Saturday 16 August 2014

Tenun Diraja Pahang Sungguh Menawan



Salam 1 Malaysia Buat Semua....................


Berpeluang untuk melawat ke Pusat Tenun Diraja Pahang dan melihat sendiri hasil pembuatannya benar-benar membuka mata 'Cik Segodeng' dan sekali gus menghargai hasil kerja tangan tinggalan tradisi turun temurun kita. Bukan mudah untuk mendapat sesuatu kesempurnaan dalam penhasilan tangan yang baik........... ia memerlukkan kepakaran, kesunguhan dan juga minat  yang mendalam.




Di Pusat Tenun Diraja Pahang ini menyimpan satu khazana turun temurun yang tak akan lapok dek zaman. Hasilnya begitu halus, unik dan amat seni sekali. Di sini juga terdapat Galeri Diraja yang mempamerkan koleksi peribadi Diraja Pahang, barang-barang penenunan cara tradisional, koleksi pakaian / kasut / beg / tudung / selendang  yang telah di beri nafas baru dalam penhasilannya. 




Melangkah masuk ke ruang lega Pusat Tenun Diraja Pahang ini sungguh memberi kepuasan kepada diri 'Cik Segodeng'.  Di setiap inchi / corok ruang mempamerkan berbagai hasil Tenun yang tidak pernah terfikir oleh 'Cik Segodeng'............ dengan serta-merta pandangan 'Cik Segodeng' menjadi gelap tak keharuan........ di dalam hati......... ingin ku meliki semuanya.............. tapi apa kannnnnn daya duit tak ada................. hahahahahahahahahaha...........




Tapi dalam setiap kemodenan Tenun yang menjadi gelombang peredaran masa kini  namun masih ramai  yang tetap memilih yang asli / original Pahang sebagai pilihan utama.  Tenun Pahang ini amat sesuai di pakai di setiap keramaian yang resmi dan tidak resmi. Kualitinya amat bermutu tinggi dan tidak panas langsung bila di pakai tau................ 




So................... setiap jenis hasil tenun dan dari mana ianya terhasil, mempunyai signature dan trade mark tersendiri dan bagi mengenali Tenunan yang datangnya dari Pahang, tak susah pun............... senang aje, ...............  terdapat dua garis lurus di penghujung setiap bidang kain dan garis lurus nie di kenali dan di gelar  'Si' 'Sepit Udang'. Contoh yang jelas telah 'Cik Segodeng' tunjukkan di atas.......... kalau nampak aje  itu lar tenunan Pahang yang betul dan asli....................




Ini adalah sebahagian dari bahan @ daun yang di gunakan sebagai perwarna untuk memwarnai benang tenun. Tak sangkakan......... banyak sungguh bahan asli yang menjadi sumber dan bahan dalam pembikinan tenun ini. Kagum sungguh 'Cik Segodeng' kerana negara kita nie di limpahi dengan perlbagai sumber asli yang sangat berguna dan boleh di guna-pakai.




Ini pulak antara koleksi jarum dan mesin untuk memproses benang & kain Tenun secara mannual. Perasaan tak????? semua peralatannya tenun ini di perbuat daripada kayu. Sememangnya orang di zaman dahulu sangat bijak dalam menghasilkan sesuatu peralatan kaannnnnnnnnn................. malah iainya sangat kuat dan tahan lama.......... kalau tak caya cuba tengok 'Cik Segodeng' siap mengkuda atas mesin Tenun nie.............. teruja tak terkata........... siap dalam hati...*** Nie kalau dapat buat yang betul tentu BEST kaaannnnnnnnn *** hehehehehehehehehehe...... berangan jap..........




Sebelum proses menenun bermula, terlebih dahulu kena lar menyiapkan benang berbagai warna mengikut corak yang bakal di tenun nanti. Pada zaman dahulu mengulung benang tenun nie di buat secara mannual dengan mengunakan tangan tapi di zaman moden ini dan atas permintaan pelanggan, "Winding' @ mengulung benang telah di buat secara auto (Mengunakan Mesin).  Dalam dok mengulung, kejadian putus benang di tengah jalan sering belaku............ so apa yang di lakukan .......... hujung benang yang terputus akan di sambung dan di simpul sehalus yang boleh......... itu aje.......... so kalau ada nampak @ rasa kain tenun tu macam bonjol sikit........ itu lar bahagian benang yang di sambung............




Lepas siap benang tenun yang di gulung dalam individual relung ia akan di bawa ke sebuah mesin gelung benang yang sangat besar. untuk di gelung mengikut warna dan corak yang bakal di tenun nanti. Rumit kaaaannnnn process tenun nie............ tapi hasilnya nanti memang tiada tandingnya..............




Nie dia cara kain di tenun........ rasanya ramai pasti tahu dan pernah melihatnya kaaaaaannnnnnn. Kalau di lihat secara dekat pasti ramai akan rasa terpegun dengan kepantasan dan kecekapan seorang 'Penenun' sungguh mengagumkan........... mau idak , kaki & tangan di gunakan secara serentak di dalam process menenun nie............. fuuuhhhhhhhh.... mencabar sungguh........




Lagi ler terpegun......... hasil tenun nie bukan hanya boleh di buat baju tapi telah di olah kepada belbagai barangan seperti kasut, beg, selendang dan macam-macam lagi, malah hasilnya telah di beri sentuhan moden dan terkini bagi memenuhi permintaan masa kini.




Pilihan di Pusat Tenun Diraja Pahang memang terbaek sekali tetapi jika budget tak berapa mengizinkan @ tak berapa mencukupi ................ boleh ler berkunjung ke 'Pusat Tenun Pulau Keladi'........... di sana kita boleh berunding harga dan ada potongan harga berikan tau....... malah terdapat banyak pilihan lagi........ maklum lar IBU pusat tenun lar katakan...........


So akhir kata dari 'Cik Segodeng sentiasa lar menghargai hasil seni turun-temurun dan jangan biar ia di telan zaman............. tak gitu?????????





Segodeng 












No comments:

Post a Comment