Tuesday, 10 December 2013

Epson Intelligent Imaging Launch


'EPSON' satu nama di mana sesiapa pun kenal kan........satu syarikat gergasi yang menerajui dalam pengeluaran produk seperti 'Inkjet Printers/Printing Systems, 3LCD Projector dan Industrial Robot'. 'Epson' sentiasa kehadapan dalam memberi dan memenuhi kehendak pelanggan. 


'Epson' telah beroperasi di Malaysia sejak dari tahun 1991 dan pada masa itu di kenali sebagai 'Epson Trading (M) Sdn Bhd. 'Epson Malaysia' juga memegang hak 'exclusive' pengedaran produk dan khidmat pelangan ke seluruh Malaysia dan Brunei. Mempunyai 54 cawagan di seluruh negeri  bagi memasarkan rangkaian produck 'Epson'. Untuk maklumat lanjut boleh lar layari http://www.epson.com.my pasti semua jawapan ada di sana.........


Baru-baru ini 'Cik Segodeng' ke 'Showcase Epson "Intelligent Imaging"' bagi memperkenalkan rangkaian terkini produk 'printer & projector' yang begitu unik rekaannya. Rangkaian unik ini di cipta bagi memenuhi dan memberi kemudahan serta keperluan kepada pelbagai Industri. Rangkaian ini juga membawa pandangan yang lebih jauh ke hadapan bagi membentuk satu alaf baru kepada 'printing & projection'. 


Sambutan mersa di berikan dan kedatangan 'Cik Segodeng' sungguh di alu-alu kan.......... sebelum majlis bermula, kita sarapan dulu.........yum....yum...yum....yum....


'Showcase' bermula dengan kata-kata aluan dari pengacara pada hari itu dan sebelum majlis bermula kami telah di hidangkan dengan 'Creative Projection In Public Spaces', satu pertunjukkan projection yang begitu unik sekali.........di mana patung & dinding yang kosong telah di suluh (project) dengan pelbagai jenis 'material'....sungguh menakjubkan dan terpukau sejenak kami di buatnya.......


'Mr Yasuhiro Kasai (Country Manager, Epson Malaysia Sdn Bhd)' telah memberi sepatah-dua kata ucapan pembuka 'showcase Epson' pada hari itu. Dalam kata-kata beliau dengan penlancaran produk ini telah memberi kelebihan 'Epson' dalam menerajui permintaan pasaran dan menaikan saham dalam industries 'pencetakaan & projektor'. Pelbagai 'Businesses' boleh mendapat banyak mafaat/hasil dari produk ini. 


'Showcase' di teruskan dengan ucapan dari 'Mr Danny Lee' (General Manager, Sales & Marketing) menerangkan lebih lanjut tentang perjalanan dan pengcapaian 'Epson' di Malaysia. Beliau amat berbangga kerana 'Epson Malaysia' telah menjadi pilihan No.1 di Malaysia pada tahun 2012 bagi pemasaran produk 'Printer & Projector".  'Epson' juga sentiasa berkerja keras dalam memastikan kehendak pelanggan di penuhi dan juga mencipta teknologi baru dalam pengeluar 'printer & projector' yang lebih Ideal serta heavy duty. Beliau juga percaya dengan zaman pesat membangun, sudah tiba masanya kita memberi laluan kepada teknologi 'projection' untuk menerokai bidang perniagaan kita dan memberi pengalaman dan pengambaran 'magical'..............Dengan itu beliau telah melancar dan memperkenal produk unik & terkini dari .Epson' :-
  • 'Epson's High Brightness Installation-Base Projectors (Model EB-G6000 (Six Series))
  • 3D Full HD Home Entertainment Projectors (Model EH-TW5200 & EH-TW8200)
  • Epson Colour Labelling Solutions (Model TM-C3510, GP-C830 & GP-M830)


Penerangan terperinci mengenai produk 'Epson High Brightness Projector & Home Entertainment' telah di bentangkan oleh 'Ms Jennifer Low (Product Manager, Epson Malaysia)' 

(1) 'Epson's High Brightness Installation-Base Projectors (Model EB-G6000 (Six Series))
Rangkaian ini merangkumi 6 model yang di lengkapi dengan ciri-ciri campuran berbeza kepada tahap, 'Brightness, Resolution & Feature' bagi memenuhi permintaan serta kehendak pelangan. Projector pertama yang mempunyai ciri-ciri HDBaseT interface. Di cipta untuk pengunaan di ruang yang luas dan terang. Mempunyai tahap kecerahan yang amat tinggi (2500-7000 lumens). Pemancarannya amat terang dan berkualiti tinggi.

 Ciri-Ciri Utama :-
  1. HDBaseT Connectivity
  2. Faroudja DCDi Cinema Chip
  3. High Contrast With Auto Iris And CFine
  4. Frame Interpolation
  5. DICOM Mode For Clear Medical Images
  6. Edge Blending
  7. Curved & Corner Wall Projection

(2) 3D Full HD Home Entertainment Projectors (Model EH-TW5200 & EH-TW8200)
'Model EH-TW2500' yang mampu milik, hasilnya sama juga seperti rangkaian Epson Home Theather yang lain. Di lengkapi dengan ciri-ciri:-
  1. Superior Image Reproduction With 3LCD Technology
  2. 480 Hertz 3D Drive
  3. Horizontal Keystone Adjuster
  4. MHL (Mobile High Definition Link) Support
  5. Optional Wi-Fi Connectivity
  6. Space Saving Footprint
Manakala model Epson EH-T8200 plak di lengkapi dengan ciri-ciri :-
  1. Frame Interpolation in 2D & 3D
  2. Super Resolution in 2D & 3D
  3. Cinema Fliter
  4. 480Hz Panel Drive Technology
  5. Industry Standard Active 3D Glasses



Tengok aje hasilnya, memang hebat tak payah lagi nak pakai wall paper, atau gadget yang lain untuk mencantikan wall kita kan.......ianya lebih mudah dan kita boleh aje tukar bila-bila masa kita suka.......


Selepas itu 'Ms Pearly Lee (Product Manager, Epson Malaysia)' telah membuat product presentation untuk 'Colour Labelling Solutions' di mana 'printing' akan lebih berkesan, berkualiti tinggi dan menjimatkan. Merangkumi pelbagai model mengikut kehendak pasaran. Malah hasilnya kalis air..........so tak akan mudah rosak dan tahan lama


Rangkaian ini telah pun berada di pasaran. cepat-cepat dapatkan satu..............


Setelah selesai, kami semua di beri peluang untuk bersoal-jawab bersama 'Mr Yasuhiro Kasai & Mr Danny Lee' bagi mendapat jawapan dan merungkaikan persoalan yang bermain di minda...... banyak juga soalan yang telah di ajukan dan rata-rata berpuas hati dengan jawapan yang di berikan.......


Syabas & tahniah, 'Cik Segodeng' ucapkan kepada 'Epson Malaysia' di atas pelancaran produk tersebut. 'Cik Segodeng' memang kagum sesangat dengan projector mereka..............boleh buat mini pawagam kat rumah 'Cik Sogodeng'.........kalau mampu dah lama 'Cik Segodeng' beli tau......... .......tapi apa pun satu hari nanti 'Cik Segodeng' akan memilikinya..........


Sebelum pulang, 'Epson Malaysia' juga ada menyediakan makan tengah hari buat kami semua.......nak tau makanan ari tu memang best dan sedap tak terkata........apa lagi jom kita makan dulu.........di sini juaga 'Cik Segodeng' nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat terutama sekali kepada 'Blogger.Com'...... (rezeki di kongsi bersama)....... so akhir kata dari 'Cik Segodeng', maju lar diri ke arah teknologi yang lebih berinnovatif dan jangan lupa untuk layari laman sesawang Epson Malaysia http://www.epson.com.my  utunk maklumat terperinci okey....??????


Segodeng



Saturday, 7 December 2013

Lawak Ke Der 3...Terbaek.....


Sebelum 'Cik Segodeng' nak bercerita, terlebih dahulu 'Cik Segodeng' nak ucapkan jutaan Terima Kasih buat teman  'Cik Segodeng' (Cik Ayu Rafika & Cik Zie)  mengofer pergi menonton 'Lawak Ke Der 3' di 'Istana Budaya' pada hari Rabu lepas (4/12/2013)........... So jangan jeles okey..................Seperti yang sedia maklum tiket untuk 'Lawak Ke Der 3' nie giler-giler sold out................. ramai yang kecewa kerana tak dapat tiket........kesiannnnnnnn......


Punyer lar risik-risik .......korek-korek.....tanya-tanya........, tiket untuk malam itu teleh di taja oleh 'ESCAPE' (www.ESCnow.com) yang membawa dunia hiburan peribadi anda ke mana jua..............Terima Kasih juga dari 'Cik Segodeng' buat 'ESCAPE'  yang sangat bermurah hati menaja tiket 'Lawak Ke Der 3'......................


Meh lar 'Cik Segodeng' cerita serba sedikit mengenai 'ESCAPE' dulu......supaya semua tahu dan menambah pengetuahan terkini okey..........

Apa itu ESCAPE?

  • ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja.
  • Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.


Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua.
  • Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.
  • Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua.
  • Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.


- Kelebihan ESCAPE: 
  •  Henti & sambung tayangan  •  Pelbagai peranti  •  Bila-bila masa, di mana-mana jua 
Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang.

Pelbagai Cara Untuk Mendapat & Melayari ESCAPE
  • Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan!
  • Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta).
  • Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.

ESCAPE mencuit anda dengan Lawak Ke Der 3.


'Lawak Ke Der 3' di bawah arahan 'Hans Isaac' kali ini di barisi oleh pelawak-pelawak hebat tanah-air terdri dari , NABIL, HARITH ISKANDAR dan muka baru dalam keluarga 'Lawak Ke Der 3' iaitu KUMPULAN JAMBU & DOUGLAS LIM, manakala JENHAN membawa versi English pada 6/12/2013. 'Lawak Ke Der 3' ini belangsung dari 4/12/2013-8/12/2013 di 'Istana Budaya, Kuala Lumpur'


'Nabil' selaku pengacara membuka tirai 'Lawak Ke Der 3' dengan memberi persembahan yang 'mantop'............... sambil berlawak 'Nabil' juga membawa 2 buah lagu iaitu, 'Havoc' (Lagu asal dari Joe Flizzow) & 'What The Fox Say' yang telah di ubah suai mengikut keadaan persembahan beliau.........memang kelakar giler........... berjurai-jurai air mata kerana ketawa tak henti-henti melihat gelagat si 'Nabil' nie........


Helian ketawa di teruskan lagi dengan persembahan dari 'Kumpulan Jambu' yang langsung  tidak menghampakan sekali............ tetap menyegat dengan aksi-aksi selamba berserta 'trade mark' lupa dialog........... tak kering gusi di buatnye.........mereka mempamirkan skesta yang sungguh menghiburkan hati...........


Mana kala pelawak 'under dog', 'Douglas Lim' ini yang paling menyerlah sekali pada malam 'Lawak Ke Der 3'......... ketawa tak henti-henti, sampai naik terburai urut perut 'Cik Segodeng' ............'Cik Segodeng' memang meminati dia sejak dia mernyertai rancang 'Spontan' di bawah arahan 'Arwah Din Beramboi'............ walau pun dia nie anak cina tapi telah berjaya belawak dalam bahasa melayu siap dengan menyanyi lagu 'Trajedi Disember' versi 'Douglas Lim' pada malam itu............... tak sangka......sedap juga suara pelawak cina nie..............hehehehehehehheheheheh........ 'Cik Segodeng' bagi markah penuh kat 'Douglas' di atas persembahannya......


 Tak lain & tak bukan........satu-satunya 'Stand Up Comedian' yang amat di kenali ramai, 'Harith Iskandar', pasti semua sedia maklum kehebatan beliau kan.......... dia nie memang hebat........ bukan senang nak buat orang ketawa........ so idea-idea yang di bawa oleh 'Harith Iskandar' pada malam itu serta mimik muka dia aje benar-benar mencuit hati............. 'laughter is the best medicine in the world'....... itu lar yang selalu di ungkapkan beliau ke pada semua............

 Rugi......Rugi.....Rugi.....bagi yang tak pergi menonton 'Lawak Ke Der 3 nie'.......itu lah yang 'Cik Segodeng' boleh katakan.........


Tapi jangan bimbang.......... 'ESCAPE' kan ada.........'Cik Segodeng' nak promo skit lar pasai 'ESCAPE' nie.....

  • Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan 'ESCAPE'. Kini anda boleh menyaksikan 'Lawak Ke Der 3' secara eksklusif 'ESCAPE' mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Lama tu! 
  • Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE. 
Bercakap plak mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom.
  • Sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!
  • Caranya mudah. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel cuit-cuit @ESCAPE atau klik:https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3. 
  • Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.
  •  Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE (www.ESCnow.com)



Kepuasan memang di kecapi malam itu........'Cik Segodeng' sangat berpuas hati dan tahniah kepada Semua yang telah berjaya dalam pementasan teater 'Lawak Ke Der 3' nie.........harapan tahun depan ada plak 'Lawak Ke Der 4'...........So di sini saja.......'Cik Segodeng' nak mengundur diri dulu........ jangan lupa ya layari laman sesawang 'ESCAPE'  ya......Jumpa lagi


Segodeng






Thursday, 5 December 2013

Parti....Parti...Parti.... Oh Durian @ Muzium Telekom


'Raja' kepada semua jenis buah..............'Buah Durian'.........ada yang suka dan ada yang kurang gemar sehingga ke baunya......... Banyak kawasan yang berhawa dingin pun melarang sama sekali membawa masuk. Mahu tak....... bau 'buah durian' nie memang 'power' sekali........ibarat macam kata perpatah "setitik nila rosak susu sebelangga' tapi untuk durian ia lain sikit.....'bawa sebiji bau satu rumah'............tak kisah lar apa orang nak kata, yang saya tahu.........saya nie memang 'die hard eater buah durian' ................


Bila tiba musim 'durian' aje.....di mana-mana pun kita boleh lihat 'buah durian'............. so baru-baru nie, 'Menara Kuala Lumpur' telah menganjurkan 'Parti Durian' di 'Muzium Telekom, Kuala Lumpur'..........di mana kita boleh 'eat all you can' dengan hanya membayar 'RM 15.00' (termasuk sebotol air) .........berbaloi sangat tau bagi yang memang gemar makan 'Buah Durian' nie...........


Setiba aje di 'Muzium Telekom', saya dapat lihat 'Buah Durian' baru aje di turunkan dari sebuah lori.........berbakul-bakul banyaknye.........memang banyak giler.............tak pasti lar ia akan mencukupi untuk semua pada hari itu @ tidak.........maklum lar........ 'Eat All You Can'.........


Sekitar 'Muzium Telekom' ini terdapat juga 'booth-booth' lain yang menjual pelbagai jenis buah-buahan dan makanan..........meriah giler..........naik rabun mata untuk memilih kerana apa yang di jual di sana memang 'best-best' yang teramat.............. harga yang di tawarkan pun perpatutan......... kalau ikut nafsu....... mahu saya borong semua bawa balik..........hehehehehehehehehehehe.............


Macam biasa, sebelum masuk & makan,  kena lar bayar dulu.........bila masuk aje, sana-sini buah durian aje yang saya nampak......maklum lar nama pun 'Parti Durian' Kannnnnnnn........


Dalam dok menikmati suasana 'Parti Durian'...........saya ternampak buah ini............ terpegun seketika sambil berfikir............. buah apa kah ini????? sejujurnya saya tak tahu........hehehehehehehehehe.....nak tanya , terasa segan lar plak.........so sesiapa aje yang tahu buah apa kah ini, tolong lar bagi tahu kat saya budak yang baru belajar nie....... saya setia menanti akan jawapannye.....


Satu kaunter besar telah di letakkan di satu sudu untuk kita memilih dan mengambil 'Buah Durian' yang telah di buka suku oleh petugas-petugas pada hari itu........... tengok aje lar isi 'Buah Durian' tu.....semuanya elok-elok dan sungguh sedap sekali bila di makan............. nikmatnya sehingga menjilat jari.........


Kalau tak caya tengok aje kita orang.......senyum selebar-lebarnya................ puas menikmati kesedapan 'Buah Durian' pada hari itu...........mahu tak......... berbiji-biji yang kami lantak, sampai nak pecah perut di buatnye......... yang penting kami kenyang & puas......


Suasana sekitar kawasan 'Parti Durian' nie sememangnya meriah sekali, ramai yang datang tak kira bangsa mahu pun umur....................


Setahu saya 'Buah Durian' ini boleh di makan dengan pelbagai cara dan boleh di buat macam-macam kaaaannnnnn...... tapi kalau hari itu di sediakan makanan sampingan seperti , buah mangga, pulut, roti @ nasi.........tentu lebih menangkap kenikmatannya dan lebih lama lagi kami lepak kat sana................


Puas..........Kenyang...........Best.......itu lar kata-kata yang dapat saya luahkan........tapi yang pasti kalau parti macam nie mesti pergi ramai-ramai........baru lar lebih gamat dan gempak..........


Segodeng


Wednesday, 4 December 2013

Jom Makan Kat Maliqa.......


Mari ramai-ramai kita tukar selera ke 'Maliqa' yang terletak di 'Plaza Damansara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur'. Berkonsep masakan 'Mediterranean' yang cukup untuk membuka selera. Dalam masakan 'medierranean' ini banyak mengunakkan 'Safron' (sejenis herba) sebagai rencah utama.........'Safron' ini juga di percayai mengandung banyak khasiat dan sangat baik untuk kesihatan. Kalau tak percaya kena lar pergi sana dan cuba....try....test & rasa sendiri.......tentu ia tidak akan mengecewakan..........


Kedatangan kami di sambut dengan mersa oleh 'Cik Nadia' dan juga dengan 'staff-staff Maliqa' yang lain.......


Melewati ruang dalamannya yang cukup mendamaikan hati..............tenang seketika bila mata memandang keadaan sekelliling.............sangat selesa untuk beristi-rehat sambil menjamu selera............... kalau-kalau ada yang ingin buat 'Private Funtion' pun boleh kerana 'Maliqa' juga mempunyai ruang yang boleh memuatkan seramai '50 orang'.  Apa lagi plan-plan lar buat parti @ sebarang 'event corporate' di sana............ Untuk tempahan boleh lar layari laman sesawang mereka kat 'www.maliqa.my' @ di talian '03-2095 0002' dan sebarang pertanyaan boleh lar email kepada 'inquiry@maliqa.my '.........ooooppppssss......jangan lupa ya jemput saya nanti......... Selain itu 'Maliqa' juga turut menyediakan perkhidmatan catering ke rumah @ di luar ...........


Sambil menunggu hidangan yang akan di hidangkan......... kita minum dulu......'Apple juice', penghilang dahaga yang memberi  rasa masam-masam manis......tak gitu.....tapi yang tak berapa gemar minuman nie boleh lar memesan minuman lain........ tak ada hal punyer, 'small the matter'......boleh 'order' minuman yang lain kan.....


Hidangan pembuka selera saya.... ...'Hawaiian Pizza', nampak macam sama aje dengan 'Pizza-pizza' yang lain kan...... tapi 'Pizza' nie sangat berbeza sekali......nak tahu apa ka perbezaannya?????? 'Doh' asas untuk 'pizza' nie sangat lembut seperti ramuan yang berada di atasnya.....tidak lar terlalu nipis sampai terlerai bila masuk kedalam mulut dan tidak terlalu tebal  @ keras bila di kunyah......keseimbangan nie membuat saya berkata........ini lar....'Pizza' yang sebenarnya...........cukup sempurana sekali.......... 


Tak kala kenikmatan 'Pizza' belum lagi hilang, kami di hidangkan pulak dengan 'Sup Princli Yoghurt & Carbasi'..........bila tengok aje macam sup-sup yang biasa kita makan kan........tapi bila rasa aje.......mak aik.....sedap tak terkata.......sehingga tertanya-tanya apa ka ramuan yang ada dalam sup ini......untuk pengetuahan semua, ramuan asas dalam sup ini, 'yoghurt/ayam/keju & beras'. Bebezakan??????? Bagi saya rasanya sungguh berbeza sekali dari yang penah saya rasai........Rasanya sungguh unik yang tak dapat nak di ungkapkan dengan kata-kata........so kena lar cuba sendiri okey......


Belum pun sempat mengabiskan hidangan sebelumnya, kami di hidangkan plak dengan 'Paella Mista', hidangan nie ala-ala nasi goreng 'seafood' tapi berlainan sedikit dari rasa dan bentuk testurnya......ianya agak lembab tidak kering seperti nasi goreng yang biasa kita makan...........kerana ianya di goreng dengan mengunakkan 'tomato paste & cream' .......yang pasti........... ianya cukup menyelerakan........yum...yum...yum...yum...


Akhir sekali..... ini lar dia 'Signature Dish' dari 'Maliqa', 'MOUSSAKA'....... hidangan ini tersenarai dalam kategori pembuka selera.....(appetizer).......... tengok aje....... selera dah pun buka kannnnn.......kalau rasa..... dah tentu meletop........rupa aje macam 'Lasagna' tapi rasa tidak......ramuan utama masakan ini .....'terung/keju & daging'........lain tak dari 'Lasagna'?????? Bagi yang tak suka daging boleh menukarnya kepada isi yang lain seperti, 'ayam, udang, sotong @ daging-daging' yang lain........ 'Maliqa' sedia memberi yang terbaik untuk semua pelanggan ......


Sambil menjamu selera, kami juga telah di beri penerangan terperinci mengenai masakan yang telah di hidangkan buat kami tadi......'Chef Azzarin', banyak membantu menguraikan persoalan yang bermain di minda serta dengan senang hati menjawab semua soalan dari kami semua.  


Percaya  @ tidak, Restoran Maliqa ini juga menjadi pilihan 'TV3'...... 'Jalan-Jalan Cari Makan'......  so jangan tak cuba......mesti cuba pergi sana dan rasai sendiri keenakkan, kesedapan dan kelainan masakan di 'Maliqa' okey........


Di 'Maliqa' juga ada menyediakan pelbagai set makan tengah-hari yang boleh di pilih. Harga yang di tawarkan untuk set tengah hari ini amat berpatutan sekali (Dari RM 12.90 - RM 38.90) ianya merangkumi, 'minuman/makanan utama dan 'soup of the day''...... berbaloi sesangat tau........ 'so' semua yang berdekatan dengan 'Bukit Damansara'....... jangan lupa singgah di sana ya......


Akhir sekali, terima kasih buat semua, terutama sekali pada 'Restoran Maliqa' ............ kenyang gila pada hari itu........... dah lar kenyang, seronok plak tu........... so apa lagi kunjungi lar 'Restoran Maliqa', nanti ya......... waktu operasi mereka :- Isnin-Ahad 10.30am - 3.00pm & 6.00pm - 10.30pm dan pada hari Jumaat - 4.00pm - 10.30pm. Selamat menjamu selera........


Segodeng




Monday, 2 December 2013

Fright Night At Sunway Lagoon



'Night Of Fright' satu malam di mana segala yang mati.......kembali hidup semula.......... Pada 31hb october setiap tahun ada kepercayaan yang menyambut hari itu sebagai hari memperingati yang telah mati.......sambutan itu di panggil 'Halloween'..............serupa juga macam orang yang cina, mereka juga ada mengadakan upaca sembahyang kubur dan merayakan orang yang telah meninggal dunia............ so kalau nak terang lebih lanjut kenapa....sebab ape....saya pun tak tahu...... ini semua kepercayaan keturunan masing-masing kan dan kita sebagai manusia perlu lah menghormati setiap kepercayaan.......... tak gitu??????


'So' sepanjang bulan october, setiap outlet menyambutnya dengan cara tersendiri seperti menghias ruang dengan pelbagai objek yang menakutkan@mengerunkan, mengadakan parti 'costume' dan ada juga yang menawarkan pengalaman yang menakutkan bagi memperingati hari itu.........tidak ketinggalan pihak 'Sunway Lagoon' juga turut sama memberi kelainan kepada sambutan bulan 'Halloween' ini kepada pengunjungnya..............'Night Of Fright - Festival Of Fear' nama di beri............seram kan bunyinya............ Festival ini hanya untuk berlangsung selama '5' sahaja


Bertemankan anak-anak saudara ke 'Sunway Lagoon' untuk merasai dan megalami keseronokan 'Festival Of Fear' ini...........sepanjang perjalanan, anak saudara saya tak henti-henti dan bertubi-tubi soalan di ajukan..........maklum lar ini kali pertama mereka ke merasai 'Festival' sebegini rupa..............perasaan takut ada juga terselit dalam hati mereka bila saya cakap semua hantu kembali hidup........hahahahahahahahahah.........


Ketakutan pada malam itu bermula di depan pintu masuk 'Sunway Lagoon Theme Park'.............terkejut sekejap di buatnya..........mau tak terkejut......watak-watak jahat dalam filem keluar dengan mengejut dengan rupa yang mengerikan........ sorang anak saudara saya macam melarikan diri sebab ketakutan....... sampai kena pujuk dan yakinkan dia...............


Taman tema ini benar-benar bertukar wajah bagi menyambut pengunjung........keadaan sekeliling terasa seram sejuk di buatnya .........ada waktu tertentu bulu roma pun berdiri tegak......nak kata takut tapi pada hakikatnya..........ini semua olok-olok saja..........mungkin persaan saja kot.........eeeemmmmmmm


Nie dia antara watak-watak jahat yang berkeliaran di dalam taman tema pada waktu itu......... sekali tengok.....takut juga tapi kuat kan semangat & hati  gak masa tuuuu.......... mau tak...... nanti malu kat anak saudara......heheheheheheheheheheeheh.......


Banyak gak acara menarik yang di sajikan pada ketika itu....suku permainan 'Taman Tema Sunway Lagoon' di buka untuk pengunjung dengan hiasan mengikut tema ........ada pertunjukkan ahli silap mata .........melakar potret dan yang paling anak-anak saudara saya suka ........ini dia menconteng muka........ heheheheheheheheheheheh........ 


Sambil menghibur diri, kami juga mengambil peluang bergambar bersama watak-watak yang menakutkan pada malam itu.................. .maklum lar...... ini kali pertama 'joint event' serupa ini..........kolot tak?????


Sebelum pulang......kami juga bergambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan....... yang paling penting.......kami semua 'enjoy'......... siap dengan pesanan dari anak saudara saya......'Mak Chaq' kalau ada lagi tahun depan bawa kami tau..........seronok tak terkata ......itu la luahan dari anak saudara saya.......... terasa 'touching' gila masa tuuuuuuu....... huhuhuhuhuhuhuhuuhuhh...dalam hati aje tau.....


Segodeng


Sunday, 1 December 2013

Malang Yang Tidak Berbau


Lokasi ini kat 'Damai'.........boleh cari dalam 'google map'........ nie kawasan rumah member saya.........  satu hari tu, dia jemput saya datang rumah untuk makan dan lepak-lepak...... maklum lar kawan saya nie dah berkhawin so nak jumpa kat luar tu agak susah skit lar....... 'House Wife' sepenuh masa lar katakan.....  Kawasan ini okey tapi bila tiba waktu malam agak sesak skit....penuh kenderaan kiri dan kanan....maklum lar kawasan 'parking' kereta kat sini limited sesangat.


Dalam dok 'relex-relex' tu ....... tiba-tiba saya dan kawan terbau macam ada benda terbakar.....'panik' jap...mula lar gi ke dapur ...ke bilik...tengok kot.....kot... ada api yang belum tutup......risau juga kan....maklum lar kita nie manusia, pelupa tu penyakit semula jadi bagi setiap orang..........kerana tidak berpuas hati nak juga cari punca bau terbakar tu kami pun keluar dari rumah......rupa-rupanya rumah jiran kawan saya yang terbakar.......apa lagi tanpa kami semua pun gegas keluar dari bangunan tuuuuuu......


Ini dia gambar yang paling dekat boleh saya amik.....tengok aje api  tu bisa menyairkan cermin dengan sekejap aje.....kemaraan api tu tak dapat di kawal langsung.......dah tu rumah nie di tingkat agak atas juga......... pada ketika itu dalam hati saya cuma bimbang dan terdetik....harap-harap tak ada orang dalam rumah tu dan berharap pihak bomba akan datang dengan secepat mungkin........... 


Dalam keadaan cemas, riuh........ saya sibuk bertanya orang sekeliling......dah telefon bomba ka....saya rasa banyak kali gak saya tanya.....rata-rata semua kata 'YA' .....dah call dah......hanya tunggu dia orang datang aje ..... lepas tu saya tanya lagi ....ada orang tak dalam rumah tuuuuu......'Syukur Alhamdullilah......tak ada orang'......lega hati bila dapat jawapan yang macam tu.........  tapi yang bagus nya....jiran-jiran sekeliling cuba juga untuk memadam kebakaran dan menyelamatkan keadaan tetapi gagal.........di sebabkan asap yang tebal dan gagal memecah kunci rumah......... apa-apa saya tetap bangga pada yang cuba membantu ............


Lebih kurang dalam 10 minit........ 'Hero Malaysia' pun sampai..........untuk menyelamatkan keaadaan serta harta benda.....


'Jentera bomba' nie sangat canggih sekali kan.............tengok tu pasang host pun kat jentera.........mungkin keadaan kebakaran tu xpayah pakai air kat pili bomba kot............apa-apa pun mereka lebih arif dan itu lar tugas mereka...........


Dalam kurang dari 10 minit kebakaran pun dapat di kawal sepenuhnya............ cepat sungguh abang-abang bomba nie pun buat keje........


Macam tengok siaran langsung.........para wartawan dari kawasan lain pun pulang ke pejabat untuk membuat laporan sepenuhnya....... acah aje........ Bila di tanya, penyebab kebakaran adalah berpunya dari 'vacum  pembersih rumah' yang telah meletup.........tak pasti macam mana vacum tu boleh meletup. Kesian sungguh kat pemilik rumah itu, dia serta keluarga tinggal sehelai sepinggang.........Berkat semangat kejiranan, mereka semua telah membuat kutipan derma kilat/ehsan untuk mangsa kejadian.....walau tak seberapa tapi dapat lar meringgankan sedikit kesempita mereka. Kepada kawan-kawan semua, beringat lar selalu.........dan sentiasa pastikan rumah kita di dalam keadaan yang selamat sebelum melangkah keluar.........


Segodeng