Tuesday, 10 June 2014

Kempen Seceria Air Tangan Ibu


Salam 1 Malaysia Buat Semua ...............

Bila tiba musim perayaan, pelbagai persiapan perlu di buat agar suasana sambutan lebih meriah........ tak gitu!!!!!!. So selalunya yang paling sibuk di waktu genting ini ialah ibu kita sendiri kaaannnnnnn........ dan waktu-wahtu nie lar juga kita akan mengimdam pelbagai jenis kuih-muih yang pelik-pelik............ betul tak?????  

Dengan keinginan itu hanya boleh di laksanakan oleh ibu kita sendiri kan?????? Bak kata perpatah, 'Air Tangan Ibu' Ini lebih sedap kerana ia di sediakan dengan penuh kasih dan sayang. Macam mana???? setuju tak?????????


Sempena bulan Ramadhan & Hari Raya yang akan menjelang tak lama lagi, tercetus inpirasi Planta dengan melancarkan kempen 'Seceria Air Tangan Ibu'. Planta juga mengajak para ibu untuk berkongsi 'Air Tangan' mereka dalam menghasilkan kuih-muih, biskut dan kek yang enak serta berwarna-warni bagi memberi suasana yang lebih meriah buat seisi keluarga tercinta. 




Mr Rakesh Mohan (Pengerusi Unilever Malaysia & Singapore) telah memberi sepatah dua kata mengalu-alukan para hadirin semua. Beliau juga berharap kempen ini dapat memberi inspiran kepada kaum ibu masa kini untuk meneruskan tradisi dan berkongsi air tangan mereka melalui pembuatan biskut yang ceria dan berwarna-warni........... kerana tiada apa yang dapat menandingi kualiti air tangan ibu yang sentiasa di buat dengan penuh kasih sayang. 

 Melalui 'Kempen Seceria Air Tangan Ibu' Planta juga menyasar dan berhasrat untuk meraih 50,000 biskut di bulan Ramadhan mulai 16 Jun sehingga 20 Julai 2014 melalu kempen 'Beramal Bersama Planta'....... Jom kawan-kawan mari turut serta..............



Untuk Kali ini, Planta tampil dengan resepi biskut & Kek yang lebih ceria dan berwarna-warni. Semua resepi ini di ilhamkan daripada warna-warna pelangi yang indah dan di samping itu juga Planta turut memperkenalkan resepi baru mengikut trend terkini iaitu Biskut Red Velvet, Biskut Buah Hati dan Biskut Roda Warna........... Semua resepi biskut ini boleh di dapati di saluran YouTube Planta www.youtube.com/resepiplanta 


From Left, Serina, Sheila Rusly, Sharifah Shahirah, Izana & Iza (Owner BakedKL)

Resepi Planta ini juga akan diperkenal dan di kongsi melalui kempen 'Seceria Air Tangan Ibu' yang akan disiarkan secara langsung menerusi segmen Wanita Hari Ini di TV3 (WHI). Segmen ini akan berlangsung selama 7 minggu bermula dari 11 Jun ini.. Selebriti, Sharipah Shahirah akan menghoskan segmen itu dan aka mengetengahkan resepi biskut moden yang di cipta khas oleh Planta. Sepanjang segmen ini Sharifah Shahirah akan berkongsi kegembiraan bersama keluarganya dalam menyiapkan resepi biskut Planta yang sangat ceria serta berwarna-warni. 


Sharifah Shahirah juga sempat berkongsi keterujaannya untuk menjadi hos segemen ini malah dari segmen ini  juga membolehkan beliau mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga dan anak-anak. Sharifah Shahirah juga berharap ia akan menjadi sumber inspirasi kepada semua ibi-ibu di luar sana untuk mencetus keajaiban di dapur bersama keluarga. 


Pelancaran kempen 'Seceria Air Tangan Ibu' teleh diresmikan oleh Ms Tanya Teng (Brand Manager Of Food Retail & Beverages), Mr Rakesh (Pengerusi Unilever Malaysia & Singapore) dan Sharifah Syahirah (Selebriti) 


Di hari Pelancaran kempen 'Seceria Air Tangan Ibu', 'Cik Segodeng' serta para hadirin yang lain telah di jemput untuk membuat biskut Red Velvet bersama-sama. Kami semua telah di tunjuk ajar oleh 'Chef ' terkemuka iaitu Chef Rose Weiss. Baking Time.......... hehehehehehehehe........


Seronok tak terkata........ tengok lar gelagat kami semua............ seceria biskut yang kami sediakan........... Sejujurnya, Resepi Biskut dari Planta ini amat mudah, senang dan cepat untuk disediakan........... yang paling menarik sekali........... iainya sangat sedap dan berwarna-warni. 


'Cik Segodeng'  merasa cukup gembira kerana telah turut serta dalam kempen 'Beramal Besama Planta'.  Semua biskut yang kami buat tadi akan di sedekah kan kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih seluruh Malaysia


Melalui kempen 'Beramal Bersama Planta', Ibu-ibu & Bapa-bapa boleh lar menghasilkan biskut dengan Planta dari buatan air tangan sendiri dan menghantar biskut tersebut ke pasar raya Mydin & Giant yang terpilih mulai 16 Jun sehingga 20 Julai 2014. Bagi merasai keseronokan beramal bersama, anda semua boleh turut serta di lokasi Mydin & Giant yang terpilih dengan hanya membeli planta dan menghasilkan biskut di pameran begerak Planta

Untuk maklumat lanjut, sila lar layari saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta



Segodeng




















No comments:

Post a Comment