Monday 11 August 2014

Kembara Sahabat Media Ke Pekan Pahang - Day 1


Salam 1 Malaysia Buat Semua.................

Berpeluang sekali lagi bersama 'Sahabat Media', Tourism Malaysia, M-Mode & Santai Travel  mempromosi 'Cuti-Cuti Malaysia' amat 'Cik Segodeng hargai sesangat........ Kali ini pengembaran kami ke 'Pekan, Pahang' pulak............. Apa ya....... ada di Pekan????? 'Cik Segodeng' belum pun samapai tapi kepala dah berligat memikir apa yang menarik di pekan dan terasa di hati ini tidak sabar nak terokai 'Pekan'............




Seawal  jam 8.30 pagi, kami semua berjumpa dan berkumpul di 'Matic' (Malaysian Tourism Center). Sementara menanti 'Sahabat Media' yang lain tiba...........jom perkena nasi lemak + sambal sotong dulu.......ppppeeeehhhhh.......... terangkat...............   Sarapan pagi kami yang telah di sediakan oleh pihak penganjur. 


'

Sebahagian dari 'Sahabat Media' yang turut serta ke 'Pekan Pahang'............. mereka semua datang dari pelbagai agensi 'Media Sosial' dan mempunyai pengalaman yang tiada tolok bandingnya malah mereka semua ini amat berfikiran terbuka, tidak lokek pengalaman dan sangat murah dengan senyuman.




Tepat jam 9.30 pagi, bas yang membawa rakan 'Sahabat Media' pun memulakan perjalanan. Perjalanan kami telah di ascot oleh 'Polis Peronda' sehingga ke toll Gombak. menghala ke 'Genting Highland'....... terbaek.............. 'Cik Segodeng'; rasa macam VVIP lar plak masa tuuuuuuu............heheheheheheheh




Belum pun separuh perjalanan, bas yang kami naiki mengalami kerosakkan......... nasib baik tidak berlaku sebarang kecelakan yang lebih teruk............... so kami semua amat bersyukur dan redha dengan segala ketentuan dari NYA. Memang ini pengalaman yang tidak boleh di beli di mana-mana pun.......... berkampung, berselfie dan bergambar beramai-ramai di tepi highway........... kelas tak???????? Dek kerana bimbangkan keselamatan dan keselesaan kami semua, pihak penganjur (m-mode) telah berusaha mendapatkan pertolongan dari bas-bas express yang melalui jalan itu agar membawa kami semua ke kawasan R&R (Rawat & Rehat) yang terdekat..................




Selepas sejam menunggu, 'Abang Chennai Express' datang menyelamat 'Cik Segodeng' dan rakan-rakan media yang lain di kawasan R&R (Rehat & Rawat)............. lega rasanya............  Bila naik aje atas bas, suasana menjadi senyap dan sunyi............. apa lagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............. hehehehehehehe




Alhamdullilah................... akhirnya kami semua selamat sampai ke tempat tajaan penginapan kami, AnCasa Royale Pekan, Pahang.  Kami tiba di sana sekitar jam 4.30 petang. Bila tengok aje Hotel AnCasa Royale, sudah pasti Pekan bukan lar sebuah kawasan @ daerah terpencil............... Pasti terdapat tarikan yang teristimewa yang membuat Hotel AnCasa Royale boleh berdiri megah di sana.  Tak gitu!!!!!!!! 




Kedatangan kami di sambut mersa oleh kakitangan AnCasa Royale dengan penuh adat ketimuran. Tuala panas / sejuk sebagai penyegar badan dan minuman sejuk (LemonGrass), penghilang dahaga buat kami semua. Irama gamilan turut mengalu-galu kedatangan kami. 




Irama lembut gamelan ............... penuh dengan seninya yang tersendiri. Alunan muziknya sungguh menteteramkan jiwa dan minda, terasa tenang seketika. Ini lar budaya yang tak akan lapok dek zaman malah 'Cik Segodeng' amat terpegun dan berbangga kerana muzik gamelan ini di mainkan oleh budak-budak sekolah. Harap ia akan kekal selama-lamanya............... 




Tanpa menlengahkan masa, acara menjelajah dan mempromosi 'Pekan' pun bermula............. tapi sebelum itu Jom kita makan dulu bagi mengisi perut yang sememangnya dah berkeroncong kencang........... hahahahahahahahahaha................ 




Setelah selesai makan petang, kami pun bergegas ke bilik masing-masing untuk berehat seketika, menyegarkan diri dan solat sebelum acara 'Team Building' bermula. Cuba tengok bilik yang 'Cik Segodeng' dapat......... sangat luas dan selesa boleh main kejar-kejar atau acilot-chak tau........




Acara 'Team Building' ini telah di kemudikan oleh kakitangan AnCasa Royale Pekan. Pelbagai acara menarik yang telah di sediakan khas untuk kami semua, seperti senaman ringan (stretch-up), tarian zomba, senam robik, beberapa sukaneka yang sangat menarik serta activiti di kolam mandi juga ada............ memang seronok tak terkata................  




Setelah selesai acara 'Team Building' kami semua telah di jamu dengan 'Minum Senja'............ kalau ikut terma, ianya di panggil minum petang tapi dek kerana abis acara dah waktu senja so minum petang dah jadi minum senja daaaa..............  'Minum Senja' sungguh nyaman bila makan kat tepi kolam sambil bergurau-senda dengan yang lain............... selesai sudah activiti petang.



Untuk malam pertama, semua activiti telah di batalkan di atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. So selepas malam malam, acara free and easy...... yabedabedu........... so nanti kan story 'Cik Segodeng' untuk hari kedua di pekan tau........



Segodeng 










No comments:

Post a Comment