Baru-baru Cik Segodeng telah bersama Fuji Xerox dalam memperkenalkan dan pelancaran 14 model terbaru dari siri ApeosPort-V C dan DocuCenter-V C yang berkonsep Teknologi Hijau Dan Air.
Fuji Xerox adalah jenam global terkemuka yang menyediakan penyelesaian dokumen canggih dan system penerbitan digital untuk automasi pejabat. Ia di tubuhkan di Malaysia dengan nama Rank Xerox pada tahun 1966, kemudian di namakan semula kepada Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd (Operasi Malaysia) pada tahun 1992. Dengan beribu pejabat di Petaling Jaya, Fuji Xerox telah berkembang kepada 5 cawagan dan 20 pengedar sah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut sila layari : www.fujixerox.com.my
En Sunil Gupta, President & CEO kepada Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd, Malaysia & Brunei Operation telah memberi ucapan pembuka majlis pada pagi itu. Beliau mengalu-alukan dan berterima kasih di atas kedatangan semua kemajlis pelancaran 14 model terbaru dari siri ApeosPort-V C dan DocuCenter-V C. Di serikan kan dengan kedatangan yang dihormati Y.B Dato' Seri DiRaja Mahzir Khalid dalam menyaksikan komitmen Fuji Xerox ke arah masa depan yang lebih hijau.
Dalam ucapan beliau, Fuji Xerox telah megambil langkah dalam mewujudkan pesekitaran yang lebih mesra alam, fleksibel dan cekap untuk perniagaan yang lebih pintar. Dari itu rangkaian siri baru ini di reka khas bagi memenuhi permintaan dan memajukan perniagaan dengan lebih produktif dan menjimatkan kos.
Setiap gambar memberi seribu makna......... dan cara terbaik adalah menyaksikannya dengan mata sendiri terhadap teknologi terbaru dari Fuji Xerox dalam mengubah persekitaran tempat kerja yang lebih pintar dan kreatif sambil memberi pretasi yang terbaik.
Y.B Dato' Seri DiRaja Mahzir Khalid, telah meresmikan majlis pada hari itu.
Mengabungkan Penyelesaian 'Hijau Yang Sebenar' dan teknologi yang menerajui industri, siri ApeosPort-V C dan DocuCenter-V C di lengkapi dengan 'Pengurusan Tenaga Pintar' yang mengawal dan memberi kuasa hanya kepada fungsi yang di pilih pengguna yang sekaligus mengurangkan pengunaan tenaga dan ouput CO2 untuk masa depan lebih hijau. Fuji Xerox juga menumpukan masalah bunyi bising dalam persekitaran perniagaan dengan mengurangkan penceramaran bunyi sehingga 61% berbanding produk sebelum ini. Untuk mengurangkan lagi bunyi bising, Fuji Xerox mencipta pencetak dengan pengerakan komponen yang menimal untuk mengurangkan bunyi bising ketika ia beropersi, dan pada masa sama, ciri imbasan dan perkakasan output lebih senyap apabila ia tidak beroperasi.
Mampu mengecam pengguna dan di sesuaikan mengikut kehendak peniagaan mereka, membolehjan mereka untuk bekerja lebih efisen dan lebih pintar, peranti ini turut mempunyai ciri 'Smart Wel;comeEyes Advance', iaitu perisian pengecam imej pintar yang menggunakankamera semasa sebenar yang dekat dan sensor haba piroelecktrik untuk mengesan pengguna yang menghampiri pencetak. Apabila ia mengesan pengguna, ia kan aktif secara automatik daripada mod tidur dan sedia untuk di gunakan dengan pantas. Pengguna juga akan mampu mengubah antara muka mereka sendiri dan tataoan yang di ingini untuk operasi sekali sentuh membolehkan pengguna untuk tidak menunggu lama oleh itu membolehkan kerja menjadi lebih pantas dan efisen.
Peranti-peranti baru ini semuanya "Smart Work Enabler' (Pemboleh Kerja Pintar) yang sesuai untuk mana-mana pejabat untuk membenarkan tahap produktiviti yang tinggi selain membolehkan pengguna bekerja lebih bijak dalam mana-mana persekitaran sehingga membaiki prestasi perniagaan dan masa hidup (uptime). Kesemua kreteria ini adalah sangat kritikal untuk menentukan kerjayaan dalam perniagaan. Pencetak ini mampu mencetak sehingga 70ppm iatu antara yang terpantas dalam kelasnya, pengguna boleh menyalin atau mencetak lebih pantas mengurangkan masa bekerja dan memaksimumkan output. Kelajuan imbasan sehingga 160 tayangan per minit dan dengan tambahan ciri 'ScanAuto', pencetak akan membetulkan keddudukan muka surat dan membuang muka surat yang berwarna putih, yang sekaligus menjimatkan masa pengguna dari menyediakan dokumen dan memeriksa output yang di imbas. Fuji Xerox juga memperbaharui keupayaan faks dalam peranti-peranti ini dengan ciri 'Auto Distribution' jadi pengguna boleh menghantar faks secara automatik ke fail, e-mel, di hantar terus ke mesin faks yang lain atau mencetaknya.
Ciri-ciri ApeosPort-V C dan DocuCenter-V C
Cetakan Dalam Permintaan (On-Demand) Tanpa Pelayan
Pengguna boleh mencetak dokumen dari peranti pelbagi fungsi yang lain apabila di perlukan. Ia sekali gus mengurangkan masa menungu untuk otoyout dokumen dan mengelakkan output yang tidak di perlukan, yang juga mengurangkan kos pemilikan pelanggan
Perkhidmatan Terjemahan Imbasan
Sambung ke perkhidmatan terjemahan berasakan cloud global Fuji Xerox yang membolehkan anda mengimbas dokumen kepada versi terjemahan yang di bekalkan dalam 'layout' sama seperti sumber.
Percetakan Mudah Alih :
Sambung ke peranti-peranti mudah alih (iPhone,iPad atau Android) untuk mencetak melalui LAN access point tanpa wayar.
Fail Keja :
Membolehkan pengguna untuk menghantar, menerima dan berkongsi dokumen dalam pejabat atau persekitaran mudah alih, membenarkan akses kepada maklumat yang di perlukan pada bila-bila masa, di mana saja
Y.B Dato' Seri DiRaja Mahzir Khalid dan semua telah di bawa melawat dengan lebih dekat lagi kepada kehebatan ApeosPort-V C dan DocuCenter-V C. Sememangnya Hebat sekali.
Segodeng
No comments:
Post a Comment