapan akan ada event yang lebih menarik lagi di masa akan datang......


Jamuan petang telah di sediakan buat kami semua sebelum pulang............ walau pun kami semua keletihan tapi sangat berpuas hati dengan keseluruhan event pada hari itu.........kalau boleh....... harapan kami semua Pihak Anjung Seri dapat menyediakan hadiah yang lebih sedikit..............untuk acara yang di pertandingkan...........baru lar lebih gempak lagi kan......... Terima Kasih Semua........Jumpa lagi ......


Segodeng



No comments:

Post a Comment