Baru-baru saya telah mendapat undangan dari WonderBox bersama Bio-Essence dalam meraikan kejayan produk Bio-Essence yang telah di beri nafas baru. Produk ini telah menjadi pilihan No.1 pada masa kini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Bio-Essence. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada WonderBox kerana telah memberi peluang kepada saya dalam turut serta meraikan kejayaan ini.
'ben's' bangsar menjadi tempat di mana majlis di langsungkan. Persekitaran restoran ini amat 'cosy' (nyaman & selesa) sekali dan sungguh sesuai bagi yang ingin menjamu selera @ bersantai bersama keluarga dan orang tersayang. Ini adalah kali pertama saya menjejak kaki ke restoran ini. Saya amat teruja dengan suasana persekitaran restoran ini malah layanan yang di berikan sungguh memuaskan hati.
Sesampai saja disana, saya di sapa dengan penuh ramah serta di sambut dengan senyuman keceriaan oleh 'Team Bio-Essence'. Seperti biasa, sebelum masuk kena lar mendaftar diri dulu kan.......selain itu juga saya di minta untuk menulis 'Pesanan Ringkas" (Kata Ucapan) di atas kat ucapan, istimewa buat 'Bio-Essence'. Setelah selesai, saya telah di iring ke 'Bio-Essence Photo Booth Corner' yang menyediakan pelbagai 'Cute Gadgets' untuk diguna semasa merangkap gambar kenang-kenangan.
Nah...ini dia produk yang menjadi pilihan 'No.1' pada masa kini. Rangkaian 'Bio-Essence Royal Jelly + ATP V Face' yang mencipta keanggunan 'Feminin'. Keberkesanan produk ini telah terbukti!!! rata-rata pengunaan produk ini sangat berpuas hati tanpa ragu-ragu. Kajian telah di jalankan secara terbuka kepada orang ramai bagi membuktikan keberkesanan produk ini,......wow...hasilnya sungguh menakjubkan, semua pengunaan memperolehi bentuk muka 'V' yang lebih menarik serta tampak lebih muda jelita.
Acara di mulakan dengan kata-kata aluan serta penerangan ringkas oleh Mr Dwarakanath Ayengar (Head-Marketing) bersama dengan 'lovely' Ms Angeline (harap betul namanya) tentang perjalanan produk 'Bio-Essence' dalam mencipta rangkaian produk yang lebih berkesan @ sihat malah terbaik buat pengunaan yang ingin tampak lebih muda jelita setiap masa Walau pun penerangan yang di berikan sangat ringkas tapi penuh dengan itipati yang sangat mudah untuk di fahami. Sepanjang penerangan, tindak balas maklumat (Q&A) telah juga mengambil tempat bagi menguraikan persoalan yang terbuku di minda mengenai sejarah @ isi kandungan produk 'Bio-Essence'.
Rangkaian Produk 'Bio-Essence Royal Jelly + ATP V Face' merangkumi satu inovatif yang memiliki campuran Bio Energy Fluild, Bio Mineral Amino Acid Essence, Royal Jelly dan esktrak herba mewah seperti Ginseng, Aloe Vera dan Angelica untuk merangsang sel tenaga dan metabolisma kulit.'Rangkaian Shape V Face' memberi mineral surih dan nutrien herba untuk menengang dan menganjalkan kulit melendur demi mengembalikan kontur wajah berbentuk V.
'Live Demo' juga telah di berikan kepada peserta bagi membuktikan keberkesanannya. Ukuran telah di ambil terlebih dahulu sebelum 'process mencantikan diri' di jalankan. Kalau saya tak kemana-mana selepas acara ini......sudah tentu saya tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi 'model' bagi demo ini.
Setelah selesai 'Facial Pampering Moment', ukuran telah di ambil sekali lagi oleh 'Team Bio-Essence' dan pengiraan telah di buat dengan teliti. Terbukti...terbukti...terbukti.... dan terdapat pengurangan dalam pembentukan 'V' kepada raut muka.
'See To Believe It'........raut wajah tampak lebih 'sharp' dan menonjol kejelitaannya. Wajah kulit kelihatan lebih tegang dan sihat serta pembentuk 'V' boleh di rasai sendiri oleh 'model' pada ketika itu. Beliau juga merasakan kulit beliau lebih 'Lembut & Radiant'.
Kerana hasil yang begitu ketara, tanpa berlengah semua hadirin mengambil peluang merasai sendiri kelembutan produk 'Bio-Essence' ini. Masing-masing dengan pendapat tersendiri tapi rata-rata merasai perbezaannya. Kulit menjadi lebih halus dan lembut. Kecerahan boleh di lihat. Tanpa ragu-ragu, semua di sana amat menyukai dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.
Nie dia Team 'Bio-Essence' yang telah bertungkus lumus pada hari itu bagi menjayakan 'Party Celebration'. Tengok aje gelagat mereka sungguh ceria dan bersemangat walau pun dalam keletihan. Nak juga selitkan Team dari 'Wonderbox' tapi saya tak ada gambar mereka.Walau bagaimana pun 'Jutaan Terima Kasih' tak terkata kepada semua yang terlibat pada hari itu. Pengalaman ini sungguh bermakna sekali dan sangat berilmu.
Tidak lupa juga, semua hadirin telah mendapat buah tangan berupa barangan Produk terkini & No.1 di pasaran dari 'Bio-Essence' sebagai tanda penghargaan. Memang best giler bila dapat buah tangan macam nie kerana saya amat menyukai Produk Bio-Essence. Terbaek.......
Segodeng
No comments:
Post a Comment