Sunday 14 September 2014

Muzium Sultan Abu Bakar Pekan, Pahang



Salam 1 Malaysia Buat Semua......................


Berapa ramai yang suka menyusuri sejarah dan melawat ke muzium????????Harapan 'Cik Segodeng' ramai lar yang sangat suka ke sana ya!!!!!!!! Makhlum lar di zaman yang semankin moden nie........ ramai genarasi 'Y' lebih suka ke Taman Tema kerana ia lebih menghiburkan.............  Walau bagaimana, kita sebagai genarasi terdahulu......... harus lah memberi pendedahan dan memupuk generasi zaman kini agar lebih gemar mengunjungi muzium dan tempat-tempat bersejarah agar generasi masa kini tidak lupa dan akan tanam rasa minat kepada tempat-tempat seperti ini..............




Muzium adalah satu tempat di mana tersimpannya pelbagai pengetuahan sejarah, khazanah lama serta asal usul setiap peristiwa, benda, perkara dan lain-lain lagi............... So baru-baru ini dalam pengembaraan 'Cik Segodeng' bersama Sahabat Media anjuran 'Santai Travel & Tourism Malaysia' telah berkunjung ke Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang. Bangunan Muzium Sultan Abu Bakar itu sendiri pun telah menyimpan sejarahnya yang tersendiri,




So........ mengikut sejarah, Bangunan Muzium Sultan Abu Bakar ini dahulunya sebuah bangunan kayu yang di bina pada tahun 1888, ia kemudiannya digantikan dengan bangunan batu dua tingkat pada tahun 1929 yang telah digunakan sebagai Residen British. Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945), tentera Jepun menjadikan bangunan ini sebagai markas mereka. Pada tahun 1948, bangunan ini telah dinamakan sebagai 'Istana Kota Beram dan akhirnya pada tahun 1976, bangunan ini dijadikan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar sehingga kini............... itu lar serba sedikit sejarah tentang bangunan Muzium Sultan Abu Bakar 




Di Muzium Sultan Abu Bakar ini terdapat 6 galeri yang terdiri dari :-

1) Galeri Biografi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang  
2) Galeri Tun Razak, 'Bapak Kemerdekaan'
3) Galeri Kebudayaan & Kesenian Pantai Timur, 
4) Galeri Islamic, 
5) Geleri Arkeologi & Masyarakat Orang Asli 
6) Galeri Sejarah & Kesultan Melayu


 


Yang paling istimewa dan sempena memuliakan 40 tahun pemerintah DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, pihak muzium telah mengadakan pameran kegemilangan sepanjang pemerintahan  DYMM Sultan Haji Ahmad Shah sebagai tanda penghargaan kepada institusi beraja di Pahang yang telah banyak menyumbang terhadap perkembangan muzium selama ini. 




Pameran yang memuliakan 40 tahun pemerintahan DYMM Sultan Pahang benar-bernar akan membuat rakyat semua lebih mengenali  DYMM Sultan Pahang dengan lebih dekat lagi.  Banyak sungguh pengetuahan Diraja Pahang yang boleh di timba serta fakta-fakta yang bisa akan membuat kita berkata WOW...... WOW.......WOW.......... BESTNYA.............................




Selain fakta dan gambar-gambar yang menarik.......... di satu sudut ruang pameran ada terdapat pameran koleksi barangan sukan Milik DYMM Sultan Haji Ahmad Shah dan juga barangan peribadi milik 'Kerabat & keturunan Diraja Pahang' yang lain................




  Galeri Islamic really take my breath away!!!!!!......... There is no word yang 'Cik Segodeng' boleh ungkapkan............ sangat menarik hasil karya yang dipamerkan......... penuh dengan makna yang mendalam sehingga beberapa kali kawan-kawan 'Cik Segodeng' menegur dan menyapa...........***** Tutup Mulut tuuuuu....... nanti lalat masuk...........****** hehehehehehehehehehe.......... begitu lar keadaan 'Cik Segodeng' bila berada di ruang pameran Islamic nie......... sejuk mata memandang................




Bergerak pulak ke Geleri Arkeologi & Masyarakat Orang Asli. Galeri ini berada di dalam bangunan yang bernama 'Inderapura', nama lama negeri Pahang. Di galeri ini banyak di pamerkan barang-barang sejarah purba seperti barang jumpaan seramik Toman, seramik kapal karam Royal Nan Hai, arca patung dan juga sejarah Pekan. 



Bagi Pameran Masyarakat Orang Asli banyak pameran berkaitan dengan cara hidup, kepercayaan, kesenian dan seni bina kediaman mereka. Masyarakat Orang Asli mempunyai hubungan yang erat dengan alam sekitar. Kehidupan mereka banyak bergantung kepada hidupan flora dan fauna.  Kalau di lihat dengan lebih dekat, Masyarakat Orang Asli nie tak perlu teknologi terkini @ hebat untuk hidup.......... mereka mampu hidup bebas dan alam semulajadi telah menjadi sebahagian kehidupan mereka.




Di Galeri Kebudayaan & Kesenian Pantai Timur pulak mencerminkan masyarakat Melayu Pantai Timur yang kaya dengan budi bahasa, sopan-santun, berjiwa seni dan pegangan yang kuat kepada adat serta tradisi yang di warisi turun temurun. 




Alat muzik tradisi hasil buatan tangan seperti gong, kesi, gendang dan serunai  serta seni persembahan Mak Yong dan Wayang Kulit turut di pamerkan.  Kemahiran, kehalusan dan keindahan seni ukir amat ketara pada semua peralatan muzik, permainan dan peralatan rumah. Ini adalah ciri-ciri masyarakat melayu. 




Bukan hanya dalam galeriaje kita dapat tengok pameran tau........ tapi kalau kita berjalan di sekitar kawasan muzium ini, setiap sudut...... corok....... dinding ....... terdapat pelbagai kesenian yang di pamerkan........ antara banyak banyak seni........ lukisan wakta-wakta utama wayang kulit benar-benar menarik perhatian 'Cik Segodeng'.................. terfikir sekejap, kalau dapat tengok secara life............ mesti best kaaaaannnnnnn...................




Lagi satu yang menarik perhatian 'Cik Segodeng' berupa kereta resmi DYMM Sultan Pahang.  Panjang sungguh kereta nie............ hehehehehehehehe.............. apa-apa pun 'Cik Segodeng' sangat berpuas hati, seronok, teruja dan rasa tidak rugi langsung meluangkan masa di Muzium Sultan Abu Bakar nie.........




So kawan-kawan semua, jangan lupa untuk mengunjungi @ singgah ke Muzium Sultan Abu Bakar bila berada di Pekan, Pahang. tau............... yang pasti, Muzium Sultan Abu Bakar akan memberi kelainan dan kenangan yang sangat....... sangat.......sangat.......manis kepada setiap pengunjung. 

Sebelum 'Cik Segodeng' sign off, ini ada serba sedikit info penting Muzium Sultan Abu Bakar untuk panduan bila nak ke sana : -


Alamat :
Muzium Sultan Abu Bakar 
Jalan Sultan Ahmad,
26600 Pekan Bandar Diraja,
Pahang Darul Makmur

Tel No : 09-422 1371/ 1459        Fax : 09-422 1572

Web : www.muziumpahang.com.my 

Waktu Operasi : 
1) Balai Pameran : Selasa-Ahad (8.30am - 5.30pm) - Tutup pada hari Isnin.
     (Jumaat - 12.15pm - 2.45pm - Tutup untuk Solat Jumaat)




Segodeng 













No comments:

Post a Comment