Sunday, 15 December 2013

Sepetang Eksklusif Bersama Anjung Seri Di Ceriakan Oleh Elektrolux & Dulux


Salam 1 Malaysia buat semua.............kali ini  'Cik Segodeng' nak cerita pasal 1 event yang tak lama dulu 'Cik Segodeng' turut serta..........'Sepetang Eksklusif Bersama Anjung Seri  Diceriakan Bersama Oleh Elextrolux & Dulux'. 'Cik Segodeng' memang suka joint segala macam bentuk event kerana bagi 'Cik Segodeng' ianya satu riadah, pengalaman dan banyak benda yang boleh kita pelajari malah kita juga akan dapat kenalan baru..........


Sepetang yang eksklusif telah di anjurkan oleh 'Anjung Seri'.............sebuah majalah keluaran Berita Publishing.........rasanya mungkin ramai yang tahu majalah nie kannnnnnnnn............. majalah Dekorasi yang bannyak memberi pertunjuk dalam pelbagai hiasan............ 'Cik Segodeng' memang suka baca majalah nie..............banyak isi kandungan yang amat menarik di hidangkan setiap bulan..............maklum lar 'Cik Segodeng' nie tak pandai berdeko-deko tapi sangat pandai buat semak.........  


Acara itu telah berlangsung di Galeri, Perkampungan Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur..........cantik tempat nie..........penuh dengan kebudayaan Malaysia...........kalau ada masa gi lar jalan-jalan kat sana ya ............tak rugi tau.................


Masuk aje, terus bergambar dengan Dr Eric Leong........... sekarang nie, 'Dr Eric Leong' menjadi duta kepada produk 'Dulux'.......... kalau ada yang masih ingat ............satu masa dulu 'Dr Eric Leong' ada mengacara sebuah rancangan TV iaitu.....Deko Besama Eric.......... bestkan rancangan itu.......... 


Kata-kata aluan dan ucapan terima kasih meresmikan majlis pada petang itu.............


Pertunjukkan fesyen dari 'Butik MixModa' membuka majlis pada petang itu.........barisan model telah memperagakan fesyen yang begitu mempersonakan........'Cik Segodeng', teruja sangat dengan rangkaian yang di peragakan pada hari itu..........teringin........ tapi mana mampu...............boleh 'copy cat' aje fesyen tu.........heheheheheheheheheheheheheheh


Topik-topik yang sangat membina telah di sampaikan oleh para jemputan............seperti:-
  • Pilihan dan Panduan Penjagaan Fabrik oleh electrolux
  • Fesyen Dan Ekspresi Diri Bersama En Faizal Hamid (Pensyarah Kanan Falkuti Seni Lukis & Reka UiTM,Penulis dan Perunding Fesyen )
  • Mewarna Dan Menyeri Bersama Dulux - Dr Eric Leong 


Pemilihan dan penjaga fabrik ketika mencuci amat penting................. dari itu elektrolux telah berkongsi dan memberi penerangan yang lebih mendalam mengenainya............ setiap helaian pakaian mempunyai jenis kualiti kain yang berbeza seperti.......linen, sutera, denim, wool dan macam-macam lagi begitu juga dengan warnanya......... bagi memastikan pakaian kita tahan lama dan warnanya kekal seperti baru di beli, kita harus lar mengasingnya terlebih dahulu mengikut warna dan material..........bukan main campak aje semua sekali gus tau......... So 'Elektrolux' telah memperkenalkan mesin basuh 'Smart Front Load' yang mempunyai banyak kebaikan....... 
Antara kebaikannya :-
  • Pakain tidak berpintal apabila telah tamat cucuian
  • Pakain lebih terjaga
  • Mengawal air bagi setiap cucian, tiada pembaziran air belaku
  • Membuat cucian lebih bersih & Segar
  • Lebih senyap dan tidak menganggu persekitaran
  • Mengawal masa cucian

Hebatkan..........tapi kalau di fikir-fikir memang mesin basuh 'front load' lebih bagus dari jenis upper load.......terutama sekali..... pakain kita tidak berpintal bila masa nak menjemur..........masa seterika pun kurang sebab pakaian tak berkedut seribu.......kadang tu bila kita tarik untuk menjemur ada pulak pakaian yang terkoyakkan.......... sayangnya.........kalau lar pakaian itu kegemaran kita @ keluarga.........sedih kannnnnnnnn...... so buat pemilihan yang terbaik okey........


Topik seterusnya, Fesyen Dan Ekspresi Diri yang di sampaika oleh En Faizal Hamid (Pensyarah Kanan Falkuti Seni Lukis & Reka UiTM, Penulis dan Perunding Fesyen). Topik nie sangat menarik kerana banyak tip-tips tentang fesyen yang boleh di pelajari...........antaranya :
  • Pemilihan pakaian yang sesuai, seperti warna dan potongan pakaian itu
  • Berfikiran terbuka dalam menerima pandangan orang lain
  • Cari Identiti sendiri, jangan sekali hanya mengikut trend 
  • Berkongsi dan selalu bertanya jika terdapat sebarang persoalan mengenai diri & fesyen

Kalau nak maju, nampak cantit, menarik dan anggun selalu............jangan lar malu-malu untuk bertanya dan berkongsi............. dan pada kawan-kawan yang lain jangan jadi 'hipokrit' okey.........kalau tak cantik tu, jangan kutuk terus, cuba lar cara yang lebih halus skit ya.........hehehehehehehehehehehehehe...


Cantik pakaian sudah, cantik diri sudah.........apa kata kita cantikkan rumah kita dengan 'Dulux' pulak........... Warna juga amat penting dalam kehidupan seharian kita.......... iainya mencermin personaliti  dan 'mood' sesorang. Bual bicara besama 'Dr Eric Leong', memberi penjelasan yang lebih mendalam tentang pemilihan warna yang sesuai bagi setiap sudut ruang dalam rumah......... banyak perbicangan terbuka bersama hadirin di bincangkan........ seronok tak terkata kerana 'Dr Eric' nie seorang yang ceria seperti warna 'Dulux' juga.......... kami semua terhibur dan faham bahawa warna juga sangat penting dalam kehidupan...........


'Anjung Seri' juga telah menyambut ulang tahun yang ke-20 pada hari itu bersama pembaca setianya.........Selamat ulang tahun 'Cik Segodeng' ucapkan dan mendoakan 'Anjung Seri' terus unggul di mata pembaca setianya............


Ini dia 'close-up' kek ulang tahun 'Anjung Seri'...............tak sempat rasa ........dah abis dikerjakan..........


Apa yang di pelajari pada hari itu sungguh bermafaat sekali............boleh menjadi satu garis panduan ke arah kehidupan yang lebih sempurna............bagi 'Cik Segodeng', kerja lar ilmu dalam bentuk apa jua sekali pun dengan sedaya yang mampu....... kerana tiada sempadan dalam mengejar ilmu ini............... sambil kita berhibur...... ilmu juga di timba bagi mengukuhkan pengetuahan diri sediri........... Terima Kasi 'Anjung Seri' kerana memberi pengalaman yang amat berguna & menghiburkan.

Segodeng




No comments:

Post a Comment