Saturday 29 March 2014

Captain America Special Preview


Salam 1 Malaysia Buat Semua .................

Sehari sebelum tayangan serentak di seluruh Malaysia, 'Cik Segodeng' telah di ajak untuk menonton filem Captain America : The Winter Soldier............  Jutaan terima kasih buat rakan 'Cik Segodeng' yang sudi memberi peluang untuk menonton bersama filem yang memang di nanti-nantikan. 'Superhero' ini tak seperti 'Superman' yang mempunyai berbagai kuasa.............. kerana Captain Amerika adalah seorang manusia biasa yang telah di jadikan bahan uji-kaji.......... kekuatannya terletak pada tenaganya....... ala-ala macam dah di cucuk dengan steroid.................... so dia nie lain dari Superhero yang lahir dari komik terkenal Marvel............... 


Captain America : The Winter Soldier adalah sequel dari Captain America : The First Avenger dan bersangkut juga dengan Filem The Avenger................... bagi yang mengikuti semua filem ini sudah pasti tahu dan boleh meneka setiap watak serta membuat penilain jika filem itu best @ pun tidak........ Bagi 'Cik Segodeng' filem ini memang best, non-stop action dan penuh dengan technology yang amat canggih sekali......... 



Meh 'Cik Segodeng' cerita skit........nak bagi trill gitu-gitu..........Setelah berapa kisah yang berlalu dalam kehidupan Captain America ini, dia telah cuba untuk menyesuaikan diri dalam keadaan masa kini dan berkhidmat dengan S.H.I.E.L.D. Dalam satu operasi menentang lanun yang telah menawan salah sebuah kapal milik S.H.I.E.L.D, Captain America telah terlihat rakannya Black Widow, memuat turun data dari computer di dalam kapal tersebut. Dari keadaan itu telah membuat dia tertanya-tanya dan mengugat kepercayaannya terhadap S.H.I.E.L.D. Dalam mencari kebenaraan, mereka telah di serang oleh satu kumpulan yang bernama The Winter Soldier............lalu Captain America meminta bantuan dari Falcon dan bersama Black Widow merungkaikan kemelutan serta dalang di dalam S.H.I.E.L.D......... akhirnya........... kena lar terjah panggung okey.............. baru ada feel................


Sebelum masuk menonton, 'Cik Segodeng' sempat juga bergambar bersama dengan character-character Captain America................ dalam dok bergambar, terdetik di fikiran........kalau lar Chris Evans a.k.a Captain America yang ada kat sebelah 'Cik Segodeng' masa nie........... mau histeria jap............... hehehehehehehe............... boleh beranggan plak kaaaaannnnnnnn ..............


Untuk keseluruhan cerita ini sememangnya menarik bagi 'Cik Segodeng'.................. mungkin kerana minat dengan cerita-cerita dongeng dan rekaan semata-mata.............. walau bagaimana pun 'Cik Segodeng' rasa tak rugi menonton dan sangat berpuas hati............. kalau tak caya kena lar pergi tau.......... 


Sebelum berundur, 'Cik Segodeng' selitkan sudutan triller dari Captain America : The Winter Soldier untuk tatapan semua............ bagi memanaskan suasana pada yang amat mengikuti dan berminat dengan superhero dari komik marvel.................. akhir sekali ......terima kasih buat semua yang sudi terjah dan baca cerita 'Cik Segodeng' ni.......... semoga berjumpa lagi............ 


Segodeng 





No comments:

Post a Comment