Monday 7 October 2013

Oh... Cleo Shoe Drop


The Cleo shoe drop...satu event yang memberi kasut percuma kepada sesiapa aje yg datang pada ari tu.....terdapat berbagai jenama terkenal yg mengambil bahagian dalam acara nie tapi pemberian hanya terhad kepada 100 orang yg pertama aje. Seperti biasa kalau nak yg free tu kena lar datang awal kan. Bukan senang nak dapat percuma...kena lar berkorban masa tapi pabila kita beratur bersama-sama dengan orang-orang yang berminat, perasaan penat, letih or dapat / xdapat...hilang begitu aje. Kemeriahan amat terasa ketika itu, pelbagai gelagat yang boleh di lihat malah ramai yang berkongsi pengalaman sana-sini.



Begini lar rupanya, kasut-kasut di susun sebelum acara menyerbu di adakan....oooppss, bukan serbu tapi setiap sesi hanya membernarkan 10 orang dalam satu kumpulan untuk membuat pilihan. Selama 5 minit di berikan kepada setiap kumpulan.....kalau ikut rasa boleh gila kalau hanya di beri 5 minit untuk membuat pilihan kan tapi itu lar syaratnye.
Pada hari itu Mini Cooper telah menjadi transport resmi untuk membawa crue-crue Cleo Malaysia serta kasut-kasut yang nak di sedekahkan....


Rakan-rakan ceria yang hadir pada hari tu...sungguh bersemangat walau pun penat.....


Apa lagi setelah penat beratur dan menunggu ...nie dia hasilnye....kami pun merakamkan gambar kemenangan sebagai tanda keseronokan yang tak terhingga........


Setelah selesai menyerbu Cleo Shoe Drop di Mid Valley kami semua pun bergegas ke Sunway Pyramid (Bukan tamak tapi hanya ingin mencuba nasib sekali lagi) untuk sesi kedua pemberian kasut percuma. Bila namanya percuma , ramai yang datang (tengok aje line up nie...banyakkan) tak kira bangsa, rupa mahu pun gender. Sungguh pun acara ini hanya khas untuk perempuan aje tapi terdapat ramai juga lelaki yang berminat (Kononnya ambil untuk girlfriend, isteri, mak dan sebagainye).


Moh kita lepak jap sementara menanti ....sambil lepak, sambil gossip...menarikkan...


Antara orang yang telah di kenal pasti dan juga berpeluang untuk mendapat kasut percuma. Aha..tahniah...sungguh teruja sekali bagi yang bejaya pada hari itu....


"The Gang" yang tak jemu-jemu berkongsi minat yang sama. Seronok sekali dapat berkumpul kerna bukan senang nak bersua muka, maklum lar masing-masing ada tanggungjawab.


Seperti biasa sebelum acara bermula, penerangan di berikan dan juga welcome greeting dari pihak penganjur. Syabas di ucapkan kepada Cleo Malaysia kerana acara kali nie sungguh memberi peluang kepada semua tanpa meletakkan sebarang syarat atau di ukur dari pelbagai sudut.


Bak kata orang kalau ada rezeki tentu ada kan....Alhamdullilah, berhasil juga tapi yang paling best adalah pengalaman yang di timba pada hari itu serta dapat berkumpul bersama-sama rakan-rakan yang setia berkongsi minat yang sama. Thanks a lot uols........muuuuaaaahhhhh.


Segodeng

No comments:

Post a Comment