Friday 9 May 2014

Showcase - Fatin Shidqia Lubis


Salam 1 Malaysia Buat Semua..........

Fatin Shidqia Lubis atau lebih mersa dengan panggilan Fatin, bintang kelahiran Jakarta, Indonesia mula menempa nama dalam bidang nyanyian setelah memenangi X-Factor Indonesia musim pertama pada Mei 2013. Bukan sahaja mempunyai bakat nyanyian malah turut menonjol dalam bidang lakonan juga. 


Popularitinya berkembang bagai cendawan yang tumbuh segar. 'Aku Memilih Setia' dan 'Dia,Dia,Dia' single pertama dari album 'For You' mendapat sambutan yang sungguh luarbiasa sejurus di lancarkan. Lagu ini sering di mainkan di stesen radio dan TV di Indonesia, malah bejaya menduduki tempat pertama di carta iTunes Indonesia.


Lagu 'Aku Memilih Setia' benar-benar telah menjulang namanya. Macam mana dengan suaranya???? ramai yang mengatakan suara 'Fatin' nie iras-iras 'Shila Hamzah'!!! Apa pendapat anda semua???? Walau bagaimana pun, bagi 'Cik Segodeng' setiap bintang punyai sinarannya yang tersendiri kannnnnn.........


Bagi memperkenal dan mempromosi 'Fatin Shidqia', pihak 'Sony Music Entertainment Malayia' telah mengadakan Showcase & Sidang Media di 'alof, Kuala Lumpur' buat semua rakan media dan perminat setia 'Fatin'.


Seperti sambutan yang luarbiasa terhadap album 'Fatin' begitu juga dengan Showcase pada hari itu............ kami semua si suruh lepak santai aje sambil menunggu persembahannya nanti........... masa lepak santai tuuu cuma satu aje yang kurang........... 'BANTAL BESAR'............ kalau ada, sudah tentu semua yang hadir akan rasa lebih selesa. 


"Abang Bob' telah mengacara majlis pada hari itu dengan jayanya...............


'Sezairi Sezali' membuat persembahan bagi membuka 'Showcase Fatin Shidqia' pada hari itu.  Sedap sungguh suara anak kelahiran 'Kota Singa' nie............. alunan muziknya sungguh puitis dan menikam kalbu.  eeemmmmmmmmm...........


Yang di nanti-nanti telah pun tiba!!!! Persembahan yang mantap dan bertenaga dari 'Fatin' benar-benar menghiburkan peminatnya di Malaysia. Fatin menyampaikan beberapa buah lagu yang telah menaikan namanya dan sebuah lagu yang di popularkan oleh 'Shila Hamzah', 'Patah Seribu'...... bunyi suara macam sama......... tapi tak sama.........


Sejujurnya 'Cik Segodeng' rasa amat terkilan di hari 'Showcase Fatin'............ 'Cik Segodeng' tidak di benarkan untuk bergambar berdua bersamanya............... hanya boleh bergambar ramai-ramai dengan semua 'Fan Fatin (FATINISTIC)' dan ianya harus d lakukan dengan pantas dan segera. Rasanya ini lar kali pertama showcase yang melarang untuk bergambar bersama dengan penghibur yang tengah hangat tanpa ada alasan yang kukuh..........kecewa.....kecewa....kecewa dengan 'PA' yang menguruskan 'Fatin Shidqia' pada hari itu. Terasa kesian juga kat 'Fan Fatin (FATINISTIC)' yang mengharap sangat. Jelas sungguh kekecewa yang terpancar di muka mereka semua. 


Tapi nasib baik 'aloft, Kuala Lumpur dapat merawat sedikit luka di hati 'Cik Segodeng'.............. hidangan ringgan yang di sediakan oleh 'aloft' sangat membuka mata dan selera......... Alhamdullilah........ 

Pengalaman ini akan sentiasa segar dalam ingatan 'Cik Srgodeng' buat selama-lamanya.  



Segodeng








No comments:

Post a Comment