Thursday 18 September 2014

AnCasa Royal Pekan, Pahang


Salam 1 Malaysia Buat Semua...............


Gembira rasa hati 'Cik Segodeng' dapat bertemu lagi dengan semua di alam siber & blogging ini. Lama sangat dah tak menulis dan meng-update blog.......... mau tak lama........... baru-baru nie 'Cik Segodeng' di serang penyakit 'M.A.LA.S'.......... aduh bisanya sehingga ketulang...................hahahahahahahahahaha......... So kali ini 'Cik Segodeng' nak bawa semua ke Pekan, Pahang dan merasai kehebatan menginap di AnCasa Royale di Pekan, Pahang. Apa tunggu lagi......... yok kita..........


Credit Photo From 'Sahabat Media'

Peluang untuk menyertai program Cuti-Cuti 1 Malaysia bersama 'Sahabat Media' anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama dari 'Santai Travel' memang sentiasa 'Cik Segodeng' nanti kannnnnnn. Terasa amat bersyukur kerana di beri peluang untuk turut serta dalam pengembaraan ke Pekan, Pahang dan teruja tak terkata di hati 'Cik Segodeng'. Sepanjang pengembaraan kami di sana, AnCasa Royale sangat berbesar dan bermurah hati telah menaja penginapan kami semua...................... Terima Kasih, AnCasa Royale Pekan................




AnCasa Royale adalah sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang mempunyai 133 bilik kesemuanya, terletak di tengah-tengah Bandar Diraja Pekan. Satu bandar yang semakin di kenali dan berkembang pesat dalam industri pelancongan. Selain itu bandar Pekan juga di kenali sebagai 'Bandar Automotive' kerana terdapat banyak syarikat kereta yang hebat-hebat telah berpusat di bandar Pekan nie........... Hebat tak Pekan sekarang ini?????.....................




Bukan hanya teletak di tengah bandar Pekan, AnCasa Royale ini juga bersebelahan dengan tebing 'Sungai Pahang'.  Best Tak?????? Bagi 'Cik Segodeng' memang memang best giler!!!!!!!!!kerana selain dapat berehat di dalam bilik, kita juga bisa menghirup udara segar serta menikmati pemandangan yang menakjubkan di waktu matahari terbenam & naik............ memang sangat cantik........ sungguh indah sekali ciptaan Yang Maha Kuasa...............




Pabila melangkah masuk buat pertama kalinya ke AnCasa Royale, 'Cik Segodeng' boleh merasai kelainan yang bakal memberi kejutan ............... aaaaaahhhhhh, tak sabar rasanya................. Dengan ruang lobby yang luas, benar-benar memberi keselesaan kepada semua pengunjung.untuk berehat seketika sementara menanti urusan 'Check In' di jalankan. Bah kan terdapat juga sebuah 'Mini Bar'  yang beroperasi dekat dengan ruang lobby bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang ingin memesan minuman sementara menanti urusan 'Check In' selesai.




Ini lar ruang menyambut tetamu (Reception) Tahu tak apa yang berbeza di ruang penyambut tetamu nie........??????  Betul......... betul..........betul......... ada kerusi.......... kelainan yang di tonjolkan di sini membuktikan yang AnCasa Royale memang berbeza dalam memberi kelainan dan keselesaan kepada semua pengunjung............ 'Cik Segodeng' suka bangat dengan konsep ini............... sungguh selesa dan benar-benar membuat semua pengunjung terasa kedatangan mereka di sambut dengan mersa. Bila selesai urusan mendaftar (Check 'In), kini tiba masa untuk yang di nanti kan 'let's' 'Check it Out The Room' ...... Jom..........




OMG!!!!!!!.... Besar sungguh bilik di AnCasa Royale ini.......... keluasan bilik in benar benar memberi keselesaan yang maksimum. Punyer lar besar sampai boleh main kejar-kejar dengan rakan sebilik 'Cik Segodeng'.......... heheheheheheheheheh...........bukan bilik ini aje yang menjadi tawaran kepada pengunjung,  di AnCasa Royale terdapat beberapa jenis bilik dengan berbagai tawaran package yang menarik telah sediakan untuk semua................




Antara jenis-jenis bilik yang di tawarkan kepada pengunjung kat AnCasa Royale Pekan : - 


         (1) Deluxe Premier King (22)
                Credit Photo AnCasa Royale

(2) Deluxe Premeir Twin (103)
                                                        Credit Photo AnCasa Royale

                                                                     (3) Junior Suite (2 Units)     
                                                                                           Credit Photo AnCasa Royale

                  (4) Executive Suite (4 Units)
                                   Credit Photo AnCasa Royale  

                                                                      (5) Presidential Suite (1 Unit)
                                                                                                 Credit Photo AnCasa Royale


Setiap 'package' bilik yang ditawarkan punyai keunikan yang tersendiri terpulang kepada kemampuan kita untuk memilih.............. tak gitu............... walau apa pun pilihan yang di buat, AnCasa Royale akan memastikan setiap penginapan akan menjadi satu memori yang indah dan sentiasa tersemat di ingatan untuk kembali lagi.  




Dalam banyak-banyak kemudahan yang wajib di sediakan dalam biilik penginapan, kemudahan tekan butang 'Make Up The Room' & 'Do Not Disturb' sign yang paling menarik perhatian 'Cik Segodeng' kerana tak perlu lagi untuk mengantung 'signboard' di luar pintu jika memerlukan khidmat itu.......... senangkan........




Bagi yang gemar dan mengamal cara hidup yang sihat boleh ler menerjah diri ke gymnasium yang di penuhi dengan kelengkapan peralatan senaman yang terkini dan canggih. Tak rugi tau kalau melakukan senaman di sini kerana gymnasium ini terletak betul-betul berhadapan dengan 'Sungai Pahang'.......... memang puas mata memadang dan bila melakukan senaman pasti akan merasa lebih tenang dan bersemangat..........




Kalau terasa ingin memanjakan diri, jangan lupa singgah di SPA AnCasa Royale. Di sana segalanya jenis rawatan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut telah di sediakan untuk semua pelanggan, cuma perlu pilih yang mana satu menjadi idaman..............  'Cik Segodeng' telah pun merasai kehebatan rawatan di SPA AnCasa Royale ini............. terbaek............nyaman sekali......... segar seluruh badan ........

Royale Ballroom
 Credit Photo AnCasa Royale


Seperti mana-mana hotel di Malaysia, pasti akan ada dewan keramain di mana jamuan besar boleh di adakan. So di AnCasa Royale juga mempunyai dewan jamuan yang boleh memuatkan seramai 420 orang dan sangat mudah bagi setiap tetamu yang nak ke 'Royale Ballroom' nie., kerana terletak dekat dengan ruang lobby hotel.......... mudah  kaaannnnnn........

Royale Ballroom
 Credit Photo AnCasa Royale


Selain 'Ballroom', terdapat juga 5 buah meeting room yang boleh memuatkan antara 20 hingga 60 orang bergantung kepada jenis funtction yang nak di adakan. Memang kelas sungguh AnCasa Royale Pekan ini. Bah kan yang paling  'Cik Segodeng' sangat berpuas hati............ no complaint......... berupa service 'wifi' dia orang nie......... memang giler power nyeeeeee......... mau idak,  sangat mudah untuk di access dan berfungsi di setiap curuk hotel tanpa sebarang masalah..................




 Perut mula terasa lapar???????............ Jangan bimbang................ di AnCasa Royale terdapat 3 buah restoran yang boleh di kunjungi bagi memenuhi kehendak perut setiap tetamu.

(1) Safron Brasserie ( Beroperasi 24 Jam)
(2) Japanese Restoran 
(3) Japanese Restoran Outdoor

Yang paling best, semua restoran ini berada di bawah satu bumbung dan lokasi........... ala-ala 3 in 1........ tak yah nak jalan jauh-jauh semua berada di satu tempat.......... apa macam menarik tak???????



Malah semua makanan yang di sediakan oleh kesemua restoran di AnCasa Royale memang sedap yang amat............ sehingga kini kesedapannya masih lagi segar dalam ingatan. Super yummy......... tak ketinggalan beberapa masakan Pahang juga menjadi hidangan istimewa kepada semua pengunjung yang menjamu selera di sana...... so kawan-kawan semua mesti mencuba makan di sana  tau ....................




AnCasa Royale sentiasa memastikan setiap penginapan akan di saluti dengan kenangan yang terindah dan paling manis sekali, seperti mana yang 'Cik Segodeng' dan 'Sahabat Media' telah merasainya sebelum ini.. Pelbagai activiti berkumpulan seperti sukaneka dan senam-robik ( Team Building) yang di tawarkan kepada pengunjung yang datang berkmpulan atas urusan kerja (resmi) dan ingin menambah activiti sampingan. 




Selain activiti berkumpulan di padang dan kolam renang, acara berbasikal juga di galakan kepada semua pengunjung yang gemar berbasikal kerana AnCasa Royale Pekan mempunyai trek laluan basikal mereka tersendiri yamg menyusuri tebing 'Sungai Pahang'.........




Acara berbasikal ini telah menjadi 1 acara mega di Pahang. Boleh di katakan banyak acara kayuhan basikal ini menarik ramai orang untuk bercuti-cuti 1 Malaysia di Pahang malah banyak trek basikal yang sangat popular berada di Pahang. 

Setakat ini sahaja pengalaman peginapan 'Cik Segodeng' di AnCasa Royale Pekan. Harapan, semua turut terasa menginap bersama dan sebelum berundur di sini 'Cik Segodeng' sertakan bersama maklumat lanjut AnCasa Royale Pekan Pahang

Alamat :
Lot 2670, Kampung Paramu, 
Jalan Kuantan Pekan
26600 Pekan 
Pahang Darul Makmur

Tel No :
09 - 4246 600

Fax : 
09 - 4246 700

E-mail : 
sales@ancasaroyale.com

Web : 
www.ancasaroyale.com 

Talian Tempahan- Toll Free
1-300-880-032


Sekian, Semoga Bertemu Lagi 



Segodeng 










No comments:

Post a Comment