Monday 11 August 2014

Kelab Golf Diraja Pekanan



Salam 1 Malaysia Buat Semua..............


Sebut pasal GOLF dan POLO.............. tentu semua orang akan kata nie game orang-orang elit dan beruang aje kaaannnnnnn........... tak juga............. orang-orang biasa pun boleh menceburi permainan ini.... janji ada kemahuan dan keinginan. Ibaratan perpatah berkata -  'Nak seribu Daya, Kalau tak nak seribu Dalih'.......... tak gitu???????????




So baru-baru semasa mengikuti kembara 'Cuti-Cuti 1 Malaysia' Sahabar Media bersama Santai Travel ke Pekan, Pahang, kami semua telah singgah di Kelab Golf Diraja Pekan untuk melihat dengan lebih dekat lagi seluruh kawasan kelab itu. Tak lar seluruh padang golf tu 'Cik Segodeng' lawati tapi kawasan-kawasan utama dan kemudahan yang di sediakan oleh 'Kelab Golf Diraja Pekan' buat semua pengunjung dan penguna kelab itu.............  




Laluan @ kawasan pertama yang kami singgah adalah ruang lega dewan yang amat luas di mana di ruangan ini banyak di adakan acara penyampaian hadiah, taklimat, ceramah dan sebagainya. Ruangan ini juga boleh di sewa kepada yang berminat untuk mengadakan sebarang acara yang bersesuaian. 




Setelah itu kami di bawa ke ruang @ kamar Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah.rehat Tuanku akan menggunakan bilik rehat ini setiap kali Tuanku datang berkunjung untuk bermain pemainan kegemaran Tuanku iaitu Golf & Polo. 




In plak bilik rehat untuk menteri-menteri dan VVIP............ selesa kaaaannnnnnnn tapi apa yang 'Cik Segodeng' paling suka dengan Kelab Golf Diraja Pekan nie....... jeng.......jeng.......jeng..... jeng...... KAWASAN NYE........ sungguh tenang, damai dan di sulami dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa..... walau panas tapi sejuknya rasa sampai ke tulang......... hehehehehehehehe......




Terdapat juga kemudahan yang lain seperti : -

1) Ruang Makan
2) Bilik-Bilik Mesyuarat
3) Pengangkutan Buggy
4) Golf Shop
5) Bilik Solat & Tandas

 Maaf ya, tak ada gambar langsung untuk ruangan yang 'Cik Segodeng' sebut di atas .......... sebab dok kalut. leka dan excited sebab dapat tengok dan berehat sekejap di bilik rehat Tuanku. .................... So sebelum berangkat untuk melencong ke tempat lain plak, jom buat perkara HARUS dulu....... Group Photo dan posing-posing kat padang golf dulu..................... ada gaya golfer tak?????....... hehehehehehehehehhe 


Okey lar itu aje cerita yang di bawakan khas untuk Kelab Golf Pekan, Pahang....... so nanti kan cerita yang lain plak yer........ 





Segodeng 











No comments:

Post a Comment