Monday, 17 March 2014

Barilla Italian Cuisine Workshop


Salam 1 Malaysia Buat Semua...............

Sekali-sekala belajar masakan Italian ini memang menyeronokkan. Penyedian masakan Italian ini amat mudah kalau kena dengan tekniknya........... So peluang untuk ke Italian Cuisine workshop tak Cik Segodeng lepaskan............. sangat menarikkan.........maklum lar Cik Segodeng nie boleh di katakan  bukannya pandai sangat memasak masakan Italian nie............... 


Italian Cuisine Workshop ini telah mengambil tempat di 'House Of Cooking' dekat Mount Kiara. Banyak kali juga Cik Segodeng telah berkunjung ke 'House Of Cooking' untuk memperlajari pelbagai jenis masakan. Dapur 'House Of Cooking' banyak menganjur dan memberi tunjuk ajar kepada semua yang tidak jemu untuk lebih mahir dalam teknik memasak berbagai jenis masakan dan manisan dari seluruh dunia................... 


Secara ikhlas..... Cik Segodeng ini memang tak berapa gemar masakan Italian.......... dan tak tahu kenapa......... mungkin tak berapa pandai makan dan dah tentu ianya bukan citarasa idaman Cik Segodeng kot.......... Bagi Cik Segodeng menyediakan Masakan Italian ini agak mahal tapi sangat seimbang, penuh dengan pelbagai jenis zat.......... Berbalik kepada produk pulak,........ ini lar kali pertama Cik Segodeng dengan tentang produk Barilla.............. Produk Barilla ini membawa rasa sebenar Italy ........ percaya tak????????? Untuk kepastian kena lar mengcuba tau........... 


Tak sangka, ramai juga yang hadir............ sambil mendengar ucapan ringkas selamat datang, kami semua di beri serba sedikit taklimat mengenai program yang akan kami lalui. Sambil mendengar taklimat, sarapan pagi juga turut di sediakan oleh pihak penganjur. Sedap oooooooooo sarapan yang di sediakan.......... kenyang...........  siap taw pau.... punyer lar tak tahu malu sungguh Cik Segodeng kannnnnnnn...........


Ini dia Chef yang memberi tunjuk ajar pada kami pada hari itu ............ Chef Lino Sauro, muka dia nampak sungguh serious bila menerang dan membuat demo....... tapi pada hakikat Chef Lino ini sangat mersa dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman, teknik serta rahsia dalam masakan Italian ini.......... Banyak sungguh perkara baru yang Cik Segodeng pelajari pada hari itu............. Chef Lino juga telah membuat demo untuk tiga resepi yang sangat mudah pada kami semua dengan menggunakan semua produk jenama Barilla

(1) Dessert - Millefoglie With Double Milk Orange Cream
(2) Vegetarian Lasahna
(3) Pasta Penne With Pesto 


Seperti kebiasaan, selepas aje demo, semua kena 'hand on' kat dapur............. teruja tak terkata, masing-masing ingin cuba menunjuk kebolehan yang sedia ada........... superb.......... malah Chef Lino benar-benar membantu kami dan membetulkan segala kesilapan yang di lakukan semasa process penyedian agar masakan itu jadi seperti yang di rancang................


Cik Segodeng serta rakan sangat beruntung kerana Chef Lino kerap membantu kami dan menjadikan penyediaan kami sebagai contoh kepada peserta yang lain....... terasa bangga jap pada ketika itu...........mau tak bangga, setiap process penyediaan membuahkan hasil yang sangat positif......... menjadi...... tak rosak pun.......... maaf ya tiada gambar makanan yang telah di sediakan oleh Cik Segodeng pada hari itu kerana terpaksa pulang awal sebab ada urusan yang tak dapat nak di elakkan......... 

Pada yang ingin dapatkan resepi, boleh tinggalkan email di bawah........ nanti Cik Segodeng emailkan ya...... Akhir kata dari Cik Segodeng, sentiasa pelajari sesuatu yang baru kerana ianya akan berguna di masa akan datang........ Insyallah......... sampai bertemu lagi ya di lain cerita.........


Segodeng 



No comments:

Post a Comment