Tuesday 3 June 2014

Kemuncak Pencarian Bakat Remaja Media Hiburan Edisi YouTube


Salam 1 Malaysia Buat Semua


Baru-baru ini telah berlangsung acara kemuncak 'Pencarian Bakat Remaja Media Hiburan Edisi YouTube musim Kedua'. Acara ini telah berlangsung di 'Pusat Kraftangan Malaysia' jalan Conlay, Kuala Lumpur. Acara ini open, semua boleh datang tanpa di kenakan bayaran. Dalam open-open pun ada juga dapat special tiket untuk 'Post Party'. Tak pasti dari mana special tiket tu muncul............. mungkin ada contest kot sebelum ini................


Credit Photo MH


Tujuan utama 'Cik Segodeng' kesana adalah untuk memberi sokong kepada 'Media Hiburan, Peserta Finali' dan ingin sangat tengok persembahan Altimate & 'Dayang Nurfaizah'. 




Senarai finali yang bertanding pada malam itu.

1. Mariah Kamariah (Maya)
2. Farah Ahmad
3. Safwan Raulan 
4. Aina Husin
5. Enny Diyana
6. Aman Zicki
7. Kirana Kay
8. Kumpulan VOD


Credit Photo MH & CS


Bagi memanaskan lagi acara malam itu, Syed Hamzah, Pemenang Musim yang pertama telah menghiburkan kami semua......... not bad, sedap juga suara mamat nie............ persembahan yang di berikan sungguh mantop sekali........ terpegun jap 'Cik Segodeng' di buatnya seketika.


Credit Photo CS


Selaku pengacara pada malam itu 'Hunny Hatim' (Deejay Fly FM) juga turut menyumbangkan track terbaru beliau. Pada pandangan 'Cik Segodeng', Hunny Hatim' ini seorang yang serba boleh dan sentiasa mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.


Credit Photo CS

Persembahan yang di nanti telah pun tiba....... Altimate benar-benar mengamatkan suasana dewan Ramai yang hadir turut sama bernyanyi bersama-sama........ 'Kalau Aku Kaya....... Hari,Hari, Hari Raya'........ terbaek......... memang meraih sungguh ketika itu...... rasa macam ada kat konsert lar plak..... sporting abis.

Credit Photo CS

Tirai cabaran pun di buka........ Mariah Kamariah (Maya) menjadi peserta pertama membuat persembahan pada malam itu. Membawa lagu 'Irama Asli', 'Songkok Mereng' dengan begitu indah sekali malah mendapat sambutan dan tepukan yang hangat dari penyokong beliau. 


Credit Photo CS


Peserta kedua, Farah Ahmad pun tidak kurang hebatnya.......... memberi persembahannya yang tersendiri. 'Melawan Arus Cintamu' menjadi taruhan beliau tapi baru suku dia menyanyi........ tiba-tiba.......... musik mengalami masalah teknikal...... kesian sungguh........ walau bagaimana dengan keyakinan dan sokongan dari penonton, dia terus menyanyi secara acapella. Tak cukup dengan musik mengalami masalah dia telah di beri kejutan oleh Caroline Mentor di atas pentas menyanyi bersama beliau. 


Credit Photo CS


Setelah berbagai kejutan, suasana di redakan dengan persembahan dari peserta ke 3, Safwan Raulan. Mak datok..... sowi berbanyak, lupa plak adik nie bawa lagu apa.......... tapi persembahannya tidak kurang hebat juga.... amat bertenaga dan penuh dengan penghayatan.


Credit Photo CS

'Mengapa'....... 'Mengapa'..... .. 'Mengapa', lagu yang di popularkan oleh 'Nicky Astria' menjadi taruhan peserta ke 4, Aina Husin. Sejujurnya lagu ini perlu mempunyai nafas yang panjang, suara yang power dan pitching yang tinggi kan.........so sesiapa yang berjaya menyanyikan lagu nie sudah tentu suaranya power giler.  So bila tengok gaya Aina Husin menyanyi lagu nie, Cik Segodeng tabik spring..... memang power giler suara adik sorang nie............... memukau semua penonton yang berada di situ........... naik meremang bulu roma..........hehehehehehehehehehehehehe.............


Credit Photo CS


Setelah tamat persembahan yang meremangkan bulu roma tadi, kjni tiba plak giliran 'Enny Diyana' membuat persembahan. Menyampaikan lagu berjudul 'I Will Always Love You', memberi cabaran yang hebat buat semua peserta finali kali ini. Lagu ini di tujukan khas buat  Ibubapa yang tidak jemu-jemu memberi sokongan.......... tak gitu......... katanya


Credit Photo CS


Cabaran di teruskan lagi dengan persembahan dari peserta yang ke 6, Aman Zicki. Sebelum persembahannya bermula ada gimik video khas buat beliau. Punya ler concentrate tengok video tu dan cuba meneka artis mana kah yang bercakap dan memberi semangat pada Aman Zicki. Berlatar suara seorang wanita yang bertudung litup......... kami semua tertanya-tanya....... tapi di akhir video itu, ia benar-benar mengejukkan kami semua, rupanya seorang lelaki......... mungkin sedara or teman baik Aman Zicki.  Naik pecah perut kami di buatnya........ terhibur......... 'Sampai Syurga' menjadi taruhan beliau.......... Not bad......... terasa macam 'Faizal Tahir' yang dok menyanyi.............hehehehehehehehe


Credit Photo CS


'Dont Let The Sun Go Down On Me' nyanyian Elton John......... siap tahu????? rasanya tak ramai genarasi zaman sekarang ini yang tahu lagu nie kaaaaaaannnnnn............. lagu lama tapi popular sangat sampai ia telah  di nyanyikan semula oleh beberapa artis lagi tau. Masa 'Kirana Kay' menyanyi lagi nie, ramai yang agak blur...blur...blur....gitu ........ lagu apa kah ini......sapa punya lagu....... apa pun, 'Kirana Kay' membawa lagu ini dengan baik sekali, penuh dengan iramanya yang mendayu-dayu ..................


Credit Photo CS


Persembahan terakhir dari Kumpun VOD, mereka ini amat meminati Dato'Siti sehingga lagu pertaruhan mereka pada malam itu juga lagu Dato'Siti, 'Di Sekeliling Mu Ada Dinding'. VOD memberi sentuhan yang berbexza dan membuat kelainan kepada lagu agar ia sesuai dan boleh terima semua penonton tapi kesian juga kat Kumpulam VOD nie, sepatutnya berdua tapi atas sebab yang tak dapat di elakkan terpaksa lar membuat persembahan seorang diri tapi di temani penari latar......... apa-apa pun tahniah buat semua peserta akhir kerana telah memberi yang terbaik. 

Selesai sudah persembah 8 finali 'Pencarian Bakat Remaja Media Hiburan Edisi YouTube, mereka semua akan di beri markah dan di adili oleh 

Juri Professional' yang terdiri dari : -

1) Baiduri
2) LY
3) Imran Ajmain
4) Mike Adam
5) Adi-6ixth Sence
6) Ajai
7) En Mohd Azli (Media Prima)
8) En Min (MH)

 Credit Photo CS

Sementara menunggu 'Juri Professional' membuat undian dan keputusan Mari kita berhibur dulu bersama  Dayang Nufaizah,........... tak sangka ramai giler peminat dia nie........ ruih seluruh dewan di buatnya........... bunyi dah macam orang kena histeria.......... hahahahahahahahaha.......


Credit Photo MH

Jeng...........Jeng.........Jeng.........Jeng...... Jeng.......... masa yang telah di nanti telah pun tiba........ dengan segala rasa teruja, Cik Segodeng mengumumkan pemenangnya ialah...........

Tempat Pertama : Kirana Kay
Tempat Kedua : Mariah Kamariah (Maya)
Tempat Ketiga : Aima Husin
Anugerah Pilihan Online : Kumpulan VOD
Anugerah Pilihan SMS : Mariah Kamariah (Maya)

Selesai sudah debaran penantian........... kepada yang berjaya Tahniah Cik Segodeng ucapkan bagi yang kurang bernasib baik........ jangan berputus asa, cuba lagi ya............. So setakat ini aje untuk kali ini.......... 

Jumpa Lagi...............



Segodeng 














No comments:

Post a Comment