Sunday 19 October 2014

Otak-Otak Yang Terlampau..................



Salam 1 Malaysia Buat Semua..............


Pengembaran 'Cik Segodeng' bersama 'Sahabat Media' kali ini ke Homestay Kulaijaya di Johor. Kami di sana bagi mempromosi Cuti-Cuti 1 Malaysia dan mempertengahkan produk makanan dingin beku di bawah IKS.( Industries Kecil & Sederhana) Kali ini produk makanan yang akan di ketengahkan berupa OTAK-OTAK




'Cik Segodeng' tak sure lar dari mana asal-usul Otak-Otak nie tapi yang pasti ramai sangat suka pada makanan nie............  Kalau pergi makan kat mana-mana pun, pasti Otak-Otak nie akan sampai dulu sebelum membuat order apa-apa pun............... heheheheheheheheh..............




Kedatangan kami 'Sahabat Media'  di sambut dengan makan & minuman yang telah terhidang di meja............ yummmyyy............ kita makan dulu sebelum meneruskan tujuan sebenar kami ke sana. 




Best tau makanan yang di sediakan buat kami semua............. bukan setakat best tapi memang sedap sehingga siap tapau bawa balik sebagai bekal dalam perjalanan........... hahahahahahaha............ baik sungguh tuan rumah nie faham dengan kerenah dan kemahuan kami.............




Sambil-sambil menjamu selera, kami semua di beri demonstration membalut 'TEMPE'.  Ramuan membuat Tempe nie banyak mengunakkan bahan semulajadi seperti kacang, ranggi dan lain-lain, Nampak macam mudah tapi bagi 'Cik Segodeng' rumit juga nak membuat TEMPE. Tu lar bukan mudah untuk mendapat @ membuat sesuatu yang sedap kaaannnnnnnnnnn. 




Otak-Otak nie selalu di jadikan sebagai makanan sampingan ala-ala macam makanan ringgan gitu...............  Sejujurnya............ 'Cik Segodeng' memang tak makan Otak-Otak nie, nak kata tak suka rasanya............ tak juga ......... entah lar 'Cik Segodeng' sendiri tak tahu kenapa..............  memang tak ada jawapan yang pasti sebab dan penyebab mengapa 'Cik Segodeng' tak makan ..................  Pada kebiasaan 'Cik Segodeng' akan selalu bertanya, 'Apa Rasa'??? Sedap Tak???Nak Lagi Tak???Pedas Tak??? dan bermacam macam TAK soalan akan 'Cik Segodeng' ajukan. 




Tapi pada hari itu 'Cik Segodeng' telah memberanikan diri serta pujukan dari eakan-rakan 'Sahabat Media'......... akhirnya, buat pertama kali 'Cik Segodeng' merasai sendiri Otak-Otak nie.................... eeeemmmmmmm.................. boleh tahan juga rasanya...............SEDAP & LAZAT.............sebab tu lar ramai yang suka makan Otak-Otak ya!!!!! Bermulanya dari saat itu, 'Cik Segodeng' pun telah jatuh cinta dengan rasa Otak-Otak nie dan hati tergerak ingin tahu bagaimana ia di process sehingga menjadi begitu SEDAP..................Jom ramai-ramai kita tengok bagaimana Otak-Otak nie di process 




Dengan zaman yang semankin pesat membangun, process membuat Otak-Otak juga turut sama di landa kemajuaan. Dahulunya mungkin mengguna kan tangan bagi mengaul semua ramuan tapi sekarang ini process menggaul telah di buat menggunakan mesin agar aduan menjadi lebih seimbang. Ramuan utamanya berupa 'Isi Ikan' dan lain-lain bahan rahsia turun terumun yang tak boleh di kongsi.................hehehehehehehe.............




Di station nie pulak, process membalut di lakukan......... kalau di lihat, nampak mudah sungguh kerja membalut nie........ apa lagi dengan semangat 'Cik Segodeng' pun ingin menunjukkan skill gak tapi tak berapa nak menjadi balutan 'Cik Segodeng'......... sememeh rupanya. Walau sememeh rupanya,'Cik Segodeng' tetap berbangga kerana berani mencuba dan menimba pengalaman baru sepanjang pengembaraan mempromosikan Cuti-Cuti 1 Malayisa.......... tak gitu???????




Berakhirnya pengembara meneroka makanan rakyat di Homestay Kulaijaya, Johor. Menarik sungguh pengalaman kali ini. Banyak kenangan manis di kutip dan tak mungkin 'Cik Segodeng' akan lupakan sampai bila-bila pun............... ooooppppsssss ........ lupa plak nak bagi info pasal pengusaha makanan di atas....... so bagi yang berminat umtuk menempah Otak-Otak, Tempe atau kuih-muih yang telah di dingin beku boleh lar cuba menghubungi : - 

HOMESTAY LICIOUS KG. SRI PAYA
C94A, LORONG LIMAU,
KG SRI PAYA, KELAPA SAWIT
81030 KULAI JAYA,
JOHOR

Tel : 012-7810002 / 012-7086713


Kalau order tu, jangan lupa hantar skit kat 'Cik Segodeng' tau............... teringin plak bila teringatkan akan kesedapnya............... hehehehehehehehe............itu aje untuk kali ini dan pengembaran seterus akan menyusul tak lama lagi............ nanti tau......... Bye dulu .........



Segodeng 














No comments:

Post a Comment