Wednesday 24 September 2014

Mai....... Mai ........ Mai...... Ikan Bakar



Salam 1 Malaysia Buat Semua............


Bila tiba hujung minggu aje, 'Cik Segodeng' bersama  keluarga sering dan pasti akan keluar untuk 'Jalan-Jalan Cari Makan'. Selalunya 'Cik Segodeng' kerap akan pergi ke tempat yang sering di kunjungi kerana yakin pada kesedapannya dan bila makan akan terasa kepuasannya.........




Mengikut kebiasaan 'Jalan-Jalan Cari Makan' dekat dalam 'Pulau' aje (Pulau Pinang) ..........jarang makan jauh keluar dari 'Pulau' tapi kali ini destinasi 'Cik Segodeng' agak jauh sedikit sampai ke 'Kepala Batas' di seberang perai................. Mak 'Cik Segodeng' selalu akan cakap, 'Pie Lapaq, Balik Pun Lapaq' kalau nak makan kat tempat nie sebabnya, tempat makan agak jauh................. heheheheheheheheheheheh. Bila sampai aje tempat yang di tuju....... mak datok......... berjelar-jelar kereta yang parking di depan restoran ini. 




Restoran Ikan Bakar Din, tempat yang dituju.untuk makan tengah hari 'Cik Segodeng' sekeluarga. Restoran ini adalah one of my sister favorite restoran. Kalau tak salah 'Cik Segodeng' restoran ini pernah di kunjungi oleh kru-kru 'Jalan-Jalan Cari Makan' tak lama dulu. Restoran ini amat luas dan selesa sekali. 




Kat Restoran Ikan Bakar Din nie, menu utamanya............. tentu lar IKAN bakar-bakar......... bukan hanya Ikan segar yang di bakar.................. .terdapat juga makanan laut, ayam & daging yang di bakar juga............ so kalau tak suka ikan .......... boleh ler pilih yang lain........ tak menjadi masalah............




Air liur akan meleleh bila tengok ikan-ikan ini dibakar........ memang menyelerakan............. sampai naik rabun mata waktu memilih.................. mana satu yang menjadi idaman perut............




Tengok itu.............. sedap tak............... menarikkan.............. 




Yummmy..........yummmy........yummmy.......... ini plak ayam bakar yang siap di letak sambal di atasnye.......... yang nie dah macam ala-ala 'Ayam Percik' tapi rasanya memang lain dari yang lain.......... sssseeeeeeeeddddddddddaaaaaapppppppp....... 




Malah di restoran Ikan Bakar Din ini terdapat juga 'Gulai Kawah' dan Sup Daging Kawah' untuk pelanggan yang suka dengan hidangan nie................. memang terbaek............. bukan sekadar puas mata memandang tapi perut juga pun terasa puas kenyangnya.............




Bila ada ikan bakar, tak sah kalau tidak ada ulam dan sambal. Percaya atau tidak,segala jenis ulam dan sambal berbagai jenis dan rupa juga ada tau............ Restoran ini benar-benar memenuhi kehendak dan citarasa setiap curuk pelanggan. 




Berkat sungguh restoran Pak Din nie, tidak kedekut atau pun lokek. Beliau juga menyediakan 'Sky Juice Kurang Manis' secara percuma dan buah-buahn tempatan sebagai pencuci mulut pada semua pelanggan. So kawan-kawan semua boleh lar mencuba makan di sini.............. lagi pun oleh tahan harga makan kat restoran Pak Din nie.............. sangat berpatutan...........

Sebelum mengundur diri, 'Cik Segodeng' selitkan serba sedikit maklumat Restoran Ikan Bakar Din 

Nama Restoran : 
Restoran Ikan Bakar Pak Din 

Alamat : 
No, 6735
Jalan Butterworth, 
13200 Kepala Batas
Seberang Perai Utara
Pulau Pinang 

Tel : 
04-575 8602

Waktu Operasi : 
10.00am - 4.00pm (Jumaat Tutup)




Segodeng 








Sunday 21 September 2014

Suka-Suka Holiday Dengan Pak Nil



Salam 1 Malaysia Buat Semua................

Pernah tak berlayar bersama dengan SuperStar Libra?????? Pernah sekali ............. tak pernah pun................ belum ada budget ................ dah lama teringin nak naik............ aaahhhhhh tak kisah apa pun jawapannya.............. yang penting kat sini 'Cik Segodeng' nak bagi tahu dan cita tentang satu 'Package Holiday' pada musim cuti sekolah yang akan datang. Package ini sangat panazzzzz, menarik dan tak rugi jika turut serta................ 



Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd manawarkan satu 'Package Holiday' berlayar di dalam SuperStar Libra (Star Cruises) dan berhibur bersama dengan Pak Nil ( Aznil Hj Nawawi)  pada musim cuti sekolah yang akan datang. 'Package Holiday' nie berupa 4 hati 3 malam dari Penang-Phuket-Krabi-Penang. 




Sepanjang pelayaran ini terdapat berbagai acara yang giler-giler manarik bersama 'Pak Nil'(Aznil Hj Nawawi) seperti makan malam bersama, berparti secara ekslusif, persembahan yang bertarap antarabangsa dan macam-macam lagi tau. Di Samping itu juga semua akan menikmati 4 kali hidangan mewah setiap hari dan jangan bimbang semua hidangan ini di jamin halal dan tip-top rasanya...........                  






Jangan tunggu lama-lama okey............ package yang di tawarakan ini amat menarik sekali. Cepat-cepat lar buat tempahan segera. Di Sini 'Cik Segodeng' selitkan juga serba sedikit maklumat mengenai percutian bersama 'Pal Nil (Aznil Hj Nawawi)

Destinasi : Penang-Phuket-Khrabi-Penang
Tarikh : 30hb Nov 2014
Harga : RM 1499 / Pax - Discount RM 500 untuk 3rd & 4th / Pax (Purchase)


So pada yang berminat dan inginkan maklumat lanjut, boleh lar menghubungi Ms Roszana di  talian @ email yang tertera di bawah ya : -  

Mobile :  012 - 626 4032 @ 
E-mail :  roszana@mmode.com.my


Akhir sekali dari 'Cik Segodeng' Selamat bercuti dan bergembira selagi terdaya............


Segodeng 













Thursday 18 September 2014

AnCasa Royal Pekan, Pahang


Salam 1 Malaysia Buat Semua...............


Gembira rasa hati 'Cik Segodeng' dapat bertemu lagi dengan semua di alam siber & blogging ini. Lama sangat dah tak menulis dan meng-update blog.......... mau tak lama........... baru-baru nie 'Cik Segodeng' di serang penyakit 'M.A.LA.S'.......... aduh bisanya sehingga ketulang...................hahahahahahahahahaha......... So kali ini 'Cik Segodeng' nak bawa semua ke Pekan, Pahang dan merasai kehebatan menginap di AnCasa Royale di Pekan, Pahang. Apa tunggu lagi......... yok kita..........


Credit Photo From 'Sahabat Media'

Peluang untuk menyertai program Cuti-Cuti 1 Malaysia bersama 'Sahabat Media' anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama dari 'Santai Travel' memang sentiasa 'Cik Segodeng' nanti kannnnnnn. Terasa amat bersyukur kerana di beri peluang untuk turut serta dalam pengembaraan ke Pekan, Pahang dan teruja tak terkata di hati 'Cik Segodeng'. Sepanjang pengembaraan kami di sana, AnCasa Royale sangat berbesar dan bermurah hati telah menaja penginapan kami semua...................... Terima Kasih, AnCasa Royale Pekan................




AnCasa Royale adalah sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang mempunyai 133 bilik kesemuanya, terletak di tengah-tengah Bandar Diraja Pekan. Satu bandar yang semakin di kenali dan berkembang pesat dalam industri pelancongan. Selain itu bandar Pekan juga di kenali sebagai 'Bandar Automotive' kerana terdapat banyak syarikat kereta yang hebat-hebat telah berpusat di bandar Pekan nie........... Hebat tak Pekan sekarang ini?????.....................




Bukan hanya teletak di tengah bandar Pekan, AnCasa Royale ini juga bersebelahan dengan tebing 'Sungai Pahang'.  Best Tak?????? Bagi 'Cik Segodeng' memang memang best giler!!!!!!!!!kerana selain dapat berehat di dalam bilik, kita juga bisa menghirup udara segar serta menikmati pemandangan yang menakjubkan di waktu matahari terbenam & naik............ memang sangat cantik........ sungguh indah sekali ciptaan Yang Maha Kuasa...............




Pabila melangkah masuk buat pertama kalinya ke AnCasa Royale, 'Cik Segodeng' boleh merasai kelainan yang bakal memberi kejutan ............... aaaaaahhhhhh, tak sabar rasanya................. Dengan ruang lobby yang luas, benar-benar memberi keselesaan kepada semua pengunjung.untuk berehat seketika sementara menanti urusan 'Check In' di jalankan. Bah kan terdapat juga sebuah 'Mini Bar'  yang beroperasi dekat dengan ruang lobby bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang ingin memesan minuman sementara menanti urusan 'Check In' selesai.




Ini lar ruang menyambut tetamu (Reception) Tahu tak apa yang berbeza di ruang penyambut tetamu nie........??????  Betul......... betul..........betul......... ada kerusi.......... kelainan yang di tonjolkan di sini membuktikan yang AnCasa Royale memang berbeza dalam memberi kelainan dan keselesaan kepada semua pengunjung............ 'Cik Segodeng' suka bangat dengan konsep ini............... sungguh selesa dan benar-benar membuat semua pengunjung terasa kedatangan mereka di sambut dengan mersa. Bila selesai urusan mendaftar (Check 'In), kini tiba masa untuk yang di nanti kan 'let's' 'Check it Out The Room' ...... Jom..........




OMG!!!!!!!.... Besar sungguh bilik di AnCasa Royale ini.......... keluasan bilik in benar benar memberi keselesaan yang maksimum. Punyer lar besar sampai boleh main kejar-kejar dengan rakan sebilik 'Cik Segodeng'.......... heheheheheheheheheh...........bukan bilik ini aje yang menjadi tawaran kepada pengunjung,  di AnCasa Royale terdapat beberapa jenis bilik dengan berbagai tawaran package yang menarik telah sediakan untuk semua................




Antara jenis-jenis bilik yang di tawarkan kepada pengunjung kat AnCasa Royale Pekan : - 


         (1) Deluxe Premier King (22)
                Credit Photo AnCasa Royale

(2) Deluxe Premeir Twin (103)
                                                        Credit Photo AnCasa Royale

                                                                     (3) Junior Suite (2 Units)     
                                                                                           Credit Photo AnCasa Royale

                  (4) Executive Suite (4 Units)
                                   Credit Photo AnCasa Royale  

                                                                      (5) Presidential Suite (1 Unit)
                                                                                                 Credit Photo AnCasa Royale


Setiap 'package' bilik yang ditawarkan punyai keunikan yang tersendiri terpulang kepada kemampuan kita untuk memilih.............. tak gitu............... walau apa pun pilihan yang di buat, AnCasa Royale akan memastikan setiap penginapan akan menjadi satu memori yang indah dan sentiasa tersemat di ingatan untuk kembali lagi.  




Dalam banyak-banyak kemudahan yang wajib di sediakan dalam biilik penginapan, kemudahan tekan butang 'Make Up The Room' & 'Do Not Disturb' sign yang paling menarik perhatian 'Cik Segodeng' kerana tak perlu lagi untuk mengantung 'signboard' di luar pintu jika memerlukan khidmat itu.......... senangkan........




Bagi yang gemar dan mengamal cara hidup yang sihat boleh ler menerjah diri ke gymnasium yang di penuhi dengan kelengkapan peralatan senaman yang terkini dan canggih. Tak rugi tau kalau melakukan senaman di sini kerana gymnasium ini terletak betul-betul berhadapan dengan 'Sungai Pahang'.......... memang puas mata memadang dan bila melakukan senaman pasti akan merasa lebih tenang dan bersemangat..........




Kalau terasa ingin memanjakan diri, jangan lupa singgah di SPA AnCasa Royale. Di sana segalanya jenis rawatan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut telah di sediakan untuk semua pelanggan, cuma perlu pilih yang mana satu menjadi idaman..............  'Cik Segodeng' telah pun merasai kehebatan rawatan di SPA AnCasa Royale ini............. terbaek............nyaman sekali......... segar seluruh badan ........

Royale Ballroom
 Credit Photo AnCasa Royale


Seperti mana-mana hotel di Malaysia, pasti akan ada dewan keramain di mana jamuan besar boleh di adakan. So di AnCasa Royale juga mempunyai dewan jamuan yang boleh memuatkan seramai 420 orang dan sangat mudah bagi setiap tetamu yang nak ke 'Royale Ballroom' nie., kerana terletak dekat dengan ruang lobby hotel.......... mudah  kaaannnnnn........

Royale Ballroom
 Credit Photo AnCasa Royale


Selain 'Ballroom', terdapat juga 5 buah meeting room yang boleh memuatkan antara 20 hingga 60 orang bergantung kepada jenis funtction yang nak di adakan. Memang kelas sungguh AnCasa Royale Pekan ini. Bah kan yang paling  'Cik Segodeng' sangat berpuas hati............ no complaint......... berupa service 'wifi' dia orang nie......... memang giler power nyeeeeee......... mau idak,  sangat mudah untuk di access dan berfungsi di setiap curuk hotel tanpa sebarang masalah..................




 Perut mula terasa lapar???????............ Jangan bimbang................ di AnCasa Royale terdapat 3 buah restoran yang boleh di kunjungi bagi memenuhi kehendak perut setiap tetamu.

(1) Safron Brasserie ( Beroperasi 24 Jam)
(2) Japanese Restoran 
(3) Japanese Restoran Outdoor

Yang paling best, semua restoran ini berada di bawah satu bumbung dan lokasi........... ala-ala 3 in 1........ tak yah nak jalan jauh-jauh semua berada di satu tempat.......... apa macam menarik tak???????



Malah semua makanan yang di sediakan oleh kesemua restoran di AnCasa Royale memang sedap yang amat............ sehingga kini kesedapannya masih lagi segar dalam ingatan. Super yummy......... tak ketinggalan beberapa masakan Pahang juga menjadi hidangan istimewa kepada semua pengunjung yang menjamu selera di sana...... so kawan-kawan semua mesti mencuba makan di sana  tau ....................




AnCasa Royale sentiasa memastikan setiap penginapan akan di saluti dengan kenangan yang terindah dan paling manis sekali, seperti mana yang 'Cik Segodeng' dan 'Sahabat Media' telah merasainya sebelum ini.. Pelbagai activiti berkumpulan seperti sukaneka dan senam-robik ( Team Building) yang di tawarkan kepada pengunjung yang datang berkmpulan atas urusan kerja (resmi) dan ingin menambah activiti sampingan. 




Selain activiti berkumpulan di padang dan kolam renang, acara berbasikal juga di galakan kepada semua pengunjung yang gemar berbasikal kerana AnCasa Royale Pekan mempunyai trek laluan basikal mereka tersendiri yamg menyusuri tebing 'Sungai Pahang'.........




Acara berbasikal ini telah menjadi 1 acara mega di Pahang. Boleh di katakan banyak acara kayuhan basikal ini menarik ramai orang untuk bercuti-cuti 1 Malaysia di Pahang malah banyak trek basikal yang sangat popular berada di Pahang. 

Setakat ini sahaja pengalaman peginapan 'Cik Segodeng' di AnCasa Royale Pekan. Harapan, semua turut terasa menginap bersama dan sebelum berundur di sini 'Cik Segodeng' sertakan bersama maklumat lanjut AnCasa Royale Pekan Pahang

Alamat :
Lot 2670, Kampung Paramu, 
Jalan Kuantan Pekan
26600 Pekan 
Pahang Darul Makmur

Tel No :
09 - 4246 600

Fax : 
09 - 4246 700

E-mail : 
sales@ancasaroyale.com

Web : 
www.ancasaroyale.com 

Talian Tempahan- Toll Free
1-300-880-032


Sekian, Semoga Bertemu Lagi 



Segodeng 










Sunday 14 September 2014

Muzium Sultan Abu Bakar Pekan, Pahang



Salam 1 Malaysia Buat Semua......................


Berapa ramai yang suka menyusuri sejarah dan melawat ke muzium????????Harapan 'Cik Segodeng' ramai lar yang sangat suka ke sana ya!!!!!!!! Makhlum lar di zaman yang semankin moden nie........ ramai genarasi 'Y' lebih suka ke Taman Tema kerana ia lebih menghiburkan.............  Walau bagaimana, kita sebagai genarasi terdahulu......... harus lah memberi pendedahan dan memupuk generasi zaman kini agar lebih gemar mengunjungi muzium dan tempat-tempat bersejarah agar generasi masa kini tidak lupa dan akan tanam rasa minat kepada tempat-tempat seperti ini..............




Muzium adalah satu tempat di mana tersimpannya pelbagai pengetuahan sejarah, khazanah lama serta asal usul setiap peristiwa, benda, perkara dan lain-lain lagi............... So baru-baru ini dalam pengembaraan 'Cik Segodeng' bersama Sahabat Media anjuran 'Santai Travel & Tourism Malaysia' telah berkunjung ke Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang. Bangunan Muzium Sultan Abu Bakar itu sendiri pun telah menyimpan sejarahnya yang tersendiri,




So........ mengikut sejarah, Bangunan Muzium Sultan Abu Bakar ini dahulunya sebuah bangunan kayu yang di bina pada tahun 1888, ia kemudiannya digantikan dengan bangunan batu dua tingkat pada tahun 1929 yang telah digunakan sebagai Residen British. Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945), tentera Jepun menjadikan bangunan ini sebagai markas mereka. Pada tahun 1948, bangunan ini telah dinamakan sebagai 'Istana Kota Beram dan akhirnya pada tahun 1976, bangunan ini dijadikan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar sehingga kini............... itu lar serba sedikit sejarah tentang bangunan Muzium Sultan Abu Bakar 




Di Muzium Sultan Abu Bakar ini terdapat 6 galeri yang terdiri dari :-

1) Galeri Biografi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang  
2) Galeri Tun Razak, 'Bapak Kemerdekaan'
3) Galeri Kebudayaan & Kesenian Pantai Timur, 
4) Galeri Islamic, 
5) Geleri Arkeologi & Masyarakat Orang Asli 
6) Galeri Sejarah & Kesultan Melayu


 


Yang paling istimewa dan sempena memuliakan 40 tahun pemerintah DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, pihak muzium telah mengadakan pameran kegemilangan sepanjang pemerintahan  DYMM Sultan Haji Ahmad Shah sebagai tanda penghargaan kepada institusi beraja di Pahang yang telah banyak menyumbang terhadap perkembangan muzium selama ini. 




Pameran yang memuliakan 40 tahun pemerintahan DYMM Sultan Pahang benar-bernar akan membuat rakyat semua lebih mengenali  DYMM Sultan Pahang dengan lebih dekat lagi.  Banyak sungguh pengetuahan Diraja Pahang yang boleh di timba serta fakta-fakta yang bisa akan membuat kita berkata WOW...... WOW.......WOW.......... BESTNYA.............................




Selain fakta dan gambar-gambar yang menarik.......... di satu sudut ruang pameran ada terdapat pameran koleksi barangan sukan Milik DYMM Sultan Haji Ahmad Shah dan juga barangan peribadi milik 'Kerabat & keturunan Diraja Pahang' yang lain................




  Galeri Islamic really take my breath away!!!!!!......... There is no word yang 'Cik Segodeng' boleh ungkapkan............ sangat menarik hasil karya yang dipamerkan......... penuh dengan makna yang mendalam sehingga beberapa kali kawan-kawan 'Cik Segodeng' menegur dan menyapa...........***** Tutup Mulut tuuuuu....... nanti lalat masuk...........****** hehehehehehehehehehe.......... begitu lar keadaan 'Cik Segodeng' bila berada di ruang pameran Islamic nie......... sejuk mata memandang................




Bergerak pulak ke Geleri Arkeologi & Masyarakat Orang Asli. Galeri ini berada di dalam bangunan yang bernama 'Inderapura', nama lama negeri Pahang. Di galeri ini banyak di pamerkan barang-barang sejarah purba seperti barang jumpaan seramik Toman, seramik kapal karam Royal Nan Hai, arca patung dan juga sejarah Pekan. 



Bagi Pameran Masyarakat Orang Asli banyak pameran berkaitan dengan cara hidup, kepercayaan, kesenian dan seni bina kediaman mereka. Masyarakat Orang Asli mempunyai hubungan yang erat dengan alam sekitar. Kehidupan mereka banyak bergantung kepada hidupan flora dan fauna.  Kalau di lihat dengan lebih dekat, Masyarakat Orang Asli nie tak perlu teknologi terkini @ hebat untuk hidup.......... mereka mampu hidup bebas dan alam semulajadi telah menjadi sebahagian kehidupan mereka.




Di Galeri Kebudayaan & Kesenian Pantai Timur pulak mencerminkan masyarakat Melayu Pantai Timur yang kaya dengan budi bahasa, sopan-santun, berjiwa seni dan pegangan yang kuat kepada adat serta tradisi yang di warisi turun temurun. 




Alat muzik tradisi hasil buatan tangan seperti gong, kesi, gendang dan serunai  serta seni persembahan Mak Yong dan Wayang Kulit turut di pamerkan.  Kemahiran, kehalusan dan keindahan seni ukir amat ketara pada semua peralatan muzik, permainan dan peralatan rumah. Ini adalah ciri-ciri masyarakat melayu. 




Bukan hanya dalam galeriaje kita dapat tengok pameran tau........ tapi kalau kita berjalan di sekitar kawasan muzium ini, setiap sudut...... corok....... dinding ....... terdapat pelbagai kesenian yang di pamerkan........ antara banyak banyak seni........ lukisan wakta-wakta utama wayang kulit benar-benar menarik perhatian 'Cik Segodeng'.................. terfikir sekejap, kalau dapat tengok secara life............ mesti best kaaaaannnnnnn...................




Lagi satu yang menarik perhatian 'Cik Segodeng' berupa kereta resmi DYMM Sultan Pahang.  Panjang sungguh kereta nie............ hehehehehehehehe.............. apa-apa pun 'Cik Segodeng' sangat berpuas hati, seronok, teruja dan rasa tidak rugi langsung meluangkan masa di Muzium Sultan Abu Bakar nie.........




So kawan-kawan semua, jangan lupa untuk mengunjungi @ singgah ke Muzium Sultan Abu Bakar bila berada di Pekan, Pahang. tau............... yang pasti, Muzium Sultan Abu Bakar akan memberi kelainan dan kenangan yang sangat....... sangat.......sangat.......manis kepada setiap pengunjung. 

Sebelum 'Cik Segodeng' sign off, ini ada serba sedikit info penting Muzium Sultan Abu Bakar untuk panduan bila nak ke sana : -


Alamat :
Muzium Sultan Abu Bakar 
Jalan Sultan Ahmad,
26600 Pekan Bandar Diraja,
Pahang Darul Makmur

Tel No : 09-422 1371/ 1459        Fax : 09-422 1572

Web : www.muziumpahang.com.my 

Waktu Operasi : 
1) Balai Pameran : Selasa-Ahad (8.30am - 5.30pm) - Tutup pada hari Isnin.
     (Jumaat - 12.15pm - 2.45pm - Tutup untuk Solat Jumaat)




Segodeng