Friday, 13 December 2013

Pra-Tonton "Ustaz Mu Tunggu Aku Datang'


Jom gi menonton............baru-baru ini MIG (Metrowealth Picture) telah melancarkan filem terbaru mereka yang berjudul 'Ustaz Mu Tunggu Aku Datang'. Mengisahkan perjalanan kehidupan 2 sahabat yang telah terpesong jauh dari landasan pegangan agama dan mencari jalan untuk berubah. Filem ini di barisi oleh Shahrol ShiroAjak ShiroMikail Andre (Adik Pierre Andre), Along EyzendyZalif Sidek dan penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus. Filem ini di bawah arahan Pierre Andre dan jalan ceritanya plak, not to bad...... ada sense of humor dan pengajaran 


Berkonsep komedi tetapi banyak unsur pengajaran agar kita selalu mengingatinya yang maha kuasa........pencipta seluruh alam semesta......... dan sentiasa bersyukur pada kemampuan kita.........


Pra-tonton "Ustaz Mu Tunggu Aku Datang' telah berlangsung di Cineplex@e-curve Damansara bagi pemenang yang bertuah. Seronok tau rasanya....... kalau dapat peluang gi 'Pra-Tonton' nie........sebab kita jadi orang yang pertama menonton filem tersebut sebelum pelancaran resmi di seluruh pawagam di Malaysia........ 


Yang paling best gi 'Pra-Tonton' dari MIG (metrowealth Picture) nie........... mesti ada jamuan makan buat semua........ so dinner 'Cik Segodeng' malam tu di cover oleh MIG......... tak yah masak @ beli.....jimat......jimat.......jimat........ thank you......thank you......thank you  MIG but my special thanks to my friend yang sudi offer untuk 'Pra-Tonton' nie.......

\

Bila MIG (Metrowealth Picture) buat pelancaran filem terbaru..........sudah pasti BOSS besar MIG (David Teo) dan semua yang terlibat akan turun padang bagi mempromosi filem ini........... 'Cik Segodeng' pun apa lagi .......tak melepaskan peluang untuk merakam gambar bersama mereka...........  'Cik Segodeng' suka sangat dengan sikap 'David Teo nie', seorang yang peramah, tak sombong dan kuat berjenaka.........dia (David Teo) meluangkan masa, berbual dengan hampir kesemua penonton yang hadir pada malam itu.......


Ini dia pelakon utama dalam filem 'Ustaz Mu Tunggu Aku Datang', Shahrul Shiro & Ajak Shiro..........boleh tahan juga lakonan filem pertama mereka ini......... Dari menjuari rancangan realiti 'Raja Lawak' kerjaya dan popularity mereka terus berkembang.......'Cik Segodeng' harap mereka berdua akan lebih maju ke hadapan......... 


'David Teo' telah memberi ucapan kesyukuran dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat......terutama sekali kepada peminat filem tempatan yang tidak pernah rasa jemu memberi sokongan yang padu kepada industi perfileman tempatan, siap bagi pantun dalam dialek bahasa terengganu di akhir ucapan beliau..............hehehehehehehehehe......... 


Sebelum pulang 'Cik Segodeng' sempat juga bergambar bersama pelakon yang turut sama berlakon dalam filem ini........... Jangan lupa tau gi tonton filem ini........so mari lar kita sama-sama membantu menaikkan taraf perfileman tempatan kita........kalau bukan kita yang menyokong...... siapa lagi???????? 'Cik Segodeng' harap filem tempatan akan terkenal di seluruh dunia...........


Segodeng