Wednesday, 28 May 2014

Ephyra Treasure Hunt....ROCK!!!


Salam 1 Malaysia Buat Semua............

Pada minggu lalu, 24/05/2014, 'Cik Segodeng' telah turut serta dalam satu cabaran 'Ephyra, Mencari Harta Karun'. Acara itu telah di bawakan khas oleh 'Ephyra' dengan kerjasama 'Denaihati Network'.  Perasaan teruja, bimbang dan macam-macam rasa terus menerpa diri 'Cik Segodeng' sehingga semalaman tak lelap mata di buatnya.



Cabaran ini telah menghimpunkan 27 blogger yang hebat, ternama dan berpengalaman (tolak Cik Segodeng). Puspanita, Persint 10 Putrajaya telah menjadi 'Meet point' dan berkumpul bagi semua pencari harta karun pada hari itu. Bila sampai saja di sana bertambah lagi debaran di hati sebab ini lar kali pertama 'Cik Segodeng' turut serta mencari harta karun menggunakan kenderaan....... selalunya cari harta setempat aje (dalam satu kawasan yang luas)............ 




Tanpa melengahkan masa, 'Team Denaihati' telah menagih sarapan pagi buat kami semua. Riang tak terkata sebab masing-masing belum sempat bersarapan pagi. Selain sarapan, T'shirt serta borang pendaftaran juga di edarkan kepada kami semua. Selepas pendaftaran, kami telah di pecahkan kepada 7 kumpulan. Pemilihan kumpulan telah di buat dan di tetapkan oleh pihak pengurusan 'Denaihati'. 'Cik Segodeng' memang suka sangat dengan cara pemilihan kumpulan di buat... tau tak kenapa????  Banyak sebabnya........

(1) Ia menjadi detik permulaan perkenalan bagi yang tak berapa kenal antara satu sama lain
(2) Rentak permainan akan menjadi lebih mencabar kerana masing-masing tidak tahu kekuatan yang ada
(3) Peluang untuk menang akan lebih terbuka kepada semua kumpulan yang bertanding 
(4) Mengeratkan lagi tali silaturahim 




Penerangan, taklimat dan ucapan alu-aluan telah di berikan oleh 'Denaihati Network' & Pn Amiza dari 'Ephyra'. Setiap kumpulan telah di beri nama ramuan utama dalam produk 'Ephyra' oleh Pn Amiza. Dalam apa cabaran langkah keselamat perlu di ingat selalu...... itu lar kata-kata peringatan yang kerap di laungkan kepada kami semua sebelum memulakan 'Pencarian Harta Karun'



Nah.... nie dia team 'Cik Sgodeng' yang terdiri dari : -

(1) Cik Segodeng - (http://www.segodeng.blogspot.com)
(2) Ainaa - (http://www.ladyainaa.com)
(3) Daud, Team Leader - (http://cheramiche.blogspot.com
(4) Annuar - (http://penaberkala.blogspot.com)

Team kita orang di beri nama 'Acai Berry'...... so dengan kata semangat 'Acai Berry Hebat' kami ingin 'MENANG' .......... hahahahahahahahahahahaha




Now, let's the game begin...........Cabaran pertama yang kami perlu buat ialah upload load insta video mengenai minuman khiasat 'Ephyra' secara se-creative dan harus di kongsi bersama di laman sosial....... 'O.M.G'....... malunya rasa...... tak pernah-pernah buat benda macam tu...... selalunya cuma bergambar aje....... tapi demi misi pasukan 'Cik Segodeng' teruskan jua. Selepas itu. "Pit Stop' pertama kami di 'Taman Botani Putrajaya. Di sana kami perlu mencari no siri, nama saintifik dan nama tempatan tumbuhan yang berada di dalam taman itu dan kami juga perlu menjawap beberapa soalan yang telah di berikan. Sambil-sambil mencari jawapan kami juga telah di arahkan untuk mengambil gambar di instagram sepanjang 'Ephyra Treasure Hunt' bagi mendapat markah lebih.


Credit Photo : Team Mate

Setelah selesai, perjalanan kami seterusnya ialah ke KLIA2 tapi sebelum sampai kami perlu menyempurnakan satu task di mana kami perlu berselfie di depan 'Bilboard Ephyra' yang berada tepi jalan sebelum exit ke bangi. Memang kerja gila berselfie di tepi highway nie......... tak pernah di buat orang...... itu lar uniknya 'Ephyra Treasure Hunt', lain dari yang lain. Terbaek...........


Credit Photo : Team Mate

Sampai aje di KLIA2, rasa diri nie dah macam monyet......... terkinja-kinja...... mau tak, ini lar kali pertama 'Cik Segodeng' jejak kaki kat KLIA2.......... rasa bangga dengan kemajuan negara sendiri. Ikut hati nak ukur seluruh KLIA2 tapi naiwatu kena tolak tepi dulu sebab ada misi yang perlu di selesaikan.........So kat sini 'misi' yang di berikan sungguh mencabar diri untuk menjadi lebih terbuka dan berani. 


Credit Photo : Team Mate

Antara cabaran-cabaran yang perlu kami selesaikan, seperti berselfie di depan signboard KLIA2, berselfie dengan pelancong asing, memberi peneranggan dan membuat insta video tentang produk 'Ephyra' kepada pengunjung di KLIA2 dan membuat insta video 'Team Cheer' bersama pengunjung. Dalam menyelesai kan semua tugas yang itu, kami juga perlu menjawab beberapa soalan puzzle, teka-teki dan soalan yang menguji minda.  Lagi banyak task yang dapat di selesaikan, peluang untuk menang pasti ada........ hehehehehehehehehehe.......... 


 
Credit Photo : Denaihati 

Di KLIA2, masa cabaran tamat pada pukul 2.30pm. Sebelum kami terjah ke booth 'Ephyra' di 'JOM HEBOH' di Putrajaya untuk cabaran terakhir, jom ramai-ramai berselfie dulu untuk kenang-kenangan.  


Credit Photo : Team Mate

Pejalanan menuju ke destenasi terakhir kami, benar-benar meletihkan.......... sakit, krem kaki di buatnya...... mau tak, jalan dah jem, banyak jalan di tutup kerana memberi laluan kepada event-event yang berlangsung di kawasan berdekatan dan sewaktu dengan 'JOM HEBOH'. aaaahhhhhh..... aaarrrrrggggg......... berhenti jap tarik nafas dan apa lagi........... berposing dulu..... yuk kita.............



Akhirnya, sampai juga di 'check Point' terakhir iaitu booth 'Ephyra'. Yabedabedu.........rasa macam nak buang kasut dan golek-golek tapi misi belum lagi selesai!!!!!! Sementara menunggu team lain tiba jom kita lepak santai untuk hilangkan penat dan dahaga........




Task terakhir kami adalah bermain blind score dan membuat 'Team Cheer' di hadapan duta 'Ephyra' iaitu Norman Hakim & Memey Suhaiza..........syukur alhamdullilah.... team 'Cik Segodeng' berjaya dalam perlawanan blind score.......... ...




Setelah pengiraan di buat...........  Team 'Cik Segodeng', Acai Berry telah mendapat tempat kedua . Rasa penat dan sakit kaki terus hilang sekelip nata. Credit kemenangan ini, hasil usaha kerjasama antara ahli pasukan tapi apa pun Cik Segodeng tabik spring kat team mate Acai Berry, dia orang memang sangat-sangat awesome




Apa-apa pun bagi 'Cik Segodeng' semua adalah pemenang yang sebenar. Kerana mereka berani menyahut cabaran yang telah di berikan . CONGRATS to all yang turut serta dalam acara 'Ephyra Treasure Hunt'





Tak lupa jutaan teima kasih buat Team Denaihati & Ephyra kerana berjaya menganjurkan acara ini dan membuat ianya lain dari yang lain. Superb................... 



Dari mula hingga akhir, bekali-kali Cik Segodeng sebut 'Ephyra tentu  ramai yang tertanya-tanya apa ke benda Ephyra nie. So meh 'Cik Segodeng' intro skit ya!!!! Ephyra adalah produk kecantikan dan penjagaan kesihatan yang di edarkan oleh 'Ocean Life Marketing Sdn Bhd'. Produk ini sangat berkhasiat sekali dalam memberi tenaga dan merawat segala masalah kulit. Produk  Ephyra ini amat terjamin kebersihannya dan telah mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Untuk para muslimin dan muslimat, anda tidak perlu bimbang.... produk ini di jamin 'HALAL'. So kalau nak CANTIK * SIHAT * BERTENAGA jangan lupa untuk mencuba 'Ephyra tau.

Ini antara faedah & kelehihan 'Ephyra

Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
Mengurangkan kadar kolesterol
Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
Melegakan kesakitan sendi dan arthritis

Untuk maklumat terperinci & lanjut, boleh lar terjah :-

Website:
http://www.oceanlife2u.com

Fanpage:
https://www.facebook.com/oceanlife2u

Address:
Ocean Marketing Sdn Bhd,
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur

Contact Number:
1) 03 41417889
2) 019 3999238

Email:
oceanlife2u@gmail.com




Segodeng 




























No comments:

Post a Comment