Friday, 27 December 2013

Matic Fest 2013


Salam 1 Malaysia Buat Semua............

Baru-baru nie Malaysia Tourism Center @ Matic (www.matic.gov.comtelah menganjurkan Matic Fest 2013 bagi memperkenalkan Keindahan Malaysia kepada semua. Acara ini berlangsung selama 3 hari di Laman Lanai Matic. Pelbagai acara menarik telah siap untuk semua pengunjung sempena Maitc Fest 2013 ini.


Matic Fest 2013 nie........ tiap-tiap tahun ada tapi 'Cik Segodeng' tak pernah ada kesempatan untuk pergi pun........... So pada tahun ini, 'Segodeng' telah meluangkan masa untuk menyertai berapa acara yang telah di sediakan..........'Cik Segodeng' tiba di sana seawal 9.00am...........


Sampai aje di sana, 'Cik Segodeng' terus mencari booth Urus-Setia Matic bagi mendaftar diri terlebih dahulu dan mendapatkan maklumat yang lain.............'Booth Urus-Setia' ini membantu menyelengarakan setiap acara , pertandingan dan pendaftaran. Setelah selesai, baru lar boleh gi jalan-jalan dan meninjau kawasan sekeliling.........


Pelbagai booth juga terdapat di sana...............seperti, KFC, Hop-On, Secret Garden, Cocoa Boutique dan macam-macam lagi. Setiap booth menyedia pelbagai acara menarik dan potongan harga. 


Belum pun sempat abis ronda-ronda kawasan sekeliling, acara pertama pun bermula.............meh ramai-ramai kita senam-robik dulu bagi menguatkan kesihatan dan tubuh badan...........hehehehehehehehehehe.............


Dalam pada itu...........kehadiran badut menceriakan dunia kanak-kanak semua...........macam-macam request dari anak-anak kecil ini..........tak sangka ya, budak zaman sekarang ini sangat tinggi demandnya..........begitu juga dengan 'Cik Segodeng'..........pun turut sama minta Si Badut nie buatkan bunga belon untuk 'Cik Segodeng' .............hehehehehehehe......... rasa macam budak kecik plak masa tuuuuu


Pada hari itu aje banyak pertandingan yang di jalankan sekitar Laman Lanai ini........... seperti Pertandingan Karaoke...................


Arm Wrestling................. yang di buka untuk lelaki dan wanita..............lumayan juga hadiah yang di tawarkan


Untuk kanak-kanak di sediakan Pertanding Mewarna.................. biasa lar kan........ kat mana-mana pun, mesti ada pertandingan nie.........


Mewarna batik di buka untuk kategori Dewasa & Kanak-kanak............... Pertandingan ini 'Cik Segodeng' turut serta.......... memang best sangat sebab pertama kali mewarna batik...........mula-mula tu gementar juga sebab 'Cik Segodeng' nie tak pandai mewarna dah tu tak creative langsung bermain dengan warna nie........ tapi bila dah start tu.......seronok bukan main lagi...........


Nie dia hasilnya..........betul tak 'Cik Segodeng' cakap........tak ceartive langsungkan.........yang peting 'Cik Segodeng' enjoy................


Sebahagian dari hasil peserta yang lain...................menarikkan..............cantik-cantik semuanya............peluang nak menang pun cerah..............


Pertandingan 'Pin-Ball'pun ada............ ramai juga group-group yang masuk bertanding...............Permainan nie sangat mencabar perlu ada teknik battle yang bagus..............pernah lar 'Cik Segodeng' main sekali.......pas tu dah tak main dah sebab sakit masa kena tembak........pedih kulit............serik.......


Minat model kereta yang paling mini.................... nie dia pertanding 'Tamiya'.................yang ini pun ada kumpulan-kumpulan besar dan persendirian yang masuk bertanding.............. siap bawa mekanik  bila ada kerosakan......... minat ini agak besar juga pebelanjaan dia..........tapi kalau menang memang berbaloi........lumayan..........


Pertanding kucing pun ada juga...................chomey-chomey & manja-manja semua kucing kat situ..........geram bila tengok.........kalau tak ada penyakit asthma dah lama 'Cik Segodeng' bela kucing kat rumah...........hehehehehehehehehe...........


Dekat pameran kucing tercantik, ada juga di sediakan booth yang menjual semua peralatan kelengkapan untuk kucing kesayangan kita...................macam-macam ada...............


Pelukis pun ada........... sesiapa yang nak gambarnya di potretkan boleh minta dengan di kena bayaran cuma RM 10.00 aje.......... murah kan............


Pertandingan yang di nanti-nanti oleh 'Cik Segodeng' dan rakan-rakan yang lain.........'Sukan Rakyat'............. Acara sukan nie memang menarik............... kebanyakkanya yang kita main kat kampung semasa kita kecil dahulu...........di zaman moden nie, sukan ini hanya di mainkan ketika ada keramaian saja seperti 'Hari Keluarga'. Kebanyakkan budak zaman sekarang lebih cendorong ke arah permainan elektronik.........okey lar, sementara menunggu para pertugas menyiapkan kelengkapan.......... kami semua di beri penerangan mengenai peraturan-peraturan yang perlu di patuhi.......... Mula-mula ingat setiap sukan di buat satu persatu tapi kali ini berbeza...............kami perlu melakukan semua sukan rakyat itu sekali gus.......


Tugasan yang pertama..... kami perlu mengabiskan makanan tempatan seperti, keropok lekor, nasi impit dan satay................ setelah selesai, acara meniup tepung untuk mencari gula-gula...........Setelah gula-gula di jumpai, kami perlu mengambil gula-gula itu hanya menggunakan mulut............semua ini perlu di buat serentak dengan pasagan...............


Sambil mengigit gula-gula di dalam mulut, kami di kehendak mengikat kaki dan berlari bersama-sama.........kat sini memang kena hati-hati......kalau tak seirama, boleh jatuh di buatnya.........


Setelah selesai berlari ikat kaki, kami perlu menarik pasangan di atas daun upih secara berganti-ganti..........kesian kat kawan 'Cik Segodeng'.......maklum lar 'Cik Segodeng' nie kira berbadan gempal dan rakan plak slim yang amat.............. setengah nyawa dia menarik 'Cik Segodeng'...........


Bila dah sempurna acara menarik upih.........cabaran seterusnya kami perlu berjalan mengguna tempurung kelapa yang hanya di ikat dengan tali......... dekat sini pun 'Cik Segodeng' fail.........dah lar padang tu lincin......jap....jap....jatuh............ orang kata, teknik yang betul jalan atas tempurung nie, kita perlu tarik tali tu setegang yang boleh........baru senang jalan..........


Rasa setengah mati buat semua itu...........tak sempat nak tarik nafas...........tapi permainan belum lagi tamat.........sesudah selesai lari dengan menggunakan tempurung pergi dan balik.........kami semua kena lari dalam guni pulak........kat sini ramai yang tak lari......semuanya lompat macam katak...........bukan senang nak lagi dalam guni nie tapi keseluruhan peserta berjaya dengan cemerlang, tiada insiden jatuh pun. heheheheheheheheheh..........selepas selesai, cabaran seterusnya jalan di atas batu bata............penat gila bila buat cabaran nie..............ya ampun........tak nak buat dah............


'Menyupit belon' adalah cabaran terakhir.......... yang ini hanya pasangan kita saja yang buat.............kalau nafas panjang memang boleh kena tepat pada sasaran..................Selesai lah sudah cabaran sukan rakyat nie.......... next time kalau ada yang kena buat semua sekali gus.............tobat 'Cik Segodeng' tarik diri awal-awal.........hehehehehehehehehehehehehe.........


Nie lar gang 'Cik Segodeng' yang sporting-sporting belaka..........semuanya keletihan, kepenatan dan kelaparan........... tapi yang paling peting sekali.........kami semua seronok & enjoy giler pada hari itu.......... kalau ada lagi tahun depan,  Insyallah kita jumpa nanti lagi di 'Matic Fest 2014' 


Segodeng




No comments:

Post a Comment