Sunday 17 November 2013

Yuk Lawan Makan Kat Sunway


Salam buat semua..........pada bulan lepas, pusat membeli belah 'Sunway Pyramid' telah mengadakan pertandingan makan yang berlangsung selama 2 hari di ruang lega 'Sunway Pyramid'......(Sunway - Ultimate Food Challenge). Acara ini telah di adakan tiap-tiap tahun. Banyak kedia-kedia makan yang ternama seperti 'Dubu-Dubu, The Chicken Rice Shop, Thai Thai' sekitar 'Sunway' turut serta dalam acara ini dan hadiah yang di tawarkan......'Makan Percuma Selama Setahun'....boleh tahan jaga kan.......


Pendaftran telah di buat secara online di laman sesawang 'Sunway Pyramid' dan terbuka juga kepada pengunjung pada ketika itu jika ada keruangan. Kita boleh memilih slot makanan yang suka. Setiap perlawanan terbahagi kepada 20 orang setiap kumpulan makanan yang di pertandingkan. Pemenang berdasarkan kepada berapa pantas @ cepat beliau boleh menghabiskan makanan itu......(Senang kan)


Bunyi macam senang aje kan......hanya lawan makan.......tapi pada hakikat bukan bukan senang.........perlu ada teknik yang betul, kalau tersilap ........boleh tercekik tau.......


Saya bersama rakan-rakan yang lain telah memilih slot 'The Chicken Rice Shop'. Mencuba nasib...mana lar tahu....kot...kot...kot boleh menang......lagi pun  rasa macam challenge ini senang aje........(Perasan & Confident lar plak). 


Sebelum bermula, kami telah di beri taklimat @ briefing mengenai peraturan-peraturan pertandingan.(terasa macam nak ambil ujian akhir tahun gitu-gitu.....) Teruja gila pada masa itu kerana ini adalah kali pertama saya terlibat dalam dalam acara sebegini. Bila mula aje acara, masing-masing pulun sakan melantak 'Nasi Ayam' secepat yang boleh..... tetapi akhirnya.....kami semua gagal.........huhuhuhuuhu......dan pemenangnya telah mengabiskan 2 bungkus Nasi Ayam dalam masa 3 minit aje..........wow...........rata-rata maklum balas mengatakan.....peserta yang menang tu tidak mengunyah langsung.........masuk banyak-banyak nasi ayam dalam mulut......terus telan...........tapi apa pun tahniah kepada pemenang bagi acara ini.


Ini dia yang telah di bekalkan semasa pertandingan itu.....anda rasa boleh tak????  Boleh @ tidak itu bukan persoalannya tapi yang penting kita tidak rasa takut @ malu untuk mengcuba suatu kelainan kan..........kerana kita tidak akan tahu sejauh mana keupayaan kita selagi kita tidak mengcuba.........Betul Tak?????????


Segodeng



No comments:

Post a Comment