Monday 10 March 2014

Menonton Police Story 2013 Bersama Media Hiburan & Artis


Salam 1 Malaysia Buat Semua................

Peluang menonton percuma tak pernah Cik Segodeng tolak dah tu menonton bersama artis hebat tempatan. Menontn bersama ini telah di bawa khas oleh Media Hiburan, satu majalah sensasi artis yang amat di minati ramai. Ribuan terima kasih buat Media Hiburan kerana sudi mengundang kami semua.

Sesi menonton bersama artis telah mengambil tempat di GSC Mid Valley. Apa-apa pun....kena lar daftar dulu untuk dapatkan tiket dan Goodie Bag dari Pihak Media Hiburan. Walau pun tak seberapa nilainya goodie bag tu tapi yang paling penting usaha membawa perminat untuk rasa lebih mengenali Media Hiburan serta artis tempatan secara lebih dekat lagi.......


Police Story 2013 telah di pilih untuk menjadi habuan tonton kami pada malam itu. Filem ini di barisi oleh pelakon hebat dari Hong Kong seperti Jackie Chan. Meh Cik Segodeng cerita serba sedikit pasai story ini. Filem ini dah bersiri-siri dengan jalan ceritanya sendiri tapi pada kali ini agak berbeza dari kebiasaannya. Jalan cerita agak keliru skit kerana banyak flash back walau bagaimana pun tetap menyengat dengan aksi-aksi hebat. Ia mengisahkan seorang polis yang mencari anaknya sehingga bertemu di sebuah kelab. Di sana bermula segala cerita..............  Polis itu menentang bila mendapat tahu yang anaknya ada hubungan dengan pemilik kelab tersebut dan telah berlaku pertengakaran di antara mereka....... dalam percubaan polis itu untuk berbincang dengan anaknya..... dia telah di pukul dari belakang bila sedar dia telah pun di ikat dengan dawai besi di kerusi ..................


Bila polis itu berjaya melepas diri, dia mendapat tahu berapa orang serta anaknya telah menjadi orang tahanan di dalam kelab tersebut. Bagi membebaskan beberapa orang polis itu di minta untuk berlawan dengan orang kuat pemilik kelab tersebut. Dalam kemelut keadaan maka terungkai semua kisah di sebalik penahanan berapa orang. Pemilik kelab itu ingin menuntut bela di atas kematian adiknya. Semua yang di tahan pada ketika itu ada kiatan dengan kematian adik pemilik kelab tersebut. Dalam mencari jawapan pelbagai rintangan yang amat sukar kena di hadapi....... di akhir perhitungan polis itu telah menceritakan apa yang sebenarnya telah belaku. Adik pemilik kelab itu telah membunuh diri atas sebab tekanan hidup dan punca dia membunuh diri adalah di sebabkan oleh orang kanan kepercayaan pemilik kelab tersebut yang telah mengecewakan dia. Polis itu telah cuba untuk menyelamatkan keadaan pada ketika kitu namun gagal...... dalam pada itu juga polis itu juga menyalahkan dirinya kerana tidak berjaya mengawal keaadaan. Peningkan cerita nie......... apa-apa pun filem nie Cik Segodeng suka dan terhibur ketika menonton.......
  

Antara artis-artis tempatan yang turut serta menonton bersama kami pada malam itu........... ramaikan....... Kalau terigin turut serta di lain acara bersama artis selalu mengikuti @baca majalah Hiburan Media selalu okey...... kerana banyak acara yang menarik di anjurkan tau........


Sebelum filem di tayangkan..... kami semua di hiburkan oleh rakan Media Hiburan yang menawarkan hadiah menarik untuk kami semua jika berjaya menjawab soalan. Riuh pawagam di buatnya........ mau tak..... pelbagai jawapan lucu yang di berikan..... gamat suasana pada ketika itu....... pemuh dengan gelak ketawa yang tak terhenti-henti.........


Setelah selasai menonton...... rata-rata memang berpuas hati dengan Filem Police Story 2013 ini....... sebelum balik sempat lagi kawan-kawan Cik Segodeng berposing bersama artis ...... tengok aje gelagat mereka semua............ happy yang melampau.......... sekali lagi, jutaan terima kasih buat Media Hiburan kerana memberi peluang ini................. itu aje buat kali kali ini........salam bertemu lagi di lain cerita......


Segodeng



No comments:

Post a Comment