Friday, 21 March 2014

Ladies Let's Party


Salam 1 Malaysia Buat Semua..............

Bertemu lagi.......... 'Cik Segodeng' rasa sangat bersyukur dan bertuah apabila terpilih untuk pergi ke majlis 'Ladis Day Out' yang di bawakan khas oleh 'Cathay Cineplexes' pada minggu lepas. Jutaan terima kasih buat 'Hot Magazine' kerana telah memilih 'Cik Segodeng'............ teruja tak terkata......... Mau tak first time menang dari 'Hot Magazine'..............


Majlis ini di rayai sempena dengan sambutan 'Hari Wanita Sedunia' (World Women Day). 'Cathay Cineplexes' bersama penaja yang lain telah menyediakan pelbagai acara menarik buat kami semua.......... seperti 'makeover, short massage, manicure dan game' yang menarik. Banyak betul hadiah yang menarik telah di sediakan untuk semua pemenang yang berjaya menjawab soalan...........rasa dah tak sabar dah nak buat semua tuuuuuuu......  Jom ikut 'Cik Segodeng'...............


Sebelum masuk ke ruang majlis, kena lar mendaftar dulu bagi mendapatkan tiket menonton filem 'Labor Day' dan goodie bag........ hehehehehehehehe............ 


Nie lar dua benda yang paling nyaman sekali............ 'Tropicana Fussion', glup....glup....glup..... penghilang dahaga yang sangat sedap....... minuman pilihan No.1 'Cik Segodeng' di masa ini........ dah tu dapat plak short back massage yang di berikan oleh 'JoJoBa & RimBa SPA'............ huh, hari yang benar-benar memberi kepuasaan kepada semua wanita....... terutama sekali 'Cik Segodeng'..... heheheheheheheheh, kalau boleh nak selalu macam nie, di layan sentiasa........aaahhhhhhhhhhhhh.....boleh ka????


Ada juga perkhidmatan lain yang di berikan iaitu manicure & makeover. Dua rawatan ini sememangnya menjadi pilihan utama ramai wanita pada masa itu tapi yang sedihnya kena tunggu lama ........ mau tak, hanya seorang aje yang buat untuk semua............ mungkin ini pertama kali kot 'The Nail Shop' & S'Pro turut serta........ rasanya lar kot............ Apa pun mereka telah memberi perkhidmatan yang terbaik....... .. Selain itu 'Senjyu Japanese Restaurant'  telah membuat demo cara-cara membuat sushi.......... nampak macam mudah tapi rata-rata yang mencuba mengata agak susah juga...... perlu ada seni dan kelembutan untuk mencampur dan membalut sushi nie........ huh..... nasib baik 'Cik Segodeng' tak try....... kalau tak berpeluh nak siapkan satu sushi......... hahahahahahahahah...........


Makan tengah hari telah di sediakan oleh 'Senjyu Japanese Restaurant' .......... memang sedap betul sushi yang di hidangkan......... kalau ikut selera 'Cik Segodeng', sushi ini bukan lar pilihan tekak 'Cik Segodeng' tapi boleh lar dari tak ada apa nak makan kannnnnnn.......... janji perut kenyang............... Alhamdullilah........


Seronok sungguh, sampai tak terkata .......... semua kenangan manis 'Cik Segodeng' bersama rakan-rakan yang lain pada hari itu telah di rakam oleh pihak penganjur dan mereka amat bebesar hati mencuci dan memberi salinan gambar yang telah di ambil pada hari itu secara percuma......... bestnya.......... 


Dek kerana teringin sangat nak menang hadiah.......... apa lagi 'Cik Segodeng' pun menawarkan diri untuk menyertai satu game pada ketika itu.............. HADIAH punya pasal......... buang rasa malu dan beranikan diri........... bila dapat tahu aje, yang game tu kena make-up rakan kita, Cik Segodeng rasa macam nak tarik diri........ mau tak...... 'Cik Segodeng' nie bukannya pandai nak make-up orang .......... make-up diri sendiri pun terketar-ketar........... apa pun perjuangan mesti di teruskan.......... Bila selesai aje.......lega rasa hati 'Cik Segodeng' ...........muka rakan 'Cik Segodeng' tu tak lah comot dan buruk sangat...... make-up light-light aje........... tak menang pun tak apa janji hadiah saguhati mesti ada.......hehehehehehehehe.....


Acara terakhir kami semua pada hati itu ialah menonton filem 'Labor Day' yang di lakonkan oleh 'Kate Winslet & Josh Brolin'............... cerita ini sangat menyentuh perasaan dan hati seorang perempuan......... penuh dengan makna tersendiri dalam mencari kekosongan di hati.............. ia mengisah tentang cinta, keinginan dan pengkhianatan yang di lihat di mata seorang budak lelaki yang tinggal bersama ibunya selama 13 tahun.......... Kisah bermula di hari cuti umum (Hari Buruh/Labor Day), di mana dua beranak ini telah bertembung dengan seorang lelaki yang cedera dan meminta pertolongan. Dua beranak itu telah menjadi tawaran di rumah selama 4 hari. Lelaki itu bukan saja menjadikan mereka berdua sebagai tawanan malah jiwa dan raga mereka juga di tawan dek keikhlasan hati lelaki itu.............. Memang tersentuh sungguh hati 'Cik Segodeng' menonton filem ini............ 4 bintang 'Cik Segodeng' bagi....... macam mana???

Memang best sangat pada hari itu....... rasanya kalau ari-ari macam nie layanan yang di berikan memang menyeronokkan.............walau apa pun, Jutaan Terima Kasih Buat semua yang terlibat. Kami semua enjoy sesangat......... sampai tak terkata apa-apa pun........lain kali kalau ada lagi 'Cik Segodeng' tak akan tolak....... So itu aje untuk kali nie.............. Jumpa Lagi..........


Segodeng



No comments:

Post a Comment