Thursday 31 October 2013

Midi Tea Talk


Salam bertemu lagi buat semua. Aha, saya rasa rata-rata ramai yang sangat kenal dengan "Kumpulam Media Karangkraf" sebuah badan penerbitan yang sangat besar......banyak menerbit majalah kesukaan ramai, surat kabar yang penuh dengan informasi terkini serta buku-buku novel yang menjadi kegilaan ramai dan lain-lain lagi. Kalau nak disebut satu-satu kat sini mak aik...sampai esok belum tentu cukup. Walau bagaimana pun saya nie adalah salah seorang peminat setia terhadap terbitan dari "Kumpulan Media Karangkraf". 


Baru-baru nie  salah satu terbitan "Kumpulan Media Karangkraf", majalah "MIDI" telah bekerjasama dengan "MY COUTURE" dalam menacarakan satu program yang memberi pendekataan kepada penampilan serta pembentuk badan yang lebih menarik dan sempurna. Kadang-kala kita selalu berfikir apa yang kita pakai tu memang betul dan sesuai buat kita, yang penting kita rasa selesakan.........Tapi pada hakikatnya adakala pemilihan kita tu mungkin salah dan bisa merosakkan pembetukan badan yang tidak sekata. So jangan lar kita malu-malu untuk bertanya kepada yang lebih arif supaya kita akan tampak lebih angun dan selesa sepanjang masa. Kita selalu dengar orang akan berkata, kecantikkan perlu bermula dari dalam kan......baru lar kecantikkan itu akan lebih nyata dan teserlah di luar. renung-renungkan lar.....


"MY COUTURE" telah di asaskan oleh Puan Hanim Sahrom, sorang anak melayu tempatan yang telah bejaya menerokai bidang pakaian dalam buat wanita. Pengalamannya telah membuat beliau bertekad untuk lebih berjaya dan di kenali di seluruh dunia. Rata-rata ramai yang telah mencuba serta merasa sendiri kelainan produk tempatan ini dan dari maklum balas yang di terima amat memuaskan.......Syabas di ucapkan.


Sapa yang tak kenal dengan celebreti "Puan Mona", banyak kali juga muncul di kaca TV. Beliau nie sangat bersemangat dalam penampilan wanita muslimah. Puan Mona nie juga ada membuka gedung pakaian wanita muslimah di Shah Alam yang di namakan "Women Of Jannah". Jengok-jengok lar kalau ada masa kerana rekaan yang yang di tonjolkan amat terkini dan sangat sesuai dengan citarasa masa kini. Masa acara itu saya di jadikan model untuk acara memakai tudung dalam pelbagai style. Menarik kerana satu jenis tudung boleh di pakai dan di gayakan dengan pelbagai cara.. Terpegun saya di buatnya, kerana sesungguhnya saya nie tidak berapa pandai dalam mengayakan pemakaian tudung nie. Serba sedikit koleksi yang di tunjukkan oleh Puan Mona amat boleh di guna pakai, sekali gus mengubah penampilan saya ketika itu.



Setelah belajar cara pemakaian tudung, acara di lanjutkan dengan perubahan penampilan melalui teknik merias diri (Make-Up)....topik nie sangat...sangat...sangat seronok kerana banyak teknik baru yang boleh kita pelajari. Konsep make-up pada hari itu, light, simple & natural kerana ia amat bersesuai dengan umur "MIDI" lar katakan tapi bagi saya....style make-up nie sgt sesuai bagi semua yang inginkan make-up yang sederhana.dan bersahaja......macam santai gitu. So kakak kawasan kita (Cik Ziemar) telah menawarkan diri untuk di rias oleh Cik Aida G, seorang make-up artis yang berpengalaman dan telah berkecimpung dalam bidang nie lebih dari 10 tahun.....tengok lar sentuhan beliau kat kakak kawasan kita nie...berseri...ayu gitu lar katakan........

Nie sebahagian rakan-rakan yang hadir pada hari itu,.....nampak ceriakan semua.......masing-masing memberi post yang tersendiri........terima kasih buat semua kerna membuat acara nie lebih ceria dan menyeronokan.


Tak terlupa juga buat warga "MIDI" jutaan terima kasih tak terkata kerana memberi peluang kepada kami semua. Acara ini sungguh FUN, menarik dan sangat berinfomative sekali. Harapan di masa akan datang pihak "MIDI" akan mengadakan lebih banyak acara yang lebih...lebih...lebih...menarik lagi.


Seperti biasa sebelum acara di berakhir kami semua bergambar bersama, sebagai kenang-kenangan.......Sampai ketemu lagi.......

Segodeng.

Saturday 12 October 2013

Palmer's Prize Giving & Health Talk

Salam satu Malaysia buat semua, cuba lihat gambar di bawah, produk nie sungguh banyak kegunaannya dan amat berkesan sekali. Ramai yang telah mencuba dan rata-rata mengatakan ia amat berkesan sekali. Menakjubkan,.......

\

Ari tu, saya meneman kawan saya Cik Ayu Rafikah ke acara Prize Giving bagi Petandingan Palmer's Mothers Day Photo Contest. Wow...prize giving, menarikkan. Walau pun saya hanya meneman, keseronokan amat terasa sekali. (macam lar saya yang nak collect Grand Prize..hahahahahahahaha).


Sesampai aje tempat yang di tuju...apa lagi, kena lar meregister diri. Tengok Cik Ayu kita dengan bebaju mengikut tema warna produk Palmer's  sungguh tekun mencari namanya. Setelah selesai, kami berdua telah di iring ke ruang acara di jalankan. (terasa macam yang terhormat lar plak...sekali sekala kannnnnn...huuu, mula lar mendabik dada dan jalan pun dah macam yang berhormat...hormat sanngggggaaaatttt)


Menjadi pilihan No.1 rakyat Malaysia lar katakan, kami di beri berbagai taklimat dari pakar-pakar "PUAN" dalam menangani pelbagai masalah "PUAN". Sungguh bermafaat dan sangat berimformatif sekali. Produk nie bukan hanya untuk Ibu yang mengandung saja tapi sungguh sesuai juga bagi semua orang yang inginkan kulit yang sekata serta halus-mulus kerana produk nie merangkumi pelbagai rangkaian yang boleh di pilih.


Masa rehat @ Makan time , masa yang amat di nantikan oleh semua yang hadir pada hari itu termaksuk lar saya. Masa tu memang kebuluran yang amat sangat.


Setelah berehat seketika, acara di sambung kembali dengan pertandingan membuat smootie yang berkhasiat. Bagi yang pernah buat mungkin nampak senangkan tapi bagi setengah orang yang belum pernah dah tentu agak kekok, maklum lar ramauannya perlu sekata dan kena untuk mendapat rasa yang di idamkan.


Nie dia masa yang di nanti, Prize Giving Time......Cik Ayu kita adalah salah seorang pemenang saguhati. Tahniah saya ucapkan. Bak kata orang setiap usaha pasti ada kejayaannya walau pun kecil. Yang penting dalam hidup nie kita harus berusha untuk sesuatu yang kita inginkan kerna ianya tidak akan datang bergolek begitu saja tapi jika gagal...jangan berputus asa, cuba dan cuba lagi. Pasti ada hasilnya, kadang tu lebih lumayan dan di luar jangkaan kita.


Akhir sekali, nie dia pemenang Grand Prize. Saya amat kagum dengan gambar yang di hantar oleh peserta ini, sungguh menarik dan originality gambar ini mempunyai sentuhan tersendiri....itu pendapat saya lar tapi bagi sesiapa yang ingin melihat @ membuat penilaian sendiri boleh lah lawat laman FB Palmer's.
Selesai sudah acara bagi hadiah, acara pun tamat .........heheheheheheheheh........Sampai ketemu lagi di lain hari.


Segodeng

Monday 7 October 2013

Oh... Cleo Shoe Drop


The Cleo shoe drop...satu event yang memberi kasut percuma kepada sesiapa aje yg datang pada ari tu.....terdapat berbagai jenama terkenal yg mengambil bahagian dalam acara nie tapi pemberian hanya terhad kepada 100 orang yg pertama aje. Seperti biasa kalau nak yg free tu kena lar datang awal kan. Bukan senang nak dapat percuma...kena lar berkorban masa tapi pabila kita beratur bersama-sama dengan orang-orang yang berminat, perasaan penat, letih or dapat / xdapat...hilang begitu aje. Kemeriahan amat terasa ketika itu, pelbagai gelagat yang boleh di lihat malah ramai yang berkongsi pengalaman sana-sini.



Begini lar rupanya, kasut-kasut di susun sebelum acara menyerbu di adakan....oooppss, bukan serbu tapi setiap sesi hanya membernarkan 10 orang dalam satu kumpulan untuk membuat pilihan. Selama 5 minit di berikan kepada setiap kumpulan.....kalau ikut rasa boleh gila kalau hanya di beri 5 minit untuk membuat pilihan kan tapi itu lar syaratnye.
Pada hari itu Mini Cooper telah menjadi transport resmi untuk membawa crue-crue Cleo Malaysia serta kasut-kasut yang nak di sedekahkan....


Rakan-rakan ceria yang hadir pada hari tu...sungguh bersemangat walau pun penat.....


Apa lagi setelah penat beratur dan menunggu ...nie dia hasilnye....kami pun merakamkan gambar kemenangan sebagai tanda keseronokan yang tak terhingga........


Setelah selesai menyerbu Cleo Shoe Drop di Mid Valley kami semua pun bergegas ke Sunway Pyramid (Bukan tamak tapi hanya ingin mencuba nasib sekali lagi) untuk sesi kedua pemberian kasut percuma. Bila namanya percuma , ramai yang datang (tengok aje line up nie...banyakkan) tak kira bangsa, rupa mahu pun gender. Sungguh pun acara ini hanya khas untuk perempuan aje tapi terdapat ramai juga lelaki yang berminat (Kononnya ambil untuk girlfriend, isteri, mak dan sebagainye).


Moh kita lepak jap sementara menanti ....sambil lepak, sambil gossip...menarikkan...


Antara orang yang telah di kenal pasti dan juga berpeluang untuk mendapat kasut percuma. Aha..tahniah...sungguh teruja sekali bagi yang bejaya pada hari itu....


"The Gang" yang tak jemu-jemu berkongsi minat yang sama. Seronok sekali dapat berkumpul kerna bukan senang nak bersua muka, maklum lar masing-masing ada tanggungjawab.


Seperti biasa sebelum acara bermula, penerangan di berikan dan juga welcome greeting dari pihak penganjur. Syabas di ucapkan kepada Cleo Malaysia kerana acara kali nie sungguh memberi peluang kepada semua tanpa meletakkan sebarang syarat atau di ukur dari pelbagai sudut.


Bak kata orang kalau ada rezeki tentu ada kan....Alhamdullilah, berhasil juga tapi yang paling best adalah pengalaman yang di timba pada hari itu serta dapat berkumpul bersama-sama rakan-rakan yang setia berkongsi minat yang sama. Thanks a lot uols........muuuuaaaahhhhh.


Segodeng