Thursday, 31 October 2013

Midi Tea Talk


Salam bertemu lagi buat semua. Aha, saya rasa rata-rata ramai yang sangat kenal dengan "Kumpulam Media Karangkraf" sebuah badan penerbitan yang sangat besar......banyak menerbit majalah kesukaan ramai, surat kabar yang penuh dengan informasi terkini serta buku-buku novel yang menjadi kegilaan ramai dan lain-lain lagi. Kalau nak disebut satu-satu kat sini mak aik...sampai esok belum tentu cukup. Walau bagaimana pun saya nie adalah salah seorang peminat setia terhadap terbitan dari "Kumpulan Media Karangkraf". 


Baru-baru nie  salah satu terbitan "Kumpulan Media Karangkraf", majalah "MIDI" telah bekerjasama dengan "MY COUTURE" dalam menacarakan satu program yang memberi pendekataan kepada penampilan serta pembentuk badan yang lebih menarik dan sempurna. Kadang-kala kita selalu berfikir apa yang kita pakai tu memang betul dan sesuai buat kita, yang penting kita rasa selesakan.........Tapi pada hakikatnya adakala pemilihan kita tu mungkin salah dan bisa merosakkan pembetukan badan yang tidak sekata. So jangan lar kita malu-malu untuk bertanya kepada yang lebih arif supaya kita akan tampak lebih angun dan selesa sepanjang masa. Kita selalu dengar orang akan berkata, kecantikkan perlu bermula dari dalam kan......baru lar kecantikkan itu akan lebih nyata dan teserlah di luar. renung-renungkan lar.....


"MY COUTURE" telah di asaskan oleh Puan Hanim Sahrom, sorang anak melayu tempatan yang telah bejaya menerokai bidang pakaian dalam buat wanita. Pengalamannya telah membuat beliau bertekad untuk lebih berjaya dan di kenali di seluruh dunia. Rata-rata ramai yang telah mencuba serta merasa sendiri kelainan produk tempatan ini dan dari maklum balas yang di terima amat memuaskan.......Syabas di ucapkan.


Sapa yang tak kenal dengan celebreti "Puan Mona", banyak kali juga muncul di kaca TV. Beliau nie sangat bersemangat dalam penampilan wanita muslimah. Puan Mona nie juga ada membuka gedung pakaian wanita muslimah di Shah Alam yang di namakan "Women Of Jannah". Jengok-jengok lar kalau ada masa kerana rekaan yang yang di tonjolkan amat terkini dan sangat sesuai dengan citarasa masa kini. Masa acara itu saya di jadikan model untuk acara memakai tudung dalam pelbagai style. Menarik kerana satu jenis tudung boleh di pakai dan di gayakan dengan pelbagai cara.. Terpegun saya di buatnya, kerana sesungguhnya saya nie tidak berapa pandai dalam mengayakan pemakaian tudung nie. Serba sedikit koleksi yang di tunjukkan oleh Puan Mona amat boleh di guna pakai, sekali gus mengubah penampilan saya ketika itu.



Setelah belajar cara pemakaian tudung, acara di lanjutkan dengan perubahan penampilan melalui teknik merias diri (Make-Up)....topik nie sangat...sangat...sangat seronok kerana banyak teknik baru yang boleh kita pelajari. Konsep make-up pada hari itu, light, simple & natural kerana ia amat bersesuai dengan umur "MIDI" lar katakan tapi bagi saya....style make-up nie sgt sesuai bagi semua yang inginkan make-up yang sederhana.dan bersahaja......macam santai gitu. So kakak kawasan kita (Cik Ziemar) telah menawarkan diri untuk di rias oleh Cik Aida G, seorang make-up artis yang berpengalaman dan telah berkecimpung dalam bidang nie lebih dari 10 tahun.....tengok lar sentuhan beliau kat kakak kawasan kita nie...berseri...ayu gitu lar katakan........

Nie sebahagian rakan-rakan yang hadir pada hari itu,.....nampak ceriakan semua.......masing-masing memberi post yang tersendiri........terima kasih buat semua kerna membuat acara nie lebih ceria dan menyeronokan.


Tak terlupa juga buat warga "MIDI" jutaan terima kasih tak terkata kerana memberi peluang kepada kami semua. Acara ini sungguh FUN, menarik dan sangat berinfomative sekali. Harapan di masa akan datang pihak "MIDI" akan mengadakan lebih banyak acara yang lebih...lebih...lebih...menarik lagi.


Seperti biasa sebelum acara di berakhir kami semua bergambar bersama, sebagai kenang-kenangan.......Sampai ketemu lagi.......

Segodeng.

2 comments:

  1. terselit gambar saya di situ :-) ehhh gambar akak takde pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezna...mau tak akak yang ambil gambar nie ....hehehehehehehhe

      Delete