Wednesday 25 December 2013

'Express 120' Game Show


Salam 1 Malaysia Buat Semua...........

Percaya @ tidak sekarang nie banyak sungguh 'game show' kat TV kan..........boleh di katakan semua siaran ada game show tersendiri bagi menghiburkan semua penonton. Punya lar banyak siaran kat TV sekarang ini sampai tak tahu yang mana satu nak tengok.........tapi setiap siaran punyai tarikan yang tersendiri.  


'Xpress 120' adalah satu 'game show' besama artis tempatan yang di siarkan di saluran 180. 'Cik Segodeng' tak tahu pun kewujudan siaran ini............maklum lar ari-ari cuma tengok berita, movie dan crime story aje............


So baru-baru ini 'Cik Segodeng' pergi meneman 'Akak Kawasan a.k.a Kak Zie' ke RTM untuk menyertai rancangan 'Express 120' ini......... dan yang menariknya slot Akak Kawasan adalah rancangan live kat TV tau........ Kerana rancangan ini live so para peserta perlu hadir seawal 2.30pm untuk berlatih dan di beri taklimat serta penerangan mengenai peraturan rancangan ...........tengok lar team 'Akak Kawasan' kita...... giat berlatih tarian pengenalan kumpulan yang akan mencabar kumpulan artis malam nanti.


Bukan senang nak buat live game show ini, banyak perancangan dan persediaan perlu di buat terlebih dahulu sebelum rancangan bermula. Para peserta perlu di make-up terlebih dahulu untuk kelihatan cantik di depan camera nanti dan terakhir sekali di pakaikan pembesar suara supaya semua orang boleh dengar.............Baru 'Cik Segodeng' tahu............sememangnya banyak sungguh benda yang perlu di buat ........selalunya 'Cik Segodeng' gi tengok aje ...............orang bagi isyarat senyap.......semua senyap.........isyarat ketawa semua ketawa....isyarat tepuk tangan....... semua pun tepuk kuat-kuat........hehehehehehehehehehehe.


Nie dia kumpulan artis yang belawan dalam game show pada malam itu..........hebat-hebat juga mereka ini......... tapi yang bestnya mereka semua nie sangat sporting dan memberi commitment yang padu bagi menghiburkan semua penonton di Studio dan Rumah



Setiap 'game show' tentu ada pengacaranya kannnnnnnn....... 'Shahrul & Ajak dari Kumpulan Shiro' telah mengemudi rancangan 'Express 120'. Penampilan mereka memang bersahaja kadang tu macam tak ikut skrip langsung.......main bantai aje tetapi menghiburkan..........tak sangka mereka berdua nie memang berbakat juga untuk menjadi pengacara................ 


Sebelum rangcangan keudara, kumpulan 'Akak kawasan' berposing dulu sambil test....test....test 'microphone' dia orang agar tiada kepincangan pada rancangan itu nanti............ 


'Nomad' di jemput sebagai tetamu dan pengadil pada malam itu................ dia menyampaikan berapa lagu bagi menghibur penonton di studio dan rumah.


Game pertama bermula dengan cabaran memecah belon tanpa mengunakan tangan @ memijak tapi boleh menggunakan anggota badan yang lain dan kerjasama antara peserta...........ketawa sampai naik pecah perut sebab di kalangan artis dan peserta masing-masing kuat melatah...........jadi banyak aksi lucu dan usik mengusik  yang di pamirkan oleh kedua-dua kumpulan nie.................apa pun cabaran pertama telah berjaya di rangkul oleh pasukan biru..........


Membaling getah ke papan yang di penuhi dengan paku adalah game kedua. Pemenang di kira bedasarkan berapa banyak getah yang tersangkut pada paku. Nampak macam senang tapi sebenarnya susah jugak sebab getah yang di beri merangkumi pelbagai saiz. Semasa game nie, semua peserta mencuba sedaya upaya tanpa gangguan tapi bila terkejut aje game pun jadi kacau bilau sebab melatah.......ada yang mengunyah getah.......kena sumbat getah kedalam mulut dam macam macam lagi......naik gamat studio ketika itu........ setelah masa di berikan pun tamat, jumlah getah yang tersangkut pun kira...............akhirnya kumpulan biru menang lagi untuk game kedua ini............


Setelah tamat setiap cabaran ada selingan nyanyian dari pengacara havoc malam itu yang di ambil dari sudut yang lain bagi memberi ruang kepada para petugas untuk membersihkan dan menyediakan keperluan untuk cabaran yang seterusnya..........bukan senang nak buat 'live show' nie.....semuanya mesti pantas dan tangkas. Game seterusnya, bermain badminton tapi dengan cara yang berbeza............seorang akan membaling bulu tangkis kepada kawan dan memukul bulu tangkis itu agar melalui antara dua jaring yang di sediakan............. Pemenang kira melalui, berapa banyak bulu tangkis yang berjaya melalui dua jaring tersebut............ Dalam cabaran ini di kuasi oleh kumplan artis, 'Eda Moin' memang pandai bermain permainan ini.............terpegun kami semua kat studio tengok cara dia bermain..........mengalahkan permain negara kita............


Cabaran terakhir ialah menyusun cawan kertas seberapa tinggi yang boleh dan mesti di lakukan bersama-sama. Tengok kumpulan biru berusaha dengan bersungguh-sungguh tapi kumpulan merah yang di barisi oleh artis susun ikut suka aje........ada skit kat atas meja........ada plak yang atur kat lantai......macam-macam gaya..........mahu tak jadi macam tu ........nie semua akibat aksi melatah non-stop..............kesian plak tengok keadaan macam tu............


Di akhir rancangan kumpulan biru telah di nobatkan sebagai juara keseluruhan pada malam itu.............tahniah 'Cik Segodeng' ucapkan.............setiap peserta membawa pulang barangan Alisya dan sebentuk cincin.............


Tengok aje wajah 'Akak Kawasan' kita nie..........suka yang amat............... walau pun penat tapi berbaloi..........'Cik Segodeng' pun tumpang gembira dengan kejayaan 'Akak Kawasan' kita sorang nie............Sehari di 'RTM' banyak memberi seribu pengalaman yang menarik dan menghiburkan.........Kalau ada lagi 'Cik Segodeng' tak akan lepaskan peluang itu pun kalau ada yang sudi mengajak............ 

Segodeng


No comments:

Post a Comment