Monday 28 April 2014

Aduhai Donnie Yen


Salam Buat Semua................

Kali nie 'Cik Segodeng' nak bagi review serba sedikit pasal movie nie plak. Baru-baru nie Cik Segodeng menang untuk menonton preview 'ICEMAN' bersama 'Media Hiburan' dan artis tempatan.  Kalau majalah 'Media Hiburan' yang buat undangan...... for sure mesti ada artis tempatan di jemput menonton bersama. So bagi sesiap yang minat nak jumpa artis tempatan selalu lar membaca 'Media Hiburan' kerana terdapat banyak tawaran yang di sediakan...............'

'Cik Segodeng' ini memang suka sangat tengok wayang...........  tak kira lar apa filem sekali pun......... boleh di katakan 'Cik Segodeng' nie macam movie lover yang tegar.......hahahahahahaha...... Skrin yang besar dan sound-systems yang baik adalah penyebab dan dorongan utama 'Cik Segodeng' suka sangat tengok wayang. Tapi kaaaannnnn.......  harga tiket semankin hari semakin naik..............huhuhuhuhuhuhu.......... tu lar kena cuba nasib cari yang free punyer.........

Antara artis-artis yang hadir menonton, ketawa dan berhibur bersama kami semua pada hari itu.............. ada di antara mereka nie sangat commit!!!! Datang bila di jemput, walau pun jadualnya agak ketat.... tak lokek dengan senyuman dan sungguh mersa bila di sapa............. harapan 'Cik Segodeng' sikap macam nie harus ada pada semua orang tak kira terkenal atau pun tak............. sebab sikap macam nie amat di senangi ramai.


Seperti biasa......... sebelum movie bermula........... sesi alu-aluan dan soal-jawab dari pihak Media Hiburan buat semua pembaca setia majalah 'Media Hiburan'............. sesi nie memang yang paling best sekali....... sebab semua yang hadir, sporting giler dan berlumba-lumba untuk mencuba nasib walau pun hadiah yang di tawarkan, biasa-biasa aje.  

 

 Filem  ICEMAN nie adalah remake semula dari filem 'The Iceman Cometh' pada tahun 1989. Bergenre,aksi-komedi yang melampau. Ia mengisahkan seorang pahlawan yang sangat hebat di zaman 'Dinasti Ming' dalam membawa misi maharaja China untuk mencari semula 'Golden Wheel Of Time' (Ala-ala alat time travel gitu). Dalam pencarian itu., pahlawan itu telah di khianati dan belaku satu pergelutan di gunung salji.

Tak semena-mena, belakunya runtuhan salji dan mereka bertiga pun tertanam di dalam runtuhan itu. Selepas 400 tahun kemudian seorang peniaga membawa mereka bertiga di atas arahan seorang pelabur misteri. Dalam perjalanan..... telah belaku satu kemalangan kecil dan bermula lar perjalanan mereka bertiga di dunia yang moden dan serba baru. Dari itu Pahlawan yang hebat itu cuba mencari jalan untuk kembali sekali kezamannya bagi menjernih dan membersihkan namanya. 


Kalau di tonton.......... filem ini ala-ala 'Captain America' tapi versi cina....... mahu pun begitu, ramai yang mengatakan versi baru ICEMAN nie kurang menyegat dari yang asal.............. tapi apa pun 'Cik Segodeng' puas hati pada keseluruhan cerita ini.......... tak lar boring sangat, ada jalan ceritanya dan mudah untuk faham kisahnya...................  


Sebelum 'Cik Segodeng' mengundur untuk kali ini......... saksikan sedutan triller dari filem ICEMAN........ harap semua terhibur tau.......... okey lar, Jumpa ya..........



Segodeng 






No comments:

Post a Comment