Saturday 14 June 2014

Gala Fiesta & Tayangan Perdana 'Satu Malam Kubur Berasap 2'



Salam 1 Malaysia Buat Semua ...........

Baru baru ini 'Cik Segodeng' telah ke Gala Fiesta & Tayangan Pedana 'Satu Malam Kubur Berasap 2' di 'Berjaya Times Square', Kuala Lumpur. Pelbagai acara menarik yang di tawarkan buat semua pengunjung ketika itu. Ada rumah hantu bergerak....... 'Cik Segodeng' tak musuk pun sebab line panjang sangat. Kereta kuning tu plak adalah hadiah untuk pemenang peraduan yang telah berlangsung sebelum nie.  


Kemeraihan sambut petang itu telah di turuskan pulak di ruang lega GSC MAXX yang terletak di tingkat 10. Di sana pulak acara 'Red Carpet' ala-ala hollywood gitu........hehehehehe.......menyambut semua yang para tetamu dan artis yang terlibat dalam filem ini..........meriah sokmo................ 


'Satu malam Kubur Berasap 2' telah mula di tayangkan di pawagam bermula 12/6/2014. Filem ini adalah bukan sambungan dari filem 'Satu Malam Kubur Berasap' yang di lakonkan oleh 'Angah Raja Lawak & Along Cham'. Jalan cerita dalam filem ini berlain sekali, hanya tajuk yang sama di gunakkan kerana membawah tuah dan hasil kutipan yang tinggi semasa tayangan terdahulu. Filem adalah terbitan 'Outloud Studia Sdn Bhd' dan di bawah arahan Mr Ernie Chen


'Satu Malam Kubur Berasap 2' membawa kisah kepada 2 orang sahabat, Amir (Shahrol Shiro) & Nayan (Ajak Shiro) yang amat berkebolehan berlakon dalam cerita komedi tapi menemui kegagalan apabila berlakom dalam cerita seram. Dari pengalaman itu mereka berdua menolak untuk berlakon dalam sebarang filem yang ada unsur seram. 

Setelah mendapat tawaran dari pengarah & penerbit terkenal En Kong Keng Huat untuk berlakon dalam filem seram dan atas nasihat pengurus mereka 'Chot'(Ezad Jazmin), mereka bersetuju dengan tawaran itu. Bagi menabah pengalaman, mereka pulang ke kampung untuk menimba ilmu dengan Tok Mat (Rahim Sepahtu) seorang bomoh kampung.



Sepanjang perjalanan pulang ke kampung pelbagai kejadian aneh, mistik dan seram telah menimpa mereka. Akibat dari pengalaman itu, serba sedikit telah membuat mereka sedar akan kewujudan hantu dan kejadian mistik. Setiba mereka di rumah Tok Mat, keadaan menjadi lagi haru-biru dan penuh dengan misteri. Persoalannya, apa yang berlaku yang berlaku di sana??????, siapa sebenarnya yang menganggu mereka???????? dan berbaloi kah pengalaman yang di lalui mereka?????????.

So untuk mendapat dan merasai sendiri kehebatan filem ini, jangan lupa untuk terjah pawagam yang berdekatan tau.......... tak rugi......... memang BEST................


Ini dia penulis skrip 'Satu Malam Kubur Berasap 2' Mr Loh Chung Tat. Beratus skrip telah di hasilkan oleh beliau tapi tidak penah sekali pun membuat skrip untuk drama @ filem cina......... bila di tanya kenapa, dia hanya tersenyum................... dan berkata 'Lebih suka dan berminat dengan drama / filem melayu'. 


Ini pulak, penulis lagu/lirik kepada 'Satu Malam Kubur Berasap 2', Mr Alan Thoo. Kalau di dengar lagu nie, not bad, boleh tahan juga sedapnya....................


Antara pelakon-pelakon yang hadir untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi sambutan gala petang itu............ Sporting abis mereka semua ini kat sana..............


Saat yang di nanti telah tiba......... untuk masuk ke hall GSC MAXX.......... teruja tak terkata!!!!!!! kerana ini adalah kali pertama 'Cik Segodeng' akan memasuki & menonton dalam GSC MAXX nie.................. ooooooo bestnya...............


Bila masuk aje, terpegunnya rasa......... mak datok, besar giler hall nie............ 'Cik Segodeng' di fahamkan yang hall nie boleh menampung sehingga 500 penonton............. rasanya hall nie hanya di gunakan untuk acara yang besar dan untuk preview filem sahaja kot............. tapi sememang sangat berpuas hati........ bila ruang yang luas bunyi bising memang tak dengar lansung..........keselesaan menonton memang dapat 'Cik Segodeng' rasakan........... terbaek.........


Okey lar ...... itu aje untuk hari ini, so nak wrap up dulu sebab perut dah minta makanan....... Jumpa lagi yer.............



Segodeng










No comments:

Post a Comment