Salam 1 Malaysia Buat Semua...................
Bertemu lagi kita untuk siri jelajah pada hari kedua 'Cik Segodeng' di Pekan, Pahang. Teruja rasa di hati dan tak sabar nak ikuti program hari ini.............. Hari kedua 'Cik Segodeng' bermula seawal 8.30 pagi di Restoran Saffron, sarapan yang berkhasiat dan eskulsif menanti untuk di jamah.
Memang terbaek sarapan yang telah di sediakan untuk kami. Terdiri dari menu barat dan timur. Naik rambang mata bila memilih. Selepas selesai bersarapan, kami semua berkumpul di lobby untuk menaiki "Bas Chennai Express' ke destinasi pelancongan pertama kami di Pekan.
'Muzium Sultan Abu Bakar' menjadi tempat yang di tuju kerana menyimpan pelbagai sejarah yang menarik dan berguna. 'Cik Segodeng' memang sangat suka ke muzium tau kerana banyak benda yang boleh 'Cik Segodeng' pelajari malah banyak ilmu yang boleh di timba di sana.......... tak gitu???????? Di Muzium Sultan Abu Bakar nie, pelawat tidak di benarkan memakai kasut bila melawat kawasan muzium........... jangan bimbang kasut tak akan hilang kerana pihak muzium akan membekal beg plastik untuk menyimpan kasut dan di bawa sekali...................
Bagi yang meminati sejarah kesultanan melayu, tamadun islamic dan budaya masyarakat kita........ sudah tentu akan tertarik hati bila menyusuri perjalanan sejarah dan tamadun kita sendiri. di Muzium Sultan Abu Bakar terdapat 6 galeri yang terdiri dari Galeri Biografi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang sempena 40 tahun pemerintah DYM Sultan Pahang, Galeri Tun Razak, Galeri Kebudayaan & Kesenian Pantai Timur, Galeri Islamic, Geleri Arkeologi & Masyarakat Orang Asli dan Galeri Sejarah & Kesultan Melayu. Selesai lawatan walau pun rasa tidak puas rancangan seterusnya perlu di teruskan.............. tak apa nanti 'Cik Segodeng' akan datang lagi............. hehehehehehehehehehehe.......... Bergegas kami semua pulang ke AnCasa Royale unuk PC (Press Conference).
Sebelum PC (Press Conference), jom lunch dulu. Macam biasa makan tengah hari di Restoran Saffron AnCasa Royale......... sedap.......sedap........sedap......sedap......... Alhamdullilah, kenyang.
PC (Press Conference) bersama dengan En Mohammad Nasir Abdullah (General Manager AnCasa Royale), Dato' Hj Mohd Zubair (Director Kraftangan Malaysia), En Mohd Faharuddin Hatmin (Pengarah Tourism Pahang) dan Hj Idros (Tourism Pahang) bagi memberi pengetuhaan dan maklumat dalam hala tuju mempromosi Pekan, Pahang dan menjawab setiap persoalan yang di ajukan oleh kami semua termasuk pihak media.
Setelah selesai, cenderahati di beri sebagai tanda penghargaan dan ingatan oleh Sahabat Media sebagai tanda ucapan Terima Kasih yang tiada terhingganya. Tanpa membuang masa kami telah di bawa melawat secara exclsive sekitar AnCasa Royale.
Tempat yang menarik kami lawati berupa kemudahan yang di sediakan oleh Pihak Pengurusan AnCasa Royole seperti Gymnasium, SPA, Sport Lounge dan bilik-bilik exclusive di AnCasa Royole. 'Cik Segodeng' puas hati dengan bilik penginapan di AnCasa Royale kerana ianya sangat luas berbanding hotel-hotel yang pernah 'Cik Segodeng' pergi dan menginap. Setelah selesai kami pun bergerak menaiki 'Chennai Express' ke 'Pusat Tenun Diraja'.
Tempat yang memang 'Cik Segodeng' nanti-nantikan, 'Galeri Tenun Diraja Pahang'. Hasil seni tangan yang menjadi kebanggaan rakyat Pahang khususnya sejak turun termurun. Bila 'Cik Segodeng' berada di ruang lega 'Galeri Tenun Diraja' ini terasa sungguh bangga sekali dengan setiap hasil tenunan. Ramai yang mengatakan harga sehelian kain tenun agak mahal sedikit tapi kalau di lihat cara membuatnya pasti setiap orang akan mengatakan............ memang sangat patut di jual dengan harga tu kerana di buat dengan cara yang amat teliti sekali.
Tapi kalau ingin membeli dengan lebih nilian dan banyak pilihan yang lebih berpatutan, kawan-kawan boleh leh ke 'Pusat Tenun' di Pulau Keladi di Pekan, Pahang. Sememangnya kawasan nie penuh dengan hasil tenunan yang asli dari buatan tangan........... Di kawasan ini kita boleh mendapat harga potongan dan jika kita sangat bijak dan petah berkata-kata boleh lar mencuba skill tawar-menawar .................. Ikut hati 'Cik Segodeng' nak juga angkut selai dua tapi ................ budget tak mengizinkannnnnnnnn.......... huhuhuhuhuhuhuhuhu. Sedat tak sedar masa lawatan pun dah abis so masa untuk pulang ke hotel untuk berehat dan makan malam.
Di sebelah malam plak selepas dinner, semua di hiburkan oleh kakitangan AnCasa Royole dengan pelbagai activiti yang menarik dan menghiburkan.
Antara aktiviti yang di anjurkan seperti live karaoke, ala-ala teka lirik, beberapa kuiz soalan mengenai Ancasa Royale & Pekan dan juga beberapa game yang bergitu menarik dan menghiburkan. Peserta yang turut serta dan berjaya dalam pertandingan plak akan di beri hadiah oleh Pihak AnCasa Royale.......... BEST GILER..................
Di akhir acara, kami semua beramai-ramai menari tarian POCO-POCO........... walau pun 'Cik Segodeng' tak pandai langsung nak menari tarian ini tapi turut menari ikut rentak tapi cara tersendiri........... hehehehehehe...... apa-apa pun kami semua gembira dan terhibur sekali............. So tamat sudah hari kedua 'Cik Segodeng' di Pekan, Pahang. Sampai jumpa lagi di hari 3 @ hari terakhir di Pekan.
Segodeng
No comments:
Post a Comment