Tuesday 22 April 2014

Move Your Body


Salam 1 Malaysia Kembali Biat Semua.........

Rasanya 'Cik Segodeng' baru sesangat mengunjungi 'Taman Tema Sunway Lagoon' tapi dek kerana kawan-kawan yang sangat baik dan murah hati telah mengajak 'Cik Segodeng' turut serta dalam kemeriah yang di anjurkan oleh 'Watson Malaysia', 'Shape Your Body' yang berlangsung di 'Taman Tema Sunway Lagoon'. Rasa bersyukur sangat di atas pemberian rezeki yang penuh dengan keikhlasan nie........dan hanya ucapan Terima Kasih yang dapat 'Cik Segodeng' luah & ucapkan...........




Macam biasa lar........ sebelum masuk kena lar buat penebusan tiket dahulu. Penukaran ini untuk mendapatkan 'Pass Masuk' ke dalam 'Taman Tema Sunway Lagoon' di mana acara berlangsung. Punyer lar ramai yang datang sampai pas untuk masuk ke dalam 'Sunway Lagoon' habis dan masih ramai lagi yang belum dapat....... terpaksa lar menunggu seketika. 

Yang menjadi tanda tanya...... ada teman 'Cik Segodeng' kata tiket yang di beli adalah hanya untuk 18 tahun keatas sahaja........... pertanyaan itu di buat sendiri oleh beliau kerana dia ingin sekali membawa anak-anaknya bersama. Bila aje mendapat jawapan yang sedemikian dia pun melupakan hajatnya itu..........tetapi bila sampai aje di sana dia amat terkejut sekali kerana ramai sungguh keluarga yang membawa anak-anak mereka bersama dengan mengunakan tiket yang di beli di 'Watson'.......... kesian plak dengar cita teman 'Cik Segodeng' tu............ eeeeeemmmmmm...... tu lar..... info lain dapat, keadaan lain pulak di lihat........



Sebelum nak mula jelajah acara nie............ kita berpossing dulu....... hehehehehehehe.......... Program ini sungguh bagus sekali............ ia berkaitan dengan kesihatan dan hidup cara yang lebih sihat. Semua yang hadir telah berikra untuk sentiasa menjaga dan tidak mengabaikan kesihatan........ ye la tuuuuuu.......hehehehehehehehehehehe............


Sejujurnya memang seronok melawat booth-booth yang turut serta dalam program nie........ Dari booth yang pertama hingga booth yang terakhir semua sediakan minum bertenaga dan vitamin-vitamin yang sangat bagus untuk kesihatan........dah lar tu banyak sungguh maklumat baru yang dapat 'Cik Segodeng' pelajari hari itu....... rasanya tak rugi langsung bila turut serta dalam acara ini............


Selain dari pengetuahan tentang kebaikan dan penerang setiap produk. Beberapa game juga turut disediakan buat semua pengunjung.............. jika berjaya, hadiah berupa sebotol vitamin di berikan....... bukan itu aje..... jika pengunjung cuma 'Liked' Fan Fage (Facebook) produk tersebut,  pengunjung berpeluang untuk membuat cabutan bertuah......... hadiahnya tak lar lumayan tapi berbaloi bagi yang suka............ Setiap booth tidak lokek memberi sample produk mereka, apa lagi 'Cik Segodeng' pun buat laluan hormat berkali-kali hanya nak dapatkan sample percuma lebih dari biasa ........... hehehehehehehe.................tamak kaaaaannnnnn????????


Di pentas utama pulak di adakan satu permainan buat pengunjung....... berupa.......'Goyang Inul'.............. oooopppsss............ tersasul plak....... ..... bukan yang goyang itu pak tapi 'Shake Your Body' ..... membuat gaya tari yang tersendiri dengan mengikut irama yang telah di berikan...........Selain itu pengunjung juga di ajak menari, senam-robik dan senaman yang rancak bersama-sama.......... sememangnya ia amat menghiburkan semua pengunjung............ acara yang selebihnya 'Cik Segodeng' tak' berapa pasti ler...... sebab nak pusing-pusing 'Sunway Lagoon' plak dengan 'The Gang'.......... sudah sampai masa untuk enjoy diri plak........


Ini ler 'The Gang' yang selalu mendampingi 'Cik Segodeng' tanpa rasa jemu dan 'Cik Segodeng' amat senang hati bila bersama mereka........... 'Gang Ketawa' senang di cari tapi 'Gang Yang Susah Bersama"  ini lar dia.............. sentiasa ada di sisi walau pun di dalam keadaan yang sukar............


Dalam dok main-main air dan gossip-gossip yang terkini............ tiba-tiba nampak ramai orang berlari ke pentas utama............. ingatkan ada sesuatu yang menarik sedang berlaku....... rupa-rupanya, majlis pada hari tu tamat dengan beratus belon di lepaskan dari atas pentas utama...........tekejut jap dengan keadaan tu..... tengok aje keadaan..... tak kira berapa usia seseorang tu..... semuanya memang gemar sekali dengan belon ........ hehehehehehehehehehe........


Apa yang boleh 'Cik Segodeng' katakan, memang berbaloi sangat joint event nie............ hanya membayar harga tiket RM 30.00, 'Cik Segodeng' dapat menguna Seluruh 'Taman Tema Sunway Lagoon' ( All Park), Goodie bag dari 'Watson' serta cenderahati berupa sample dari setiap booth yang 'Cik Segodeng' lawati....... untung  tak??????? So kalau ada lagi tahu depan............ cepat cepat beli tiket, tak rugi langsung..........

Setakat ini aje, laporan untuk kali ini.......... Jumpa lagi....... Bye Semua


Segodeng




No comments:

Post a Comment