Salam Buat Semua..........
Siapkah itu 'Sezairi Sezali'?????? Beliau tampil dengan suaranya dan gaya seakan-akan idolanya, "Bruno Mars'. Seorang penyanyi serta penulis lirik yang serba boleh. Mempunyai jiwa yang sangat puitis sekali dalam menghasilkan alunan lagu-lagu yang menarik. Berasal dari Singapura dan sedang bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia. 'Cik Segodeng' berpeluang bertemu dengan 'Sezairi' semasa di persidang media 'FatinShidqia Lubis'.
Mungkin masih ramai yang tidak berapa mengenali beliau lagi............tak apa lar, meh 'Cik Segodeng cerita serba-sedikit pejalanan 'Sezairi Sezali' sebagai anak seni...........'Sezairi' mewarisi bakat dari bapanya seorang pemuzik dan telah berjinak dengan muzik se-awal usia 5 tahun dan lagu kegilaannya sehingga kini adalah 'Isabella'...... sama lar plak dengan 'LAGU MUST' karaoke 'Cik Segodeng'.........hehehehehehehe
Bagai cinta pandang pertama, bermula lar minatnya yang mendalam mempelajari muzik. Pada usia 14 tahun, 'Sezairi' telah mencuba nasib dalam muzik dengan menubuhkan sebuah kumpulan band yang di namakan 'JUXTAPOSE'. Dari situ beliau telah mengasah bakatnya menghasilkan lagu serta lirik ciptaannya sendiri
Berbekalkan keyakinan dan kebolehannya itu 'Sezairi' berjaya mengharungi cabaran 'Singapore Idol' dan bergelar juara pada tahun 2009. Dari situ karier Sezairi terus berkembang dan berjaya menghasilkan album sulong 'Take Two' pada Jun 2010. Macam mana???? dah boleh agak siapa ka 'Sezairi Sezali'?????....... apa tak kenak juga!!!!!............ Okey lar klu terakhir....... ' Sayang' adalah single terbaru darinya yang sekarang nie sering di mainkan di corong-corong radio singapura, Indonesia dan Malaysia juga tau...........
Kalau tak kenal juga......... tak apa lar.......tapi hayati lagu 'Sayang' dengan lirik yang penuh makna sekali. Untuk lebih kenal siapa 'Sezairi Sezali' kawan-kawan semua boleh lar ikuti perkembangan beliau kat FB, Twitter, Instagram dan Tumbir dengan hanya menaip 'Sezairi' sahaja.
Setakat ini aje laporan untuk hari ini, so Cik Segodeng sign off dulu ya....... Jumpa lagi
Segodeng
No comments:
Post a Comment