Tuesday 14 October 2014

Hello Kitty Di Malaysia ??????




Salam 1 Malaysia Buat Semua.....................


Sekarang nie tak perlu bersusah payah dan belanja besar ke Jepun semata-mata nak ke Sanrio Hello Kitty Theme Park kerana Sanria Hello Kitty sendiri telah datang ke Malaysia bagi menghiburkan peminatnya di sini. Buat pertama kalinya Sanrio Hello Kitty Theme Park ini berada di luar Jepun yang menyajikan pelbagai tarikan di dalammya.



Sanrio Hello Kitty Theme Park ini terletak di Nusajaya, Johor Bahru. To be exact ianya terletak di Puteri Harbour. Puteri Harbour merupakan sebuah 'One Stop Center' yang memuatkan berbagai 'Family Theme Park Package ' yang bisa membuat seisi keluarga berpuas hati.




Lain bebenor rasanya bila 'Cik Segodeng' berada di Puteri Harbour kerana suasana di sini sungguh berlainan sekali........... mungkin sebab mempunyai pemandangan yang mampu & bisa 'take your breath away' dah tu terdapat juga dinning place yang sangat menarik seperti Lat's Place.




Bila berada di Sanario Hello Kitty Theme Park nie dengan serta merta jiwa 'Cik Segodeng' terasa muda belia macam kanak-kanak............ seronok tak terkata........... melompat-lompat macam monyet........... hahahahahahahaha..........................baru kat pintu masuk dah jadi macam tu ........ cuba bayangkan kalau dah masuk kat dalam, boleh gila di buatnya................. eeeemmmmmmm...... ahhhh... usah membuang masa meh kita masuk ke dalam dan terokai keseronokan yang sedia menanti............. Joooommmmmm




Bila masuk aje, 'Cik Segodeng' bersama rakan-rakan 'Sahabat Media' yang lain telah di hidangkan dengan 'Live Stage Performance' oleh Hello Kitty & Friends. Sungguh menarik persembahan yang di hidangkan dan di maklumka juga yang 'Live Performance' ini adalah salah satu acttraction yang di berikan untuk semua penggunjung setiap hari............. so kawan-kawan yang ingin tengok 'Live Performance' nie jagan lupa untuk 'check' waktu yang terlebih dahulu tau.................




Selain dari 'Live Performance' terdapat juga beberapa 'Ride with Hello Kitty Feature' yang menarik untuk di naiki........ mula-mula takut juga nak naik sebab ingat 'Ride' ini hanya di sediakan buat kanak-kanak aje............ tanpa malu dan segan 'Cik Segodeng' pun tanya kat adik yang jaga permainan ini............
'Cik Segodeng ' :  Adik boleh naik tak??????? 
'Adik Jaga' : Kalau muat.......... naik aje akak........
Apa tunggu lagi....... dah dapat green light........... jom serbu.............. ..




Belum pun puas main, Rakan-Rakan Sahabat Media yang lain ajak 'Cik Segodeng'  berkunjung ke rumah 'Hello Kitty'....... dia orang siap bagi tahu, ada jamuan makan kat sana........... so bila dengan ada makan aje 'Cik Segodeng' pun gegas ke sana............. rupa-rupanya bukan ada makanan pun....... wakenabeb...........hehehehehehehehehe........ Kalau lar 'Die Hard Fan' Hello Kitty masuk kerumah Hello Kitty sure akan terkejut beruk, gila sekejap dan di serang stroke.............. mau tidak........... rumah nie lengkap dengan segala peralatan, boleh di katakan memang cukup sempurna.............purrrfect lar katakan........mengikut tema sungguh.........




Dan tarikan yang terakhir dari Sanrio Hello Kitty Theme Park merupakan, "Hi-Tech Interactive themed experience' yang membawa kita mengembara bagi menyelamatkan Hello Kitty bersama teman dari genggaman 'Black Wonder' yang telah mengurung mereka berdua di dalam istananya.  Memang mencabar sekali pengembaran ini perlu tangkas, IQ yang baik dan mata yang tajam. Pengembaran ini akan lebih seronok jika ia di lakukan lebih dari seorang seperti dalam kumpulan..............




Kumpulan 'Cik Segodeng' tidak berjaya dalam misi menyelamatkan Hello Kitty & Temannya..............huhuhuhuhuhuhuh............ sebab kami bz dok berposing sana sini............ kesian kat Hello Kitty & Temannya masih terperangkap dalam istana Jahat 'Black Wonder" 

Walau bagaimana jika ada yang berjaya mencari jalan dan membebaskan Hello Kitty & Temannya akan menerima cenderahati yang sangat unik yau...................kalau nak tau kena lar datang dan cuba sendiri ya...........




Selesai sudah pengembaraan 'Cik Segodeng bersama-sama rakan-rakan Sahabat Media di Sanrio Hello Kitty Theme Park. Banyak sungguh pengalaman manis yang kami lalui bersama. Sebelum pulang 'kami semua sempat juga singgah di kedai cenderahati......... ...perkara wajib yang perlu di buat tau, membeli sedikit buah tangan sebelum pulang..................Pada kekawan semua kalau ada kelapangan @ merangcang untuk pergi berholiday, jangan lupa untuk ke sini.......... memang best, seronok dan amat sesuai sekali untuk untuk semua usia. 

Akhir kata dari 'Cik Segodeng', jom lar Cuti-cuti 1 Malaysia kerana negara kita sendiri tersimpan pelbagai khazanah dan tempat-tempat yang sangat.........sangat...........sangat menarik dan unik............Okey semua,  sampai setakat ini aje moga sampai ketemu lagi........... chow dulu..........



Untuk Maklumat Lanjut, sila layari www.playtime.com.my



Segodeng 










No comments:

Post a Comment