Monday 21 April 2014

Preview Rio-2


Salam 1 Malaysia Kembali Buat Semua...............

'Blu', kembali ke pawagam menghiburkan kita semua dengan gelagat kotanya yang pasti mencuit hati. Bagi yang telah menonton siri pertama pasti tidak akan melepaskan mengikuti kisah yang berikutnya............Filem ini penuh dengan pengajaran yang tersendiri dan sangat sesuai di tonton bersama seisi keluarga. 


Filem ini menggunakan suara dari pelakon-pelakon yang hebat seperti : 

(1) Jesse Eisenberg as Blu
(2) Anne Hathaway as Jewel
(3) Bruno Mars as Roberto
(4) George Lopez as Rafael
(5) Jamie Foxx as Nico
(6) Leslie Mann as Linda Gunderson

Dan banyak lagi nama-nama hebat yang suara mereka telah di gunakan untuk filem ini. 


Setelah mengharungi pengembaraan yang begitu hebat di siri yang lalu, 'Blu & Jewel' pun hidup bersama dan di kurniakan 3 orang anak. Dek kerana mereka adalah spesis burung biru yang terakhir di alam maya ini....... maka 'Blu' sentiasa berwaspada dalam melindungi keluarganya............ Di satu hari 'Jewel' telah mendengar berita yang masih wujud lagi spesis serupa dengan meraka maka 'Jewel' sangat teruja dengan berita itu dan mencadangkan agar mereka turut serta membantu dalam pencarian itu.............Maka bermula pengambaran mereka sekeluarga serta rakan baik Blu ke hutan Amazon. 

Masih ingat lagi pada Burung ini????? Ini lar musuh 'Blu' yang tak jemu-jemu untuk membalas dendam terhadapnya................ Saksikan lar gelagat burung ini dalam misinya mencantas pengembaraan 'Blu'...... ..tapi bagi 'Cik Segodeng' terasa sungguh simpati sekali dengan nasib burung ini...... maklum lar kalau niat hati yang tak baik maka segala yang di rancang pasti tidak menjadi..............

Ini lar keluarga bahagia 'Blu'............. mereka ini semua punyai minat dan perangai yang tersendiri.......... walau bagaimana mereka semua tetap hidup bahagia. 



So kawan-kawan semua jangan lupa saksikan pengambaraan hebat mereka di pawagam tau.... tak rugi dan kering gusing di buatnya............... 'Cik Segodeng' suka sangat cerita ini............ okey lar....... harap semua berpuas hati serba sedikit feedback pasal filem ini...... jumpa lar ya....... yok dulu..........


Segodeng







No comments:

Post a Comment