Friday 2 May 2014

Brick Mansions Bersama Media Hiburan


Salam Buat Semua..............

Sekali lagi special screening bersama Media Hiburan dengan artis tempatan. Activity yang tak mungkin 'Cik Segodeng' elak @ tolak................. suka sangat dapat tengok movie terkini dan menjadi orang yang pertama tengok dulu sebelum tayangan serentak di seluruh Malaysia. Perasan akan menjadi lebih teruja nak menonton jika filem itu adalah filem yang di nanti-nantikan oleh orang ramai dan pelakonnya plak hot-hot / meletup / terbaek.................So untuk kali ini, 'Cik Segodeng' akan menonton filem 'Brick Mansions' lakonan mendiang 'Paul Walker'.

'Brick Mansions', adalah filem terakhir dari mendiang 'Paul Walker' yang meninggal dunia pada tahun lepas (30/11/2013) akibat kemalangan jalan raya. Beliau mula menjadi terkenal dan mengecap kejayaan dari lakonannya dalam filem 'The Fast & The Furious'. 

 

Nie dia....... antara artis yang hadir menonton bersama kami semua. Kehadiran mereka memeriahkan lagi suasana pada malam itu. Berbagai kerenah yang spontan dari mereka ketika sesi soal-jawab kuiz sebelum filem bermula. Ruih-rendah pawagam di penuhi dengan gelak ketawa dari kami semua dek kerana amat terhibur dengan gurau senda dari mereka semua yang hadir.

'Brick Mansions' merupa satu penempatan setempat di 'Detroit' yang telah di biarkan tanpa perhatian langsung. Jadi kawasan itu telah menjadi kawasan jenayah yang paling tinggi yang tak dapat di bedung lagi. Dengan itu Datuk Bandar telah membina satu tembok besar memisahkan kawasan itu bagi menyelamatkan baki bandar sekelilingnya. Jadi bagi membersihkan kawasan itu Datuk Bandar telah menghantar seorang polis 'Undercover' (Damein Collier - (Paul Walker)) untuk menyelamatkan keadaan sekali gus membenteras semua jenayah di situ. Tapi bagi tujuan utama, Damien (Paul Walker) adalah untuk menuntut bela di atas kematian bapanya.


Semasa berada di kawasan 'Brick Mansions', Damein (Paul Walker) terpaksa bergabung dengan seorang bekas banduan (Lino - (David Belle)) bagi membersihkan kawasan itu. Gabungan mereka berdua, benar-benar mempamerkan pelbagai aksi yang hebat, menarik dan ada kala mengelikan hati ............ di akhir pergelutan segala kebenaran yang sebenar pun terbongkar dengan itu 'Kawasan Brick Mansions kembali aman........ mengapa???? kenapa??? kena saksikan sendiri tau......... tak rugi..........

Mendiang Paul Walker adalah seorang bintang yang sedang meningkat naik............. sayangnya ia telah pergi buat selama-lamanya............... Untuk pengetuahan semua, mendiang Paul Walker sedang dalam pembikinan filem 'Fast & Furious 7' yang rancangan tayangan pada tahun depan tapi akibat dari kematian beliau, pihak produksi masih belum membuat keputusan apa yang akan di lakukan dengan filem tersebut............ sejenak 'Cik Segodeng' terfikir, ajal berada di mana-mana dan ia menjemput tak kira sesiap pun........ hanya menunggu masa sahaja............... akhir sekali R.IP........ Paul Walker...........


Segodeng






No comments:

Post a Comment