Monday, 11 August 2014

Kembara Sahabat Media Ke Pekan, Pahang - Day 3



Salam 1 Malaysia Buat Semua................

Hari ketiga adalah hari terakhir 'Cik Segodeng' berada di Pekan, Pahang tapi hari ini akan lebih istimewa kerana kami semua akan berpeluang besantap, bejumpa dan beramah mesra dengan Tengku Puan Pahang. So seperti biasa sebelum kami memulakan aktiviti yang terancang..........yok kita sarapan dulu.



Sarapan kami di tempat yang sama, iaitu Restoran Saffton di AnCasa Royale. Sedapnya pasti akan 'Cik Segodeng' ingat selamanya. Selepas siap bersarapan, kami semua berkumpul di lobby hotel untuk menuju ke destinasi pertama kami iaitu 'Kelab Goft Diraja Pekan. 




Perjalanan kami tidak mengambil masa yang lama kerana 'Kelab Golf Diraja Pekan' ini amat juga berdekatan dengan AnCasa Royale. Sesampai aje di sana 'Cik Segodeng' mengambil peluang untuk bergambar di sekitar kawasan kelab golf nie. Pemandangan disini sungguh menengankan jiwa dan minda. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa begitu nyaman sekali. Di sini juga ada 'Kelab Polo Diraja Pahang', sukan yang menjadi kesukaan Baginda.




Bukan setakat bergambar di sekitar kawasan kelab ini, tengok tu 'Cik Segodeng' siap berposing kat atas padang golf dengan gaya-gaya golfer pro gitu............. hehehehehehehehe...... bak kata orang gaya mau lebih............ tak gitu kaaaannnnnnnnn..................




Selesai berposing, kami semua di bawa melawat ke dalam ruang dewan / lega di mana selalunya menjadi ruang untuk upacara resmi / tak resmi, penyampaian hadiah dan sebagainya. Tempat  istirehat / ruang rehat Baginda, Menteri dan VVIP yang lain juga menjadi lokasi lawatan kami. Menarik sungguh ruang isti-rehat nie, penuh dengan pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang di sediakan........... kalau di lihat memang cukup selesa yang amat penuh exclusive............. Setelah puas........ apa tungu lagi.... jom gerak ke tempat lain plak...... JOOOOOMMMMMM............




Tanpa berlengah lagi , destanasi yang seterusnya ialah 'Perkampungan Budaya' di Pulau Keladi, Pekan. Di sini terdapat pelbagai peninggalan sejarah yang sangat bernilai sekalii. Di 'Perkampung Budaya' ini terdapat :-

1) Sebuah Bentuk Rumah 'Asli' Pahang
2) Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak (Bapak Kemerdekaan)
3) Rumah Toh Puan Pahang
4) Galeri Tun Abdul Razak




Berpeluang untuk menjejak kaki ke rumah kelahiran 'Bapak Kemerdekaan' dan menyusuli sejarah kemerdekaan di 'Perkampungan Budaya' memberi seribu makna buat 'Cik Segodeng'. Di situ terdapat banyak benda yang 'Cik Segodeng' timba dan pelajari. Setelah selesai menyusuri sejarah kemerdekaan dan kegemilangan Tun Abdul Razak, kami pun bergegas untuk pulang ke AnCasa Royale untuk mengikut acara yang amat di ananti-nantikan............ iaitu bersantap bersama KDYTM Tengku Puan Pahang.




Waktu yang di nanti telah pun tiba, kami (Sahabat Media) dan pihak hotel AnCasa Royale menyambut ketibaan KDYTM Tengku Puan Pahang dengan penuh adat tersendiri. Bagi 'Cik Segodeng', Tengku Puan Pahang ini seorang yang amat lembut, peramah, baik hati, tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan sangat berjiwa rakyat. 




Walau pun masa bersama Tengku Puan Pahang sangat terhad tapi waktu itu begitu bermakna dan bernilai  sekali buat 'Cik Segodeng'. Detik itu akan menjadi satu kenangan yang manis dan bersejarah buat 'Cik Segodeng' untuk selama=lamanya. Apa pun, jutaan terima kasih yang tak terhingga buat : - 

1) Santai Travel 
2) Tourism Malaysia 
3)M-Mode
4)AnCasa Royale

kerana memberi pengalaman yang tiada tolok bandingnya.  Harapan dapat lagi menyertai penerokaan 'Cuti-Cuti Malaysia' bersama. So kawan-kawan, kalau ke Pahang, jangan lupa untuk singgah di Pekan (Bandar Automotive) dan menginap di AnCasa Royale serta menerokai kemeriahan di sana tau.  Okey lar....... setakat itu aje yang dapat 'Cik Segodeng' berkongsi untuk kali ini dan moga kita bertemu lagi ya. Akhir kata "JOM CUTI-CUTI MALAYSIA'


\

Segodeng 








No comments:

Post a Comment