Friday, 13 June 2014

Jom Berkongsi Kasih Sayang Bersama Julie's, Brown & Cony



Salam 1 Malaysia Buat Semua........

Berapa ramai yang suka makan cookies????????.  Rasanya 'Cik Segodeng' tahu jawapannya,........ mesti ramai kannnnnnn yang suka. Tahu tak, ada cookies yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, membentuk bandan yang cantik, sihat dan boleh di jadi makanan diet harian.


Tentu ramai yang tertanya-tanya dan tidak percaya sama sekali dengan fakta tadi kannnn.........tapi hakikatnya cookies sebegitu memang ada dan ianya datang dari rangkaian biskut 'Julie's' (Perfect Food Manufacturing) tau............ hebat tak???????? So baru-baru ini 'Julie's dengan kerjasama 'LINE' sebuah komunikasi sosial terkemuka, sekali lagi melancarkan koleksi edisi terhad biskut OAT 25.


Selepas kejayaan dan sambutan hangat pada "Biskut Kotak Hadiah Brown', koleksi terhad krismas yang lalu, pihak Julie's telah membuat keputusan untuk melancarkan satu lagi koleksi edisi terhad bersama LINE. Kali ini Cony, salah satu watak terkenal dalam aplikasi LINE akan menyertai Brown berkongsi kasih sayang mereka di Malaysia.


Koleksi terhad Julie's OAT 25 ini sangat berkhiasat dan amat kaya dengan protein. Koleksi ini juga tidak mempunyai bahan pengawet atau perwarna tiruan malah mengunakkan oat yang di import dari Australia. Kualiti dan kebersihan terhadap biskut OAT 25 ini amat terjamin kerana dipantau setiap masa dan di buat dengan penuh kasih sayang.


Mr Benny Chia, Pengurus Pemasaran Perfect Food Manufacturing (Julie's) menyatakan pemilihan Oat 25 Chocolate & Oat 25 Strawberry untuk edisi terhad ini kerana ianya amat sesuai sekali dengan perwatakan Brown & Cony. Atas peminta luar negara, koleksi Terhad ini juga akan di lancarkan di Singapura pada hujung bulan ini.


Bagi pihak LINE pulak, merasa amat berbesar hati untuk berkerjasama dengan Julie's sekali lagi pada pelancaran kedua Julie's LINE OAT edisi terhad. Yang paling istimewa, kotak hadiah Julie's LINE OAT 25 edisi terhad telah di rekakan khas oleh pereka professional LINE. Selain itu di dalam setiap kotak edisi terhad ini mengandungi risalah peraduan Snap-Tag & Win yang akan berlangsung selama 3 bulan bermula June dan berakhir pada bulan Ogos ini. Di samping itu juga akan ada aktiviti-aktiviti menarik di pameran bergerak (Roadshow) di lokasi yang terpilih, kata Ms Patricia Yeoh, Pengurus Perhubungan Awam LINE Malaysia.


Untuk peraduan -Snap-Tag & Win, mudah aje caranya tau. Cuma ambil gambar kedua-dua Julie's LINE OAT 25 cookies Edisi Terhad secara paling kreatif, menarik dan cantik, kemudian muat naik ke laman sosial Facebook @ Instagram dengan #JuliesLINEcookies........ senang kaaaannnnnn.......... Setiap bulan, 20 pemenang hadiah utama dan 25 hadiah saguhati akan di pilih. Semua nama pemanang akan di umumkan di laman sosial Facebook Julie's (facebook.com/juliesbiscuits) / Instagram (@Julieslinescookies) dan akuan resmi LINE Event (ID LINE:@lineeventmy).  Cepat tau turut serta, tengok 'Cik Segodeng' dah pun hantar gambar ke peraduan 'Julie's' nie.


Tengok tu........ bertapa gembiranya Julie's menyambut Brown & Cony, sebelum bertemu mereka sering berhubung dan berkomunikasi di LINE. Sambil bergembira dan berkongsi kasih sayang, mereka menjamu selera dengan hidangan OAT 25 yang berzat dan lazat.............. super yummmy!!!!!!



Julie's akan mengadakan pameran bergerak (roadshow) di pusat membeli belah utama, universiti, kolej dan stesen LRT yang terpilih. Jom ramai-ramai turut serta kerana terdapat pelbagai aktiviti dan hadiah yang menarik dari LINE di sediakan buat semua pengunjung. Bagi mendapat maklumat lanjut & jadual lokasi, boleh di dapati laman sosial Facebook Julie's (facebook.com/juliesbiscuits) @ akuan resmi LINE Event (ID LINE:@lineeventmy). 

So jangan lupa untuk dapatkan Julie's LINE OAT 25 cookies Edisi Terhad ini ya dan kita jumpa di Julie's Roadshow nanti tau..............Jumpa Lagi......... Bye dulu ............



Segodeng 









No comments:

Post a Comment