Sunday 23 March 2014

Zombie Menyerang Lagi.......!!!!!!!


Salam 1 Malaysia Buat Semua...........

Kali ini 'TGV Cinemas' telah memberi peluang untuk 'Cik Segodeng' dan rakan-rakan untuk menonton filem terbaru arahan En Mamat Khalid, 'Zombi Kilang Biskut'. Filem ini memang di nanti-nantikan oleh 'Cik Segodeng'.......... sampai bagi tahu kat semua rakan-rakan kalau-kalau ada peluang menonton free, jangan lupa roger kat 'Cik Segodeng'......... kalau rezeki tak kemana kannnnnnn.... Dapat juga 'Cik Segodeng' tengok filem ini....... yaaaaaahhhhhoooooo..........

Yang paling best sekali, kami semua telah berpelunag menonton di dewan tayangan yang di namakan 'Beanie"....... dewan tayangan ini di lengkapi dengan tempat duduk yang berciri 'Funky Beanbag'. Yang amat memetingkan keselesaan pengunjung agar semua berasa sepeti berada si rumah sendiri bila menonton......... Ini lar pertama kali 'Cik Segodeng' masuk ke dewan tayangan seumpama itu........... sesungguhnya memukau......... teruja......... lain dari yang lain......... nampak sangat 'Cik Segodeng' ini memang dah ketinggalan zaman...............hehehehehehehehehehe...... betul Tak??????


Cuba lar tengok........ besar dan selesa............ boleh duduk serta berbaring dengan pelbagai style............ dah tu satu ruangan nie rasanya macam boleh muat 2 dewasa dan 2 kanak-kanak............. harga untuk satu tempat duduk ini lebih kurang RM 46.00................ boleh tahan gak harganya kannnn......... tapi kalau ingin keselesaan, tak kisah kan sesekali berbelanja lebih eeeeemmmmmm...........bagi yang tak pernah menonton dalam dewan tayangan ini, kena lar cuba rasai sendiri.................. memang boleh di ulit mimpi..........

Mengimbau kejayaan 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', Sutradara Mamat Khalid kembali lagi dengan filem terbaru dari beliau......' Zombie Kilang Biskut'...... ....Untuk kesekian kalinya 'Zombie' telah kembali menyerang 'Kampung Pisang' sekali lagi......... hehehehehehehehehehe .......... Abg Mamat Khalid masih lagi mengekalkan pelakon utama siri filem 'Zombie' ini dan di suntik dengan pelakon-pelakon hebat yang lain.  


Filem ini membawa sambungan kisah yang terdahulu, 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Kali ini Usin telah kembali ke kampung halamannya iaitu 'Kampung Pisang' setelah di tipu dengan skim cepat kaya di Singapore. Nasibnya sangat baik kerana telah mendapat tawaran berkerja di kilang biskut sebagai technician. Semasa berada di dalam kilang biskut itu berbagai pekara yang aneh telah belaku.......... ..jeng....jeng...jeng..... rupa-rupa seorang saintis telah mencipta satu fomula memanjangkan usia yang telah di campur ke dalam biskut ........ tetapi fomula itu tidak berjaya maka semua orang yang telah memakan biskut itu pun bertukar menjadi 'Zombie'........... so pelbagai rintangan yang di lalui oleh 'Usin & The Gang'..........terdapat aksi-aksi lucu banyak di selitkan........ tak kering gusi di buatnya.............. 


 'Cik Segodeng' terasa amat kecewa skit dengan Filem 'Zombie Kilang Biskut' nie......... kurang menyegat.......... namun 'Cik Segodeng' tetap menyokong industri filem tempatan.......... siapa lagi yang akan memajukannya, kalau bukan kita...........  mungkin 'Cik Segodeng' seorang aje yang rasa filem ini kurang menyegat..........pendapatan orang lain mungkin berbeza dari 'Cik Segodeng'.......... so untuk ,dapatkan kepastian, jangan lupa tonton filem ini yang tengah hangat menghantui semua pawagam.........  Yang paling penting sekali dan sebulat suara .......kami semua amat berpuas hati dengan dewan 'Beanie'............. MEMANG TERBAEK...............kalau tak caya, tengok aje muka rakan-rakan setia 'Cik Segodeng' ini...........CERIA yang amat.......... 

Itu aje untuk kali ini............. terima kasih buat semua yang terlibat.............sampai ketemu lagi......


Segodeng





No comments:

Post a Comment