Salam 1 Malaysia Buat Semua.................
Hari ini 'Cik Segodeng' nak tulis cita yang dah basi agaknya...........mau tak basi, benda nie dah dekat sebulan berlalu. Bukan malas tapi sebenarnya gambar nie semua ada dalam memory card yang lain. Bila dok clear dan transfer semua gambar, baru 'Cik Segodeng' perasaan........ itu lar al-kisahnya.........
Pada setiap tahun, Guardian Makeover sentiasa menarik pengunjung untuk mencantikkan diri. Di Samping itu terdapat tawaran yang sangat hebat untuk barangan penjagaan kecantikan & kosmetik. Acara ini berlangsung selama 2 hari di pusat membeli-belah One Utama. Pelbagai acara, tawaran hebat, game dan bermacam lagi di telah di sediakan buat semua yang datang.
Banyak sungguh booth-booth yang menjual produk kecantikkan............... sampai gelap mata nak memilih..............tapi tujuan utama 'Cik Segodeng' gi sana adalah nak sangat buat makeover........... maklum lar, kurang cantik........ so nak cantikkan lagi dan mungkin dapat pelajari teknik yang baru dari make-up professional.
Nie dia, MC hammer pada hari itu.................. kehadira dan telatah mereka benar-benar memeriah dan mengamatkan suasana.
Dek kerana nak sangat buat makeover, terpaksa lar beratur panjang dan lama. Harga untuk buat makeover nie cuma RM 10.00 termasuk 'Goodie Bag'. So dengan harga macam tu, dah tentu ramainya tergoda dan tak lepaskan peluang. Mau atau tidak kena tunggu dan sabar........... sambil tunggu apa kata kita main 'Candy Crush' dulu.
Makeover hari itu merangkumi, dandanan rambut dan make-up. Juru dandan & solek pada hari itu sememangnya handal tahap gaban. Kerja mereka perlu pantas, tangkas dan sempurna. Paling yang mengembirakan mereka, apabila setiap pelanggan berpuas hati dengan hasil yang telah di lakukan oleh mereka.
Nie dia hasilnya untuk 'Cik Segodeng'......... ada perubahan tak?????? 'Cik Segodeng' nampak sama aje....... perbezaan hanya pada gambar aje......... satu gelap dan satu lagi cerah.......... hehehehehehehehe. Ala, nak komen lebih-lebih pun.... bukannya bayar mahal pun...... sepuluh hinggit aje kan...... so xkisah sangat lar....... janji 'Cik Segodeng' enjoy sangat pada hari itu.
Kalau nak cantik, kita hendak lar menjaga dari dalam dulu..... tak guna kalau hanya cantik di luar aje kaaaannnnnnnnnn..............nie statement untuk diri sendiri.... supaya selalu beringat.
Segodeng
No comments:
Post a Comment